15 July 2019

Kelebihan Berwudhu Dari Sudut Pandagan Agama Islam & Sains

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat.
Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali...(Surah al-Maidah:6). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.”. Di sini jelas, bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang terdapat di dalam al-Qur’an dan juga Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi.

Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan juga akhirat. Di dalam Kitab- Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah;
i. Meggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita.
ii. Berwuduk akan mengangkat darjat dan;
iii. Orang berwuduk akan datang diakhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya.

Selain kelebihan yang disebutkan di atas,amalan berwuduk inilah yang akan menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ini berdasarkan kisah Saidina Bilal sebagimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. Mengikut kisahnya, Bilal bin Rabbah, antara sahabat utama Rasulullah S.A.W, memiliki amalan khusus iaitu beliau selalu menyumpurnakan wuduknya. Keistemewaan amalan itu, Bilal disebutkan oleh Rasulullah sebagai seorang sahabat yang dipastikan menghuni syurga.

Abu Hurarirah melaporkan, selepas solat subuh, Rasulullah berkata kepada Saidina Bilal, “ Wahai Bilal, ceritakan kepadaku mengenai amalan yang kamu lakukan selepas berada di dalam Islam. Kelmarin aku ada mendengar suara terompah kamu di dalam Syurga. Bilal berkata, “ Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (yang besar pahalanya)pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentadirkan aku mengerjakan solat, maka aku berwuduk dengan sempurna setiap malam atau siang hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apakah hikmah berwuduk di sudut sains dan perubatan ? Perkara ini amat menarik untuk dikaji agar ia menimbulkan keyakinan kita terhadap amalan yang kita lakukan hampir setiap masa dan hari. Menurut kajian Dr Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology (Kesihatan Umum dan Ekologi) di Daghestan State Medical Academy, dalam artikel Muslim Rituals and Their Effect the Person Health, wuduk menurutnya dapat merangsang aura tubuh secara semula jadi. Menurutnya rangsangan ini muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang disebut Biological Active Spots (BASes) atau titik aktif biologi. BASes hamper sama dengan titik-titik refleksiologi ala Cina. Biasanya bagi memberikan kesan urutan itu, perlu tekanan atau tusukan jarum.

Walaupun berwuduk hanyalah sekadar usapan dan sapuan lembut tetapi ia sebenarnya amat mencukupi untuk memberikan kesan kepada Biological Actives Spots (BASes) ini. Ini kerana, walaupun terdapat 700 BASes ditubuh kita tetapi 65 daripadanya akan memberi kesan refleksi yang cepat. Tempat ini dikenal sebagai drastic spot. Menurutnya lagi, kesan sapuan muka yang didalam perubatan moden dipanggil sebagai hidromassage akan memberi kesan positif pada ginjal dan system saraf ataupun pada organ genital.

Disamping itu, wuduk juga berkesan mencegah daripda masuknya kuman penyakit melalui kulit. Ini kerana kulit adalah organ terbesar tubh kita. Kulit yang membungkus tubuh kita memiliki keberatan 10 paun, seluas dua meter persegi dan ketebalan satu perpuluhan empat hingga empat milimeter dengan kemampuan regenerasi yang dahsyat. Setiap hari, hamper 10 juta sel kulit mati. Kematian sel-sel kulit ini adalah kotoran daki. Kulit juga berfungsi untuk menutup seluruh tubuh serta melindungi daripada pelbagai jangkitan kuman, racun, bahan kimia berbahaya dan sinar radiasi. Antara fungsi lain kulit adalah mengatur suhu tubuh, melakukan fungsi perkumuhan dengan membuang zat-zat yang tidak berguna melalui liang-liang peluh. Kulit juga adalah media komunikasi antara sel-sel saraf bagi rangsangan haba, sentuhan serta tekanan.

Melalui berwuduk kita menyapu permukan tujuh bahagian anggota tubuh kita yang tidak dilindungi oleh pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air bersih. Ini juga anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, kulit mempunyai paling banyak populasi mikroorganisma. Berwuduk bertindak mengurangkan mikroorganisma serta menurunkan risiko kewujudan bakteria di dalam tubuh kita.

