30 April 2019

#JavaSolved : List of Unique Numbers

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Question : 


Codes : 

import java.util.*;
public class Soalan1 {
public static ArrayList<Integer> removeDuplicates(List<Integer> inputList){
ArrayList<Integer> newList =new ArrayList<Integer>();
for(Integer element : inputList) {
if(!newList.contains(element)) {
newList.add(element);
}
}
return newList;
}
public static void main(String[] args) {
// TODO Auto-generated method stub
List<Integer> InputList = new ArrayList<Integer>();
Scanner sc = new Scanner(System.in);
for(int i=0; i<10; i++) {
InputList.add(sc.nextInt());
}
ArrayList<Integer> newList = removeDuplicates(InputList);
Collections.sort(newList);
System.out.print(newList.size() + ": ");
Iterator<Integer> it = newList.iterator();
while(it.hasNext()) {
System.out.print(it.next() + " "); }
sc.close();
}
}


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

23 April 2019

Tukar Course ke Bsc Hons in Software Engineering ? Aik...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dah lama sebenarnya xupdate bende bende personal ni.. So why not... Hahaha Harap artikel ini membantu bagi yang mempunyai beberapa persoalan yang berkaitan...


Aik, Bukan Ambik Bioinformatik ke?

Mungkin ada yang pelik, "aik kenapa sambung Software Engineer pulak ni tetibe, bukan kata hari tu sambung Bioinformatics... Ni semua sebab aku update post pasal >Menyambung Pengajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia - BSc With Honours (Bioinformatics)<... Yes, it was true... Tapi aku tukar course... "Hah, dah kenapa tukar course?"... lek lu, sbnrnya bila sem 2 di matrik, aku perasan diri aku more to Biology plus Computer Science... So aku pun cari lah course yang betul betul ada kaitan dua bidang ni sekaligus... And apparently, memang ada weh... Namanya Bioinfomatik... Aku  xnak terang lebih lebih pasal Bioinfo ni kat sini, kalau nak baca >Apa Itu Bioinformatik ?<....

Then, aku dah jumpa Bioinfo tu aku pun mohon lah dalam aku punya UPU tu antara yang teratas adalah Bioinformatik UKM dengan Bioinformatik UTM and lain lain subjek aku mohon bidang-bidang Psychology and banyak lagi lah aku sendiri pun dah xingat, lagipun xpenting, benda dah lepas, and yang sudi terima aku UKM jerrrr, so xnak lah sebut lelebih hahahaha

Kenapa tukar ? Bila tukar ?

Aku tukar course lepas aku dah habis satu sem kat UKM, aku rasakan aku xberapa berkenan lepas aku tengok course structure Bioinformatik kat UKM sebab pemberat course ini di UKM more to Biology compared to UTM punya Bioinformatik, course structure diorang pemberatnya more to Computer Science... And yes, honestly to said, Biology kat Universiti memang susah hahahahha... Tapi lek lu, ni pandangan aku sorang sahaja, ada je member-member kuliah dulu boleh je 4 flat even dah masuk bidang  Bio ni... Masa ni baru aku faham, its not all about minat semata kau boleh capai apa yang kau nak, kau kene ada jugak passion or kesungguhan... Ada minat, tapi xleh nak bersungguh, xguna... Ada kesungguhan, tapi xde minat, pun xguna... Dua-dua penting... Ini pendapat aku je ar ye, some might be disagree...

Lepastu, habis je sem 1, aku muhasabah balik diri aku, aku ingat balik suasana aku enjoy nak mampus belajar Science Computer masa matrik dulu... Then masuk je sem 2, aku terus print semua borang nak pindah fakulti, pindah course and surat kelulusan semua benda lah aku print and aku pun gigih isi... Then, aku pun survey lah course-course computing yang ada kat UKM ni... Kalau kat UKM ni sebenarnya xbanyak pun course computing untuk degree, ada empat je weh : 

- Software Engineering (Information System Development)
- Software Engineering (Multimedia)
- Computer Science
- Information Technology

Apa beza mereka ni? cam sama je... Yes, bunyi macam sama, tapi ada beza dari segi skop dan sebagainya... So, aku pun keliru masa tu nak mohon yang mana satu ni.. Aku pun tanya lah pendapat kawan kawan matrik aku dulu yang sambung bidang computing ni sama ada di UKM, mahupun yang sambung di Univeristi lain... Ramai yang cadangkan amik Software Engineering (Information System Development) sebab dia dah pengkhususan, and then aku pun belek belek kat google course structure dia and aku pun rasa macam nice... So, aku pun mohon lah terus...


Susah x proses tukar course? Lama x?

