26 December 2018

#WordlessWednesday Aurat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

19 December 2018

#WordlessWednesday Ilmu & Amalan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

15 December 2018

9 Cara Mendidik Hati Yang Suka "Judge"

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini, termasuk diri kita. Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Tuhan menciptakan segalanya adil dan saksama."

Manusia memang suka menilai. Yang baik mahu yang buruk tidak terlepas dari pandangan dan perbualan. Ada yang yakin menentukan kedudukan Syurga dan Neraka orang lain.

Dan dari itu, kita telah menggambarkan personaliti kita yang sebenar di mana tidak ada adilnya, berat sebelah dan terlalu cepat membuat kesimpulan. Dan yang memburukkan keadaan lagi apabila kita sendiri mempengaruhi orang lain dengan pertimbangan dan penilaian peribadi tanpa kaji selidik.

Berikut dikongsikan 9 cara bagaimana menjaga hati daripada suka menilai orang lain.

❤️  1# Bersangka Baik Dengan Setiap Orang Yang Kita Jumpa

Belum tentu kita lebih baik dari dia. Sebagai contoh , mungkin anda terasa lebih baik kerana anda berhijab dan mangsa penilaian anda itu tidak berhijab. Namun itu tidak menjelaskan bahawa anda lebih baik dari dia. Mungkin solatnya lebih teratur dari anda dan dia lebih banyak bersedekah dari anda. Siapa tahu? Namun, jika ingin menegur, tegurlah dengan cara hikmah, ini tidak bermaksud anda tidak perlu menegurnya... Menegur dengan judge adalah dua perkara yang berbeza... Dan biasanya yang menegur dengan cara salah itu lah akan menjadi "judge", sedangkan boleh je tegur dengan cara yang baik sambil menjaga aibnya... Kerana kewajipan nahi mungkar itu tetap masih wujud.

❤️  2# Setiap Kejadian Adalah Dari Yang Maha Pencipta

Tuhan Maha Pencipta menjadikan setiapnya dengan peranan masing-masing. Setiap ciptaan Tuhan di muka bumi ini tidak kira yang baik dan buruk, cantik dan hodoh, baik dan jahat, mempunyai sebab dan tujuan tertentu. Kewujudan sesuatu perkara dan kisah negatif boleh menjadi teladan buat kita untuk sedar akan kekhilafan diri.

❤️  3# Jangan Memperlekah Ciptaan Tuhan

Mengutuk dan merendah-rendahkan manusia lain sama seperti memperlekehkan ciptaan Tuhan. Tidak terfikirkah kita apabila mengutuk atau mengata rupa seseorang, kita juga sedang berkata-kata tentang ciptaan Yang Maha Esa? Jadi, sebelum menilai sesuatu, ingatkan diri sendiri bahawa anda sedang menilai ciptaan Tuhan.

❤️  4# Mencari Kelebihan Setiapnya Dari Memperlihatkan Keburukan

Setiap manusia dan kejadian ada kebaikannya. Bukan semua perkara 100% jahat dan buruk. Percayailah bahawa setiap manusia dicipta dengan sisi kebaikan yang mungkin tidak terlihat di mata anda.

❤️  5# Sifat Yang Baik Itu Sesuatu Yang Subjektif

Menilai yang buruk tentang orang lain tidak membuatkan anda lebih baik. Baik itu sesuatu yang subjektif. Banyak kebaikan yang tidak perlu didedahkan pada semua kerana mungkin mereka bukan manusia yang suka menunjuk-nunjuk. Jika kita menilai sesuatu itu pada sudut yang buruk, maka kita menggambarkan keperibadian sendiri dan bukanlah insan tersebut.

❤️  6# Tiada Yang Sempurna Atas Muka Bumi Allah

Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini, termasuk diri kita. Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Tuhan menciptakan segalanya adil dan saksama. Ketidaksempurnaan seseorang itu sebenarnya menyempurnakan perkara lain yang anda tidak ketahui. Cerminlah diri kita sebelum menilai seseorang. Atau mungkin sebenarnya kita yang lebih buruk sifatnya dari mereka.