Dalam kajian yang lain, dibuktikan bahawa berwuduk membantu proses regenerasi kulit, iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kesetabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kesetabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

Melalui amalan membasuh tangan ketika berwuduk kita dapat mengawal daripada terkena wabak penyakit dan sebagainya. Ini kerana melalui telapak tanganlah kita banyak berinteraksi dengan dunia luar seperti bersalaman, menggengam, menyentuh ataupun memetik jari. Menggunakan tangan juga kita bersentuhan dengan segala benda sekeliling kita. Bahkan lebih daripada 70% penyakit berjangkit seperti cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan.

Amalan membasuh tangan di awal berwuduk sebenarnya menepati kaedah standard yang diamalkan di dalam bidang perubatan. Ini terbukti di dalam dunia perubatan, protocol standard yang pertama sebelum pekerja perubatan mula bekerja juga adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Ini berlaku terutamanya apabila hendak melakukan pembedahan ataupun lain-lain rawatan perubatan yang invasivf. Oleh itu, tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Seterusnya melalui amalan berkumur ketika berwuduk juga akan menjaga aspek kesihatan kita. Berkumur akan melindungi mulut dan tekak daripada inflamasi dan membersihkan gigi dan sisa makanan. Terdapat tidak kurang daripada 100 juta bacteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kelenjar ludah manusia normal yang sihat. Dengan berkumur ketika berwuduk dapat membersihkan mulut dan seterusnya dapat mencegah risiko jangkitan penyakit.

Seterusnya amalan Istinsyaq ataupun menghirup air kedalam hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh seseorang melainkan ketika berwuduk. Menurut pakar bedah tumur Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumur yang tersembunyi di dalam hidung aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumur itu. Melalui kegiatan istinsyaq ini dapat membantu dalam pengesanan awal tumur di bahagaian nasopharyng yang tersembunyi.

Begitu juga melalui istinsyaq kita berupaya membersihkan selaput lender hidung yang mungkin kontiminasi oleh udara kotor dan kuman. Ini kerana hidung adalah organ terbuka dan di dalam rongga hidung juga mungkin terdapat kuman-kuman. Satu ketika dahulu apabila penyakit SARS merebak ke seluruh Asia termasuk Malaysia ia merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Melalui istinsyaq ia akan dapat mencegah jangkitan spt SRAS diperingkat awal lagi.

Di sini jelas bahawa amalan berwuduk membawa faedah yang banyak. Ia memberikan pengamalnya faedah di dunia dan juga akhirat. Bukti sains menjelaskan kepada kita kebenaran ajaran Rasulullah S.A.W. Marilah kita beramal dan melazimkan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk bukan sahaja ketika untuk mendirikan solat semata-mata.Semoga Di manfaatkan serta Dikongsi Untuk Kebaikan Sesama insan.
Wallahuallam...!!!


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Tags : wudhu, islam, ablution, allah, sunnah, masjid syi'arul islam, quran, muslims, assim alhakeem, air sembahyang, solat, adab, al hijrah, water, life, research, science, buya yahya, bab wudhu, huda tv, kuningan, islam kuningan, masjid syi'arul islam kuningan, buya yahya - majelis al-bahjah rutin kuningan | jumat 27 januari 2017, dayah aceh, tu sop jeunieb, pidato abinas, dakwah aceh, tastafi, dayah, abu mudi, santri salafi, kitab kuning, majelis pengajian dan zikir tastafi, lajnah pengembangan dakwah mudi mesra samalanga, love aceh, aneuk dayah aceh, tafaqquh video, t - entertainment studio, yadara tv, islam, wudhu, cara wudu, cara wudhu yang benar, ustadz abdul somad, cara berwudhu, wudhu yang benar, doa selesai wudhu, tatacara wudhu, tata cara berwudhu yang benar, tata cara wudhu dan doanya, tata cara sholat, tata cara wudhu yang benar, cara berwudhu yang benar, urutan wudhu, tata cara berwudhu, doa sebelum wudhu, cara berwudhu yang benar untuk wanita, bacaan wudhu, rukun wudhu, tata cara wudu, tata cara wudhu, cara wudhu, ablution water salah prayer islam sheikh court evidence news, water, life, research, science, urutan wudhu yang benar, ceramah, pengajian, cara berwudlu, gambar wudhu, muslim, ramadan, prayer, abulution, doa sesudah wudhu, cara berwudhu dengan keran, wudu, islam, kuliah, ceramah, ustaz, malaysia, terkini, muslim, official, indonesia, forum, solat, ustaz azhar idrus, lc, hukum, video viral, ustaz azhar, uai, kuliyyah, tazkirah, ustadz abdul somad, artis, uaioriginal, rasmi, kelakar, jenaka, lawak, lampu islam, tauhid, sirah, aqidah, kuliyah, facebook, forum perdana, masjid, lisan, trending, hambafaqir, hamba faqir, somad, quran

