03 May 2019

Happynya Nak Ramadhan? Cukup happy ke?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



🍦 Tidak cukup dengan hati yang gembira dengan kedatangan Ramadhan.

🍦 Kehadiran Ramadhan perlu dinanti dengan satu perancangan iaitu
merancang amal ibadat dan amal kebajikan lain sepanjang Ramadhan.

🍦 Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah persediaan dari segi
ilmu, emosi atau rohani, persediaan jasmani dan persediaan harta atau
wang.

🍦 Pertama : Bersihkan hati dan perbaharui niat.
Sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, alangkah eloknya
jika kita dapat beristighfar dan bertaubat memohon keampunan Allah SWT
bagi membersihkan hati dan jiwa kita, agar mudah melakukan ketaatan dan
kebajikan. Kita juga hendaklah memperbaharui niat dan azam untuk tidak
mensia-siakan Ramadhan pada tahun ini.

🍦 Kedua : Dari segi persiapan rohani.
Mohonlah kepada Allah agar Allah anugerahkan kepada kita hati yang
suka dengan kehadiran Ramadhan, rindu akan kehadirannya, bersemangat
untuk beramal ibadat. Berazamlah supaya dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan, maka setiap detik dan ruang Ramadhan akan digunakan
untuk meraih keredhaan Allah dan ganjaran pahala yang berganda.

🍦 Ketiga : Dari segi jasmani.
Bersiap sedialah dengan kesihatan yang baik agar ia tidak
mengganggu amal ibadat nanti. Jika sakit berubatlah segera sebagai
persediaan awal untuk Ramadhan. Dapatkan nasihat doktor, apa persediaan
yang boleh dilakukan jika dia seorang yang menghidapi penyakit seperti
kencing manis, darah tinggi, jantung, gastrik dan seumpamanya.

🍦 Keempat : Dari segi harta atau kewangan.
Peruntukkanlah sebahagian daripada harta kita untuk bersedekah atau
diinfaqkan kepada perkara-perkara kebajikan pada Bulan Ramadan seperti
memberi makan kepada orang yang berbuka sama ada di masjid, di rumah
anak-anak yatim, fakir miskin dan seumpamanya. Perbanyakkan bersedekah
pada bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain kerana Rasulullah
digambarkan sebagai seorang yang sangat pemurah pada bulan Ramadhan.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

No comments:

Post a Comment