❤️  7# Janganlah Adilkan Yang Luaran Sahaja

Penampilan sahaja tidak menggambarkan peribadi yang sebenar. Sudah menjadi sesuatu yang biasa untuk seseorang menilai dari keindahan luaran seseorang. Kita berlagak seperti serba-tahu. Berfikiran sempit menyangkakan luaran yang indah akan bersama dalaman yang indah. Pernahkah anda makan buah yang cantik kulitnya tetapi isi di dalamnya busuk? Sedangkan hikmah berada di sebalik musibah. Inikan pula perkara yang melibatkan perasaan dan fikiran seseorang di sebalik wajah dan penampilannya.

❤️  8# Hargai Kepelbagaian

Kita semua diciptakan berbeza-beza. Perbezaan kita menyempurnakan kestabilan dunia. Jika segalanya sama, maka perebutan dan peperangan besar mudah berlaku. Kita bukanlah robot yang diprogram untuk melakukan tindakan yang sama dan boleh dijangka apa langkah seterusnya. Hargai perbezaan ini.

❤️  9# Jangan Jadikan Masalah Peribadi Sebagai Kebencian

Hanya kerana kita punyai rasa negatif atau tidak sukakan mereka, tidak bermaksud memang benar mereka bersalah. Kadang-kadang penilaian kita dipengaruhi oleh perasaan mazmumah yang tidak diingini. Perbaiki fikiran dan sentiasalah berfikiran positif walaupun kita tidak berada dalam keadaan dan hubungan yang baik dengan seseorang itu.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

12 December 2018

#WordlessWednesday Umrah & Haji

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

08 December 2018

4 Teguran buat Artis/Public Figure di Malaysia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Kami cadangkan, agar semua mereka yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, terutama public-public figure yang ramai follower, juga media-media prima dan sebagainya, agar cuba sedaya upaya tonjolkan NILAI dan BUDAYA Islam yang sebenar di dalam setiap apa yang kita lakukan dan lakonkan, atau nyanyikan. Antara budaya-budaya yang amat perlu untuk di titi beratkan ialah :

a) MENUTUP AURAT.

Kami menyeru pelakon Islam, penyanyi Islam, pengacara Islam dan semua orang Islam yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, agar sama-sama kita menutup AURAT dengan sempurna. Jika anda pelakon, tutuplah aurat. Jika anda penyanyi, tutuplah aurat. Jika anda pengacara, tutuplah aurat.

Bayangkan, andai ramai public-public figure dan pelakon yang mempunya jutaan followers dan fans, andai mereka semua menutup aurat dan MENGAJAK pengikut mereka untuk juga menutup aurat, saya yakin, ramai orang akan berpusu-pusu menutup aurat, dan kalian dapat pahala yang sangat BESAR dan sangat BANYAK. Bayangkan, andai 1000 orang mula menutup aurat kerana terinspirasi dengan kalian, betapa banyaknya pahala yang Allah akan ganjarkan pada kalian!

Dan saya yakin 100%, populariti kalian takkan jatuh walaupun sedikit. Bahkan, In Shaa Allah, kalian akan makin di cintai, bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, Allah dan para malaikat juga mencintai anda.

Sudah ramai artis Malaysia yang mula menutup aurat. Neelofa, Felixia Yeap, Emma Maembong, Siti Nurhaliza, dan sebagainya. Saya yakin, ia bukannya mudah. Namun, mereka dapat lakukannya, saya kira, ianya satu pengorbanan yang sangat besar.

Kepada producer film, pengarah film dan sebagainya, suruhlah pelakon menutup aurat walaupun “Hanya berlakon”. Kita tak boleh guna ayat “hanya berlakon” untuk melakukan perkara yang Allah larang. In Shaa Allah, saya yakin, kalau jalan cerita kalian menarik, pelakon tutup aura tpun orang akan tengok juga seperti yang dilakukan oleh Syamsul Yusof dalam filem Munafik 2.

Saya menyeru semua agar tutuplah aurat, dan promosi dan ajaklah masyarakat Islam di Malaysia agar menutup aurat dengan sempurna.

b) ELAKKANLAH MENGAJAK KEPADA PERGAULAN BEBAS.