13 July 2019

Lirik Rabithah - Tegur Aku (Jennie Solo Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


TEGUR AKU adalah lagu berkisarkan hakikat sebuah persahabatan, iaitu tegur menegur pabila di antara kita ada salah dan silap. Ukhwah tanpa tegur-menegur hakikatnya hanyalah palsu. Kerana, orang yang bersahabat kerana Allah, takkan biarkan sahabatnya yang lain bergelumang dalam perkara yang Allah murka.

***

Rabithah - Tegur Aku(Solo Jennie Cover).
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Jennie
TARBIAH SENTAP RECORDS

***

(RIDWAN)
Kasih, sayang, cinta, itu,
Pasti perlu ada tandanya,
Tandanya

Bila aku salah, lemah, 
Alpa, lupa, leka, lesu, dan tersasar,
Usah kau buta,

(MAHDI)
Tegurilah,
Jangan pernah sekalipun kau lali,
Nasihati segala salahku,
Jangan pernah kau tinggalku sendiri,
Agarku tak merana 

Tegurku selalu
Tegurku selalu,
Bimbingku selalu,
Bimbingku selalu

(HAKIM)
Aku pun sedar
Kadangku terasa
Dengan teguranmu
Hanya kerna egoku
Ku tahu kau pasti marah padaku
Namun harapanku jangan pernah kau jemu..

Tegurku selalu,
Ku mahu syurga denganmu
Hidupku kosong
Tanpa bimbingan darimu,
Tolong,
Doakan aku
Di setiap malammu
Ku merayu

(AYMAN)
Andai takdir memisahkan,
Bukanlah sebuah alasan
Untuk kau tinggalkan
Ku terkapai sendirian
Tentu ada banyak cara
Untuk engkau berbicara
Janganlah kau lupa
Tarik tika ku alpa


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

11 July 2019

Kebaikan Lidah Buaya untuk Wajah Muka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Sebagai tanaman non-toksin, lidah buaya banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dan tanaman ubat tradisional. Jom, kita tengok 3 kegunaan dari lidah buaya :

1. Mencerahkan kulit
Lidah buaya memiliki manfaat yang menakjubkan untuk kulit. Hanya dengan mengoleskan sedikit gel lidah buaya, kita boleh mecerahkan kulit kita dengan sempurna. Ia juga mampu bertindak sebagai sunblock untuk muka.Bukan  tu je, ia juga membantu dalam menyembuhkan kelepuhan atau luka akibat daripada gigitan serangga eczema etcetera.


2. Sebagai ubat untuk jerawat
Tanaman lidah buaya memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu menyembuhkan masalah jerawat. Bila dioleskan pada kulit yang terkena jerawat, lidah buaya mampu menyembuhkan bekas luka dan mengurangi kemerahan. Aloe vera juga boleh diaplikasikan secara langsung ke kulit melalui gel, krim dan lotion untuk menyembuhkan jerawat.


3. Masker Lidah Buaya untuk wajah berminyak
Nah, untuk perawatan kulit berminyak, lidah buaya juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. 


