Sirah : Perkahwinan Rasulullah SAW Dengan Khadijah RA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Pekerjaan Rasulullah SAW Sebelum Perkahwinan :
  • Rasulullah SAW tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap di permulaan mudanya.
  • Banyak riwayat menyebut baginda SAW mengembala kambing ; kadang dikeluarga Banu Sa’d, kadang di Makkah dengan mengambil upah beberapa qirat.
  • Berusia 25 tahun ; keluar ke Syam untuk berniaga dengan bermodalkan modal Khadijah RA.
Saidatina Khadijah RA :
  • Nama Penuh : Khadijah Binti Khuwailid 
  • Seorang wanita peniaga 
  • Mempunyai kedudukan termulia & pelbagai harta 
  • Menjadi kebiasaan buat beliau untuk menawarkan kepada peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya (sebagai modal) dengan berkongsi keuntungan.
Rasulullah SAW Ke Syam :
  • Khadijah mendengar cerita tentang keperibadian Rasulullah SAW dengan keimanan, kebenaran pertuturan serta ketinggian akhlak mulia baginda SAW. 
  • Tanpa berlengah, Khadijah menghantar utusan kepada Rasulullah SAW untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam. 
  • Khadijah berjanji akan memberikan kongsian yang lebih lumayan dari yang biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain. 
  • Rasulullah SAW bersetuju dengan tawaran tersebut. 
  • Khadijah juga menghantar hamba lelakinya yang bernama Maisarah untuk menemani Rasulullah SAW sehingga ke Syam.
Rasulullah SAW Pulang Dari Syam :
  • Sekembali Rasulullah dari Syam, Khadijah mendapati hartanya terjaga penuh amanah dan berkat yang belum pernah dilihatnya. 
  • Maisarah juga menceritakan kepada Khadijah tentang keperibadian Rasulullah SAW sepanjang menemaninya mendapati baginda SAW merupakan seorang yang lemah lembut, pekerti yang mulia, fikiran yang waras, minda yang penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus.
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah RA :
  • Perkahwinan berlangsung selepas dua bulan baginda SAW pulang dari kota Syam. 
  • Sebelum ini, ramai pembesar & pemuka Quraisy berminat untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW menolaknya. 
  • Khadijah berminat untuk mengahwini Rasulullah SAW. 
  • Khadijah memaklumkan kepada sahabat karibnya, Nafisah Binti Manyah tentang hasratnya. 
  • Nafisah menemui Rasulullah SAW dan menyatakan hasrat Khadijah RA. 
  • Rasulullah SAW bersetuju dan menerima untuk berkahwin dengan Khadijah RA. 
  • Baginda memaklumkan persetujuannya kepada bapa-bapa saudaranya. 
  • Bapa-bapa saudara Nabi SAW pergi menemui bapa-bapa saudara Khadijah RA untuk meminang Khadijah RA untuk Rasulullah SAW. 
  • Upacara perkahwinan pun berlangsung dan dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. 
  • Mahar perkahwinan adalah 20 ekor unta betina. 
  • Usia Khadijah pada ketika itu adalah 40 tahun, namun beliau lah sebaik-baik wanita dari segi nasab keturunan, harta dan pemikiran.
Khadijah Isteri Pertama Rasulullah SAW :
  • Baginda SAW tidak mengahwini mana-mana perempuan semasa hayat Khadijah RA. 
  • Kesemua anak-anak Rasulullah SAW adalah dari Khadijah RA kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyyah. 
  • Anak pertamanya adalah Qasim, kerana itu Rasulullah SAW juga digelar sebagai Abu Qassim. 
  • Kemudian Zainab, Ruqayyah, Umi Kalsum, Fatimah dan Abdullah. 
  • Abdullah bergelar Al-Tayyib & AL-Tahir. 
  • Anak lelaki Rasulullah SAW meninggal kesemuanya semasa kecil. 
  • Anak-anak perempuan pula kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul. 
  • Kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka sempat berhijrah. 
  • Namun, kesemua mereka wafat semasa hayat Baginda SAW kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah SAW.


Sumber : Raheeq Makhtum

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

1 Comments

  1. lama rasanya tak baca tentang sirah Rasulullah... cumanya ada part yang 'hilang', mungkin sebab layout blog post dengn side bar kot... anyway, great content !

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)