Saya menyeru dengan rendah hati, agar tidak ketengahkan budaya pergaulan bebas, kerana ia bukanlah budaya Islam. Budaya couple, budak berpegang-pegangan, peluk memeluk, bahkan aksi tanjang di dalam TV walaupun nampak seolah-olah tidak keterlaluan, INI SEMUA BUKANLAH BUDAYA ISLAM.

Jika kalian tahu statistik gejala sosial di Malaysia, nescaya kalian akan menggigil dan menangis.

Purata kes cerai di Malaysia setiap tahun ialah 40,000 kes. Bermakna, purata setiap hari, kes penceraian mencecah 110 kes. Bermakna, setiap satu jam, 5 kes cerai di daftarkan. Itu baru yang di daftarkan, belum termasuk yang tidak didaftarkan.

Kes ANAK LUAR NIKAH di lahirkan, mencecah 27,000 setahun. Bermakna, setiap hari 75 kes di laporkan, dan setiap jam, 3 anak luar nikah di lahirkan.

Saya tak nak cerita kes rogol, kes zina, kes gay dan lesbian, dan sebagainya.

Macam mana semua ini boleh terjadi?

Kerana, MEDIA UTAMA sama ada TV, Radio, lagu-lagu, drama-drama, movie-movie, novel-novel, banyak MEMPROMOSIKAN budaya pergaulan bebas sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Dengan lambakan movie dan drama cinta, novel cinta, lagu cint a(yang mana kebanyakannya menyeru kepada pergaulan bebas dan couple), telah menjadi HIBURAN HARIAN anak muda, belia bahkan orang tua. 

Dari idola kecil, Akademi Fantasia, Kilauan emas, semuanya hanyut dan tenggelam.

Saya amat berharap, agar pelakon dan pengarah serta penyanyi, agar sama-sama kita mencegah perbuatan pergaulan bebas, dakwahlah melalui bakat-bakat yang ada. Yang pandai berlakon, berlakonlah tentang dakwah,  begitu juga penyanyi. Berilah hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. 

Saya yakin, kalau cerita best, boleh meletup juga In Shaa Allah.

Sebagai contoh, Pierre Andre buat film “Ustaz Mu Tunggu Aku datang”, tanpa sebarang pergaulan bebas, dan sarat dengan mesej dakwah secara santai dan sangat menarik. Ia tetap mendapat sambutan dan ramai juga yang berubah. Apatah lagi filem yang telah disebutkan sebelum ini iaitu Munafik 2.

c) BANYAKKAN HIBURAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN

Dari kita banyak mengetengahkan hiburan yang sarat dengan pergaulan bebas, cinta, pergaduhan sini sana, mencarut dan sebagainya, saya cadang, agar banyakkan hiburan yang berunsur pendidikan dan dakwah.

Kerana BUDAYA Islam yang paling agung ialah dakwah dan saling nasihat menasihati. 

Tetapi, kadang-kadang, ada sesetengah orang mahu mengajak kepada kebaikan dengan cara yang salah. Contoh, pengarah dan pelakon yang nak mengetengahkan bahawa zina itu dosa, maka mereka pun lakonkan aksi atas katil (walaupun tak keterlaluan). Benda ini sangat salah.

Matlamat tak menghalalkan cara. Andai kita mahu lakukan sesuatu kebaikan, pastikan matlamatnya bertepatan dengan Islam, dan caranya juga kena bertepatan dengan Islam. Seorang ulama berkata:

إذا اختلط الحق والباطل غلب الباطل
"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”.

d) WAR-WARKAN ISU UMAT ISLAM YANG TERTINDAS AGAR TERSEBAR KESEDARAN

Saya juga mencadangkan agar artis-artis dan media-media massa agar sebarkan secara meluas apa yang terjadi pada Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya.

Jika anda berbakat dalam menyanyi, buatlah lagu tentang kemanusiaan ini. Jika anda berbakat dalam mengarah film dan berlakon, maka buatlah satu movie dan drama yang mengetengahkan isu umat dan kemanusiaan ini.

