بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

CUKUPLAH SENGKETA adalah lagu rayuan dan luahan kami, agar umat islam di Malaysia ini bersatu, bersepakat, meninggikan agama Allah, dan bersama memartabatkan agenda Amar Makruf Nahi Mungkar tidak mengira Parti, kumpulan dan yang sama erti dengannya.
Elakkan dari budaya taksub, caci-mencaci, pergaduhan, dan kebencian yang melampau sesama umat. Semoga Allah menyatukan kita semua, dan membantu dakwah orang-orang yang ikhlas.
****
RABITHAH - CUKUPLAH SENGKETA
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin dan Akmal Mustafa.
Musik: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
TARBIAH SENTAP RECORDS.
****
RIDWAN:
Pilunya hati ini melihat
Mengapa kau bertengkar oh umat?
Ku merayu agar kau bersatu
Bukankah redha-Nya yang kau buru?
HAKIM:
Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu
AKMAL:
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu?
Rendahkan egomu
MAHDI:
Kadang taksub buta
Membuatkan hati kau turut buta
Berlapang dadalah
Kebenaran tertegak atas hujah
KORUS & AKMAL:
Umat derita
Mengapa masih bersengketa?
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita
AKMAL:
Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat
Ooo.
HAKIM:
Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu
AKMAL:
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu?
Rendahkan egomu
KORUS & MAHDI:
Umat derita
Mengapa masih bersengketa?
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita
MAHDI:
Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat
Ooo.
KORUS:
رب انصر دعواتنا
وحقق غياتنا
والف بين قلوبنا
كالأنصار والمهاجرين
Bantulah dakwah kami
Terangi jalan kami
Satukan hati kami
Seperti Ansar Muhajirin
Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat.
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal
👉 Instagram : https://www.instagram.com/mohdnoorshawal
👉 TikTok : https://tiktok.com/@mohdnoorshawal
👉 Subscribe Youtube : https://www.youtube.com/c/mohdnoorshawall
👉 Twitter : https://twitter.com/mohdnoorshawal
👉 Website : http://www.mohdnoorshawal.com
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

1 Comments
SubhanAllah.. .
ReplyDelete