Okay soalan ni aku xleh nak jamin sangat tau... Sebab ia memang betul betul bergantung kat Universiti and Ketua Program yang kau nak keluar and Ketua Program yang kau nak mohon baru tu.. Kenapa? apa maksudnya?

Sebab aku pernah dengar beberapa kawan aku kat universiti lain (xnak sebut nama U apa), diorang kata bukan senang nak tukar course ni, pihak universiti xbagi sangat kelonggaran tersebut, kalau boleh pun, may be susah and lama nak mampus proses dia....

Itu kalau dari segi University lah, depends ar kat U tu, dia bagi or x kau tukar course, and kalau dia bagi lama ke proses semua tu bergantung kat U tu...

Dari segi dalam universiti pulak, contoh macam kes aku, aku nak mohon course Software Engineering IS tadi tu kan, so aku kene gi Fakulti baru aku tu and jumpa Ketua Program Software Engineering IS tu, kalau dia nak terima aku, baru aku boleh masuk, kalau dia kata xboleh, quota dah penuh atau apa-apa lah alasan, maksudnya aku xleh diterima, then aku kene lah stay je dengan course aku masa tu (Bioinfo)...

And consequences kedua adalah yang paling ramai terjerat huhu... Iaitu Ketua Program (KP) asal, contoh course aku sebelum ni Bioinfomatik, so aku kene jumpa KP Bioinfomatik untuk benarkan aku tukar and keluar dari program dia... Kebanyakan case, even dalam UKM pun, KP memang xbagi anak buah dia tukar course, malah ada yang mungkin kene kaunseling percuma kot kalau kau gi jumpa KP kau sebab kau nak tukar course hahahaha

TAPI! ALHAMDULILLAH... Proses aku dimudahkan semuanya oleh Allah SWT... KP Bioinfo aku jenis xkisah and xmemaksa and sangat terbuka kalau aku nak tukar hahahahhaha... And cite KP Software Engineering di Fakulti baru tu pulak, sangat-sangatlah menerima kemasukan aku hahahahahaha....And thats how it is... Aku pun tukar lah course... Alhamdulillah, ni dah masuk tahun 2 sem 2, setakat ni xmenyesal lagi tukar fakulti and tukar course ^^v Alhamdulillah... Perancangan Allah sentiasa lebih baik kan?


How about the process? Lama x process surat nak tukar semua tu?

Sejujurnya xlama sangat pun... As long as seminggu pertama bukak je sem baru tu aku memang men'struggle'kan diri lah pergi fakulti baru and ulang alik pergi fakulti lama pulak... Dapatkan confirmation, pastikan surat dah proses, dapatkan tandatangan KP baru and KP lama, tukar dalam sistem and semua benda lah... Alhamdulillah xlama sangat pun, dalam seminggu lebih je, settle dah semuanya, and terus aku masuk kuliah minggu kedua tu jugak.. And start my new happy fun go lucky life at University, get back to our beloved programming world... Hahahahaha


Kena extend sem lah tu! Entah pape!

Banyak kali jugaklah orang tanya aku lepas aku tukar course ni... Mesti kene extend bagai... Lek lu... Aku boleh transfer credit beb hahahaha... Alhamdulillah lah... Kalau nak kata kene extend sebab pindah fakulti tu, setakat ni xnampak lagi lah keperluan untuk extend sem semata sebab tukar course... Sebab as long as kau pandai susun course structure kau and transfer semua kredit masa sem 1 kau dari fakulti lama tu, dah okay dah sebenarnya... Lagi pun, aku lambat satu sem je... Bukan lambat satu tahun (2 sem), kalau lambat 2 sem tu memang obiviouslah kene extend weh... Hahahaha... papepun, doakan ar aku dapat graduate dengan cemerlang tanpa perlu extend sebab benda lain pulak, Aamin....


Macam mana dengan family?

Actually aku terfikir jugak pasal benda ini... Lepas aku dah ada idea untuk tukar course, masa cuti sem before masuk sem 2 tu aku terus bincang and slow talk flower talk sweet talk ngan mak aku yang aku nak tukar course and aku rasa aku xleh bawa diri dah, "takut hanyut nanti mak"... Eh, xde lah, tu tipu je nak hanyut apa nya, ilmu jugakkk... Tapi series memang aku xkisah pun kot even parent aku kalau xbagi aku tukar, sebab yang nak study memang aku, bukan diorang... But however, Alhamdulillah Allah mudahkan lagi urusan pertukaran aku, as they had the same mindset as mine hahahaahah, yang nak study aku bukan diorang hahahaha... Diorang xkisah pun, as long as aku boleh bawa diri lah lepas tukar fakulti nanti, course baru pulak tu kan... Alhamdulillah for this supportive parent... Kalau parent korang jenis yang susah nak terima, try slow talk je okay, bagi alasan yang kukuh and berusaha sehabis baik and buktikan yang korang boleh lepas korang dah tukar course...


