Sirah : Arahan Awal Menzahirkan Dakwah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Turun ayat 214, Surah Asy-Syu'ara

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. [26. Asy-Syu'ara, ayat 214]
  • Surah ini diawalnya mengisahkan tentang Nabi Musa AS, bermula dari kebangkitan sebagai Nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun & gangsternya serta penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam laut.
  • Kisah ini mengandungi tahap² dakwah Nabi Musa AS dalam usaha mengajak Firaun & kaumnya untuk beriman kepada Allah SWT.
  • Penurunan surah ini dengan kisah ini se-olah² sebagai satu persediaan kepada umat Islam & Nabi Muhammad SAW pada ketika untuk bersedia mental & fizikal.
  • Mereka juga berkemungkinan bakal dikejar, dihina, dicaci apabila perintah dakwah ini mula di-Jahr-kan (dakwah secara terang-terangan & terbuka)
  • Serta sebagai ain' basirah (kejelasan) terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan ini.
  • Dari sudut lain pula, surah ini juga menceritakan tentang kisah umat yang ingkar dengan utusan Allah SWT seperti kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Nabi Ibrahim AS, kaum Nabi Lut AS, penghuni al-Aikah (Madyan, kaum Nabi Syuaib AS) selain dari kisah Firaun & kaumnya.
  • Sebagai satu persediaan bahawa mereka (kaum quraisy Makkah) juga sama seperti kaum² ini juga mendustakan Nabi SAW.
  • Dan sebagai berita gembira kepada kaum Muslimin ketika itu bahawa balasan baik sedang menunggu mereka.
Sumber : Raheeq Makhtum

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments