Sirah : Memperjuangkan Kebenaran & Reaksi Masyarakat Makkah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Suara Seruan Rasul Di Al-Safa
  • Suara baginda SAW terus bergema sehingga ke pelusuk penjuru kota Makkah
  • Turun ayat 94 Surah Al-Hijr
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu"[15. Al-Hijr, ayat 94]
  • Rasulullah SAW bangun melaksanakan tugasnya
  • Membongkar khurafat syirik & kepalsuan selama ini
  • Memperingatkan hakikat berhala yang mereka sembah yang taida nilai sedikit pun
Seluruh Makkah Menjadi Marah
  • Penduduk Makkah rasa pelik dan aneh pembawaan Rasulullah SAW & mula membantah dan memprotes
  • Mereka rasa terancam kerana menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat
  • Kaum Quraisy bangun serentak untuj menyekat satu revolusi yang tiba-tiba muncul
  • Mereka risau ia akan melenyapkan budaya dan cara hidup yang mereka dah amalkan selama ini
  • Mereka tahu, perkataan "beriman" akan menafi seluruh tuhan selain dari Allah SWT
  • Mereka tahu, beriman dengan risalah yang dibawah Muhammad SAW & hari akhirat bermakna penyerahan total & pengakuan yang mutlak
  • Mereka enggan melaksanakan kehendak Allah & rasulNya
  • Mereka lebih sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang mereka dah budayakan selama ini.
  • Mereka tahu dan sedar semua perilaku yang memalukan ini adalah satu perbuatan yang buruk
  • Kerana itu jiwa mereka enggan menerima risalah ini dan lebih sanggup meneruskan kejahilan selama ini, firman Allah SWT :
"(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)" [75.Surah Qiyamah, ayat 5]
  • Mereka sedar tentang semua ini
  • Tetapi apakah yang mereka mampu nak buat dengan berhadapan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba membawa risalah ini juga merupakan lelaki yang mempunyai akhlak yang terpuji sehinggakan mereka tidak dapat membandingkan keperibadian mulia ini sepanjang zaman mereka dengan sesiapa pun.
  • Mereka sebenarnya kebingungan
  • Mereka pun pergi bertemu denganbapa saudara Nabi SAW, Abu Talib
  • Mereka meminta jasa baik Abu Talib untuk menghalang anak saudaranya dari melakukan tindakan melecehkan berhala-berhala sembahan mereka selama ini
  • Mereka menyatakan risalah yang dibawa ini umpama satu penghinaan dan merendahkan nenek moyang mereka terdahulu.
  • Mereka pun bertemu dengan Abu Talib dan menyatakan perkara ini

Sumber : Raheeq Makhtum

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments