13 July 2019

Lirik Rabithah - Tegur Aku (Jennie Solo Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


TEGUR AKU adalah lagu berkisarkan hakikat sebuah persahabatan, iaitu tegur menegur pabila di antara kita ada salah dan silap. Ukhwah tanpa tegur-menegur hakikatnya hanyalah palsu. Kerana, orang yang bersahabat kerana Allah, takkan biarkan sahabatnya yang lain bergelumang dalam perkara yang Allah murka.

***

Rabithah - Tegur Aku(Solo Jennie Cover).
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Jennie
TARBIAH SENTAP RECORDS

***

(RIDWAN)
Kasih, sayang, cinta, itu,
Pasti perlu ada tandanya,
Tandanya

Bila aku salah, lemah, 
Alpa, lupa, leka, lesu, dan tersasar,
Usah kau buta,

(MAHDI)
Tegurilah,
Jangan pernah sekalipun kau lali,
Nasihati segala salahku,
Jangan pernah kau tinggalku sendiri,
Agarku tak merana 

Tegurku selalu
Tegurku selalu,
Bimbingku selalu,
Bimbingku selalu

(HAKIM)
Aku pun sedar
Kadangku terasa
Dengan teguranmu
Hanya kerna egoku
Ku tahu kau pasti marah padaku
Namun harapanku jangan pernah kau jemu..

Tegurku selalu,
Ku mahu syurga denganmu
Hidupku kosong
Tanpa bimbingan darimu,
Tolong,
Doakan aku
Di setiap malammu
Ku merayu

(AYMAN)
Andai takdir memisahkan,
Bukanlah sebuah alasan
Untuk kau tinggalkan
Ku terkapai sendirian
Tentu ada banyak cara
Untuk engkau berbicara
Janganlah kau lupa
Tarik tika ku alpa


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

No comments:

Post a Comment