بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

- Biji Selasih untuk Mengurangkan Kegelisahan ataupun Susah TidurBagi anda yang mengalami kegelisahan teruk, baik kerana keadaan keluarga ataupun persoalan kerja. Cubalah pengambilan beberapa biji selasih ataupun makanan yang telah dilengkapi dengan biji selasih. Kerana menurut kajian biji selasih mempunyai khasiat menenangkan.
- Khasiat Biji Selasih untuk Mengatasi Gangguan PencernaanBiji selasih sangat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, gunakanlah biji selasih secukupnya bila perlu penggunaan biji selasih disajikan dengan makanan.
- Biji selasih Sebagai ubat herbaBiji selasih banyak digunakan untuk campuran beberapa jenis hidangan seperti jus, ais buah / ais campur, pudding maupun jelly. Biji selasih dalam hal ini banyak mengandungi nutrisi seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat yang sangat bagus digunakan sebagai herba pereda gangguan pencernaan, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.
- Mengawal kadar gula darahberfungsi mengawal kadar gula darah tinggi pada mereka yang terkena sakit diabetes jenis 2. Menurut beberapa kajian kesihatan, biji selasih dapat membantu menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil.
- Membantu menahan laparBiji selasih sangat bagus diberikan kepada mereka yang sedang melakukan program diet kerana berfungsi membantu menahan rasa lapar.
- Membantu insomniaKhasiat biji selasih bagus untuk mengurangkan kegelisahan atau pun susah tidur.Bagi anda yang menderita penyakit gelisah berlebihan atau susah tidur, sangat baik secara rutin mengambil beberapa biji selasih ataupun makanan / minuman berasaskan biji selasih. Kerana biji selasih mempunyai khasiat menenangkan.
- Khasiat Biji Selasih lainyaKhasiat biji selasih lainya menurut Prof. Hembing iaitu untuk merangsang penyerapan, melancarkan peredaran darah, meredakan pesakit kejang, sebagai penurun demam, sebagai pembersih racun dan meningkatkan daya tahan tubuh.
- Sebagai ramuan kecantikantumbukl biji selasih hingga halus, campur dengan air panas secukupnya. Aduk rata hingga terbentuk pasta, dinginkan. Gunakan sebagai lulur pada wajah dan leher anda, lakukanlah 1 hari sekali iaitu menjelang mandi petang.
- Untuk ubat sakit gigiambilah 10 gr biji selasih, rebuslah bersama 4 butir cengkeh dengan air mendidih secukupnya. Lalu minumlah air tersebut semasa hangat-hangat kuku selama masa sakit hingga sembuh betul.
- Sebagai penenanganda yang sering mengalami kegugupan, rasa bimbang berlebihan dan mudah marah, biji selasih boleh dijadikan ubat penenang, caranya campurkan 5 gram biji selasih dengan air 200 cc. Lalu minumlah selagi hangat, boleh ditambah dengan campuran madu.

0 Comments