20 January 2020

[ISU UMMAT] Good Vibes Festival, Pesta Maksiat Terbuka Tahunan Buat Anak Muda

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Good Vibes Festival adalah sebuah konsert atau festival tahunan di Malaysia yang mempersembahkan pelbagai persembahan nyanyian dari artis-artis popular tanah air dan luar negara. Yang terbaru adalah pada July 2019 yang diadakan di Genting Highland. Amat menyedihkan pesta ini bukan sebarang pesta biasa bagi anak-anak muda, malah ia membuka pelbagai bentuk pintu maksiat yang lain... Namun, ia tetap berlangsung seperti biasa saban tahun. Bagi tahun ini juga, GVF2020 masih dalam perancangan untuk mengumumkan tarikh rasminya dan penjualan tiketnya. 

Namun, adakah ia akan terus kekal menjadi sebuah lembah maksiat secara terbuka bagi tahun ini juga? “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu,” (QS. As Syura: 30) Pelbagai situasi maksiat dapat dilihat antaranya pergaulan bebas, mabuk, seks, ramai juga yang datang bersama pasangan haram mereka sambil berpelukan, mereka juga gemar menghadirkan diri dengan berpakaian sangat seksi baik bagi perempuan mahupun lelaki dan lebih banyak lagi yang anda sendiri boleh baca dan renungkan dibawah :




 

Adakah kita akan terus berdiam diri dan membiarkan sahaja pesta yang meruntuhkan akhlak, hedonisme dan kebebasan yang melampau ini bagi anak-anak muda kita? “Dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman,” (QS. Al Qhashash: 59) Semoga Allah SWT melindungi kita. Kami telah berusaha semampu kami untuk berkongsikan situasi ini. Selebihnya, kami serahkan kepada yang berkuatkuasa untuk tindakan lanjut.


ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

No comments:

Post a Comment