Okay untuk bab tukar fakulti/course ni aku rasa ni je kot persoalan yang mungkin timbul.. Kalau ada pape persoalan jangan segan silu untuk komen je dibawah, In Shaa Allah kalau free aku jawab...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

20 April 2019

Ada apa dengan malam Nisfu Sya'ban?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



“Allah akan muncul (rahmat dan pengampunannya) kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang saling bermusuhan”
[ HR Al-Tabrani ]

Sebenarnya tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam Nisfu Sya’ban. Adalah menjadi bid’ah jika kita mewajibkan ibadat-ibadat tertentu pada malam itu namun melakukan sebarang ketaatan  pada malam itu sebagai memenuhi malam yang sangat istimewa itu adalah tidak dilarang. Membaca Al-Quran dari mana-mana surah termasuk surah Yasin juga dikira sebagai satu ketaatan. Hendak membaca banyak kali pun tiada halangan tetapi  bukan bilangan yang dikejar, tetapi bacalah dengan memenuhi hak-hak bacaan yang sebenar dan lakukanlah dengan tertib, tadabbur dan ta’aqqul.

Baca sekali dengan tartil dan penuh penghayatan jauh lebih baik dari membacanya secara tergesa-gesa untuk mengejar bilangan. Selepas itu bacalah apa-apa doa yang kita hajati kepada Allah. Tidak terikat dengan doa yang biasa dibaca sebelum–sebelum ini. Namun kalau kita berhasrat membaca doa yang sedia ada pun tiadalah halangannya selama mana kita tidak menganggap ibadat-ibadat tadi adalah agenda wajib pada malam itu. Lakukanlah solat-solat sunat mutlak ataupun solat sunat yang disunnahkan oleh Nabi SAW pada bila-bila  masa seperti solat sunat tasbih dan sebagainya pada malam itu. Pada keesokkan harinya jika ada yang sudah melazimi dan memperbanyakkan berpuasa dari awal bulan Sya’ban bolehlah meneruskan puasa sunatnya.

Namun ada satu tawaran hebat dari Allah SWT pada malam itu. Iaitu tawaran pengampunanNya pada malam itu sangat lumayan namun terdapat dua golongan yang terkeluar dari tawaran berkenaan. Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith yang diperakui oleh ulama sebagai hadith yang paling sahih berkaitan dengan kelebihan malam Nisfu Sya’ban:

“Allah akan muncul (rahmat dan pengampunannya) kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang saling bermusuhan”
[ HR Al-Tabrani ]

Kelebihan khas pada malam itu ialah tawaran pengampunan terbuka luas. Ibadat yang paling utama pada malam itu ialah membersihkan diri, keluarga dan masyarakat dari gejala-gejala syirik dan semua perkara yang mengarah kepada kesyirikan. Alangkah baiknya pada malam itu masyarakat diingatkan bentuk-bentuk fahaman yang membawa kepada pegangan menidakkan kuasa mutlak Allah SWT seperti fahaman yang menfokuskan manusia dan kehendaknya agar dipenuhi, melihat hukum-hakam agama sebagai penghalang kepada kebebasan mutlak individu, fahaman meletakkan aqal melepasi nas-nas syarak, menghalalkan dan mengiktiraf hubungan terlarang dan sebagainya. Ini adalah contoh-contoh menidakkan kuasa mutlak Allah dan mengecilkan had kuasa agama pada ruang lingkup yang terhad dan selebihnya diserahkan hak kuasanya ditentukan oleh makhlukNya.

Ibadat yang paling utama pada malam itu ialah menamatkan permusuhan sesama saudara-saudara Islamnya. Jangan kita tersilap, hadir ke masjid beramai-ramai, membaca surah Yasin sampai tiga kali, berdoa selepas itu memohon keampunan namun masih menyimpan permusuhan sesama sendiri yang akan menghalang pengampunan Allah SWT. Dalam isu kelebihan malam berkenaan, Allah meletakkan sebaris orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan sebagai golongan yang terkeluar dari tawaran pengampunan Allah SWT.

Alangkah indahnya pada malam itu umat Islam saling memaafkan di antara satu sama lain. Jika ini akan berlaku nasib umat Islam nescaya akan berubah, Ramadhan yang bakal menjelang akan dinikmati keberkesanannya dan satu Syawal akan dihadiahkan kepada umat ini kemenangan yang hakiki.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)