Berikut resepinya:

  • 1 sendok makan masker lumpur
  • 1 sendok makan jus lidah buaya
  • 1 sendok makan tepung hazel
  • air secukupnya untuk membuat bahan-bahan ini jadi pasta
  • tambahkan 1 tetes essential tea tree oil
  • 1 tetes essential oil lavender
  • 1 tetes essential oil peppermint
Campurkan semua bahan, oleskan/sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air suam lalu percikkan air sejuk.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
tags : baby face, artis populer, minami oku, fisik, hiburan populer, wajah, anak, hiburan, mirip, miwako sayumi, shi zao z, hiburanpopuler, april xia da, wajah babyface, wanita, marina nagasawa, cantik, wanita cantik, babyface, hasil putih kinclong \u0026 glowing..., cara memutihkan wajah dengan cepat dan alami, wajah cantik, viral, luar biasa, ajaib, tahi lalat, artis cantik, sadis, cewek, dulu sekarang, perubahan penampilan, transformasi, cewek cantik, serum malam terbaik, cara agar wajah lebih cerah, cara agar wajah lebih cerah bercahaya, wajah glowing dengan cepat, cara agar wajah lebih bercahaya, wajah glowing, wajah lebih bercahaya, indonesia, cara, wajah glowing, cara menghilangkan bekas jerawat secara alami dalam 1 minggu, cara agar wajah lebih bercahaya, wajah lebih bercahaya, wajah lebih cerah, wajah cerah bercahaya, lakukan ini selama 3 hari wajah lebih cerah \u0026 bercahaya, obat alami, mainan anak, review, toys, kids, tips sehat, kesehatan, obat herbal, permanacuy, permana cuy, cara menghilangkan bekas jerawat dengan bahan dapur, menghilangkan bopeng bekas jerawat, wajah glowing dengan cepat, cara menghilangkan bekas jerawat pria, cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dalam 1 hari, cara menghilangkan bekas jerawat secara alami dalam waktu 3 hari, cara menghilangkan bekas jerawat dan flek hitam, obat menghilangkan bekas jerawat di apotik, khasiat tomat, manfaat tomat, menghilangkan, jerawat, flek hitam, menghilangkan flek hitam, cara agar wajah lebih cerah bercahaya, menghilangkan jerawat, masker tomat, scrub tomat, scrub, produk muka pria, perawatan pria, howto, tutorial, tips, kerajinan, kerajinan 5 menit, hacks hidup, hal-hal yang berguna, lifehacks, trik, lakukan sendiri, proyek diy, kegiatan diy, handcraft, diy, 5-menit kerajinan, lidah buaya, perawatan kulit, gel lidah buaya, jus lidah buaya, resepi kuih tiram, cara membuat kuih lidah, kuih lidah, cara membuat kuih tiram, cara membuat kuih lidah buaya, kuih tiram, cara buat kuih lidah buaya, resepi kuih lidah buaya, kuih lidah buaya, trymasak, 쌍둥이루지, twinroozi, gadis, perawatan rambut, pengobatan rumahan, kiat kecantikan untuk anak perempuan, kulit jernih, kulit bercahaya, kulit kering, masker alami, peretasan kecantikan, cara memutihkan kulit, makeup, review, beauty, beautiful, handbody yang bikin putih, handbody vaseline, pemutih badan, pemutih kulit, handbody, fair lovely cream, cara memutihkan tangan, cara memutihkan kaki, racikan handbody, cara, membuat, racikan, alami, handbody pemutih kulit paling ampuh, handbody pemutih permanen, vaseline dan fair lovely, pemutih kulit alami, meracik handbody sendiri, mesothelioma, natural, glam, soft, fresh, eid, ramadhan, challenge, squishy, diy, slime, makeover, hack, life hacks, putih dengan cepat, pretty, how to

09 July 2019

Contoh Surat Mohon Cuti

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Contoh surat mohon cuti ni penting, ya dak? So, sesiapa yang urgent perlukan idea untuk buat surat cuti tu boleh lah rujuk contoh di bawah, just edit sikit sikit je ok? ^^


= = = = = = = CONTOH SURAT SAKIT 1 = = = = = = = =
Lot 4436, Kampung Alur,
Kalumpang,
44128 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
_____________________________________________________________
Puan Marhaini Binti Osman,
Guru Tingkatan 4 Siber,
SMK Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor.
Selangor Darul Ehsan. 27 OGOS 2014
Puan,
PER: MEMOHON CUTI SAKIT SELAMA SATU HARI (ISNIN, 23 OGOS 2014)
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan dengan itu, saya Hasan bin Mohsin ingin menolong anak saya Ali bin Hasan memohon cuti
sakit selama satu hari iaitu Isnin, 23 Ogos 2014.
3. Anak saya tidak dapat datang ke sekolah kerana dia sakit perut.
4. Diharap pihak puan dapat menerima surat cuti sakit anak saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………………….
(Hasan Bin Mohsin)
Bapa kepada Ali Bin Hasan

= = = = = = = CONTOH SURAT RASMI MEMOHON CUTI SAKIT 2 = = = = = = = =
(ALAMAT ANDA)
Guru Tingkatan (KELAS ANDA),
(ALAMAT SEKOLAH) (TARIKH)
Tuan,
Memohon Cuti Sakit
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, (NAMA ANDA), murid tingkatan
(KELAS ANDA) tidak hadir ke sekolah pada (TARIKH) kerana (SEBAB/ALASAN).
2. Saya mendapati saya (ALASAN) pada awal pagi (TARIKH). Saya tidak mendapat
rawatan daripada doktor tetapi rehat di rumah.
3.Saya terpaksa memohon cuti pada (TARIKH). Saya akan balik semula ke sekolah pada
(TARIKH).
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………….
(NAMA PENUH ANDA)
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Tags: cara buat surat cuti sakit, cara membuat surat cuti sakit, cara membuat surat tidak hadir ke sekolah, cara menulis surat tidak hadir ke sekolah, contoh karangan surat cuti sakit, contoh karangan surat kiriman rasmi aduan, contoh surat cuti sakit, contoh surat cuti sakit klinik, contoh surat cuti sakit pelajar, contoh surat cuti sakit sekolah, contoh suratmemohon cuti sekolah, contoh surat rasmi, contoh surat rasmi mohon cuti, contoh suratrasmi tidak hadir ke sekolah, contoh surat sokongan kerja, contoh surat tidak hadir ke kuliah, contoh surat tidak hadir ke sekolah,contoh surat tidak hadir ke sekolah kerana demam, contoh surat tidak hadir ke sekolah kerana kematian, contoh surat tidak hadir ke sekolah kerana sakit, contoh surat tidak hadir ke sekolah pmr, contoh surat tidak hadir ke sekolah spm, format surat cuti sakit, format surat rasmi, surat cuti sakit, surat cuti sakit dada, surat cuti sakit gigi, surat cuti sakit hospital, surat cuti sakit jantung, surat cuti sakitklinik, surat cuti sakit lanjutan, surat cuti sakit pelajar, surat cuti sakit rasmi, surat cuti sakit sekolah, surat cuti sakit surat rasmi, surat kiriman rasmi aduan, surat kiriman rasmi mata sakit, surat kiriman rasmi permohonan, surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah, surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah kerana demam, surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah kerana sakit, surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah pmr, surat memohon cuti sakit sekolah, surat mohon cuti sakit, surat pekeliling cuti sakit, surat permohonan cuti sakit, surat rasmi, surat rasmi cuti sakit sekolah, surat rasmi memohon cuti, surat rasmi mohon cuti sakit,surat rasmi permohonan cuti sakit, surat rasmi sebab tidak hadir ke sekolah, surat rasmi tidak hadir ke sekolah, surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana demam, surat rasmi tidak hadir ke sekolah pmr, surat rasmi tidak hadir ke sekolah spm, surat sebab tidak hadir ke sekolah, surat tidak dapat hadir ke sekolah, surat tidak hadir ke sekolah, surat tidak hadir ke sekolah 2012, surat tidak hadir ke sekolah agama, surat tidak hadir ke sekolah contoh, surat tidak hadir ke sekolah format, surat tidak hadir ke sekolah kerana, surat tidak hadir ke sekolah kerana demam, surat tidak hadir ke sekolah kerana nenek sakit, surat tidak hadir ke sekolah kerana pulang ke kampung, surat tidak hadir ke sekolah kerana sakit, surat tidak hadir ke sekolah pmr, surat tidak hadir ke sekolah rasmi, surat tidak hadir ke sekolah spm, surat tidak hadir ke sekolah wawasan,surat tidak rasmi tidak hadir ke sekolah, surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah, surat untuk tidak hadir ke sekolah

