5 Doa Hadapi Musibah / Wabak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW apabila baginda diajukan suatu masalah maka baginda akan segera menunaikan solat. (HR. Abu Daud dan Ahmad daripada Hudzaifah bin Yaman RA)

Sabar dalam hal ini boleh ditumpukan kepada dua keadaan, iaitu sabar dalam rangka meninggalkan berbagai perkara haram serta dosa dan bersabar dalam menjalankan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT.

Kata sebahagian ulama, ini bermakna bersabar dalam bentuk yang kedua adalah lebih banyak pahalanya dan itulah sabar yang lebih dekat kepada keredaan Allah iaitu untuk mendapatkan kemudahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia juga boleh menjauhkan bala bencana dan wabak penyakit.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: “Sabar ada dua bentuk: bersabar untuk Allah dengan menjalankan apa yang Dia cintai walaupun berat bagi jiwa dan tubuh badan. Dan bersabar kerana Allah dari segala yang Dia benci walaupun keinginan nafsu menentangnya. Sesiapa yang keadaannya seperti ini, maka dia termasuk daripada golongan orang yang sabar yang akan selamat.”

Antara beberapa doa untuk mendapatkan kemudahan :

  1. Daripada Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW, apabila menghadapi suatu masalah, beliau berdoa,
    يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

    ‘Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), hanya dengan rahmat-Mu saja, saya meminta pertolongan’.” (HR. al-Tirmidzi no. 3524)
     
  2. Doa Nabi Yunus saat berada di perut ikan:

    لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    “Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’: 87).

    Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA berkata, Nabi SAW bersabda, “Doa Nabi Yunus taatkala ia berada di dalam perut ikan: Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang berdoa kepada Rabb-nya dengan doa itu dalam keadaan apapun kecuali Allah akan mengabulkan untuknya.” (HR. al-Tirmidzi no. 3505)
     
  3. Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca:

     بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

    (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]
     
  4. Daripada Abu Hurairah RA berkata: Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:

    أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

    ‘(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)’ nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudaratkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]
     
  5. Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Rasulullah berdoa:

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

    ‘(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)’.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

Moga Allah SWT melindungi kita semua dari penyakit yang berbahaya ini dengan izin-Nya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW jua. Amin.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments