05 May 2019

Khutbah Rasulullah SAW Pada Hari Terakhir Bulan Sya'ban

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Salman al-Farisi RA berkata, 

🍭 “Rasulullah SAW  telah berkhutbah kepada kami, pada hari terakhir bulan Syaaban :

🍭 “Wahai manusia, sesungguhnya kamu dibayangi oleh satu bulan yang agung, bulan yang berkat, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik baripada seribu bulan, bulan yang Allah SWT jadikan berpuasa pada siangnya sebagai satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiamullail sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang bertaqarrub kepada Allah SWT pada bulan ini dengan amalan yang baik, maka ganjarannya adalah sama seperti seorang yang melakukan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar dan ganjaran bagi kesabaran ialah syurga. Ia adalah bulan yang rezeki orang beriman akan bertambah. Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, sesungguhnya dia mendapat keampunan terhadap dosanya dan terlepas daripada azab neraka dan dia mendapat ganjaran orang yang berpuasa tanpa ada kekurangan sedikit pun.””

🍭 Seorang sahabat bertanya : 

🍭 “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak semua dikalangan kami ini yang memiliki sesuatu makanan untuk memberi orang yang berpuasa berbuka”. Maka Rasulullah SAW menjawab: Allah memberi ganjaran seumpama ini bagi sesiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa sama ada sebiji tamar atau dengan hanya seteguk air atau susu. Ia adalah satu bulan yang diawalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah pelepasan daripada api neraka.
(HR Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya)

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

No comments:

Post a Comment