06 July 2019

Lirik AREEF - PREJUDIS

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


pernah kau kata mustahil
kala tekad hijrahku beralih
dari diri yang kau kenali
kepada personaliti ku impi

dunia penuh ahli sepertimu
semua mampu bicara tanpa ragu
mentafsir informasi tiada diplomasi
beraja emosi merumus konklusi

mungkin stereotaip bukan jenisku
revolusi minda yang kita perlu

ku tak mahu melelahkan diriku
memburu impian palsu

kerana ku yakin dan mampu
berlari lebih jauh

tiada mengerti
urusan tuhan dan diri
kerana dia memadai
mengadili diri
ku khabarkan aspirasi
untuk menginspirasi
bukan pintaku untuk kau memutus takdir diri

mungkin stereotaip bukan jenisku
revolusi minda yang kita perlu

ku tak mahu melelahkan diriku
memburu impian palsu

kerana ku yakin dan mampu
berlari lebih jauh

tiada kau temui sempurna diri ini
tiada kau fahami jika tidak kenali
kerana dunia kita semua berbeza
tingkah laku kita abstrak sukar dibaca

cukup kau adiliku
membunuh semangatku
pergilah dirimu
dengan caramu,
prejudis

ku tak mahu melelahkan diriku
memburu impian palsu

kerana ku yakin dan mampu
berlari lebih jauh (berlari lebih jauh)

terima kasih jaga diriku
bukan aku seperti sangkaanmu

akan ku buktikan padamu
impian bukan fantasiku

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

04 July 2019

Penyakit Buah Pinggang

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ujian awal kesan sakit buah pinggang


RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

- Pemakanan seimbang.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
- Berhenti merokok.
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
- Kekalkan berat badan seimbang.
- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
tags : buah pinggang, sakit buah pinggang, malay_entertainment, local_malay, tv3 malaysia, melodi, malay, entertainment, buah pinggang rosak, tanda awal buah pinggang rosak, ubat buah pinggang, kidney, rawatan buah pinggang, ginjal, ckd, prebiolife, tanda awal sakit buah pinggang, kerosakan buah pinggang, tanda buah sakit buah pinggang, khasiat daun sup untuk buah pinggang, daun sup cuci buah pinggang, cara cuci buah pinggang dengan daun sup, cuci buah pinggang guna air, cara cuci buah pinggang, cuci buah pinggang secara alami, cuci buah pinggang dengan daun sup, cuci buah pinggang, cuci buah pinggang cara tradisional, khasiat daun sup, khasiat daun sup untuk ginjal, cara sembuh buah pinggang, cara turunkan kreatinin dalam darah, cara cepat turunkan kreatinin, cara sembuhkan buah pinggang, cara turunkan kreatinin, tanda-tanda buah pinggang rosak, penyakit buah pinggang kronik, kaki bengkak, tanda rosak buah pinggang, kreatinin tinggi tahap 4, kidney disease, renal, urine, kidney, kidney transplant, kidney failure, hemodialysis vs peritoneal dialysis, hemodialysis, ureter, renal disease, uc san diego health, uc san diego chronic kidney disease program, chronic kidney disease treatments, stages of kidney disease, chronic kidney disease (disease or medical condition), nephrologist san diego, nephrology san diego, kidney disease san diego, kidney transplant procedure, transplantation, treating kidney disease, kidney cancer, kidneys, kidney disease stages, stages of chronic kidney disease, renal mass, ucla urology, symtoms of chronic kidney disease, symptoms of kidney disease, kidney disease treatment, fighting kidney disease, donor meets recipient, travel vlogs, travel, cindy flores, vegan, gfr, kidney trans, pd dialysis at home, dialysis of kidney