Agar ramai masyarakat tidak lalai dan leka dengan kelebihan dan kesenangan yang ada. Agar kita semua dapat bantu mereka yang tertindas ini.

Saya memuji banyak artis dan pelakon yang tak putus-putus memberi kesedaran tentang isu ini seperti Faizal Tahir, Aizat, dan ramai lagi. Ia bukan hanya tugas penasyid sahaja, tetapi semua orang boleh menyumbang dalam segala bidang yang mereka mampu untuk memberi kesedaran pada masyarakat.

***

HARAPAN

Saya membuat artikel ini hanya satu tujuan. Agar pelakon, penyanyi, artis, dan individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air ini dapat menggunakan bakat dan kelebihan yang Allah bagi pada mereka untuk berdakwah.

Saya mengaku, saya tak mampu nak berlakon, menyanyi, mengarah filem-filem, menjadi DJ radio, bahkan kalau saya nak buat semua itu pun, saya tak mempunyai dana yang cukup, kerana saya tahu ianya semua memakan kos yang sangat banyak, bahkan pembikinan film pun memakan jutaan ringgit.

Bayangkan, bila orang-orang famous ni berhijrah kepada kebaikan, alangkah ramai pengikut mereka yang turut berhijrah ke arah kebaikan.

Hamzah Abdul Mutalib, ketika beliau masuk Islam, ramai orang Quraisy turut masuk Islam. Kerana Hamzah sangat famous di kalangan Quraisy dengan kepimpinannya.

Tika Umar Al-Khattab masuk islam, Khalid Al Walid masuk islam, Amru Al Asr masuk islam, mereka semua ini kiranya orang-orang besar Musyrikin sebelum ini, tetapi apabila mereka masuk Islam, mereka menjadi orang-orang besar Islam dan manfaat mereka untuk Islam sehingga sekarang tak boleh dinafikan.

Muhammad Ali, seorang peninju Islam, ketika beliau masuk Islam, ribuan pengikut beliau turut masuk Islam.

Saya yakin, andai pelakon dan penyanyi serta public figure yang di kenali ramai di Malaysia ini berhijrah menjadi lebih baik dari hari ke hari, dan mengajak kepada Islam, betapa besarnya manfaat untuk umat hari ini. Andai setiap media sama ada TV, radio, penerbit buku, surat khabar dan lain-lain mengetengahkan dakwah dan budaya ISLAM YANG SEBENAR secara berterusan dan konsisten, saya yakin, lama kelamaan, BUDAYA ISLAM kembali menjadi BUDAYA orang Islam di Malaysia ini.

Wallahua’lam.

Sumber : TarbiahSentap

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

05 December 2018

#WordlessWednesday Ilmu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

02 December 2018

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018.

** jom support Mia Liana....


Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/segmen-24-jam-bloglist-31-mialianacom.html#ixzz5YUFX5RN7
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

01 December 2018

Semakin Berkurangnya Orang Mukmin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Allah SWT berfirman didalam Hadith Qudsi yang bermaksud : 

"Allah SWT berfirman pada hari kiamat : "Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah keturunanmu (untuk ditempatkan) dalam neraka, dan satu (diantara mereka itu) akan ditempatkan dalam syurga." 

(Ketika Rasulullah SAW menerimanya kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis tersedu sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis, lalu baginda bersabda : 

"Angkatlah kepalamu. Demi Allah Yang menguasai jiwaku. (Dibandingkan) dengan umat umat nabi yang lain, umatku hanyalah bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam."

[Hadith Qudsi riwayat Tabrani di dalam kitab al-Kabir dari Abu Darda' r.a]

Huraian Guru (Ust Mokhtar Senik)
------------------------------
Apabila mereka tidak beriman kepada Allah, maka ramailah dari kalangan umat manusia itu berciri seperti berikut.

(1) Mereka beramal buruk dan keji amal perbuatannya. 

Ini disebabkan kurangnya mereka yang berilmu. Alim Ulama' dipinggirkan dan akhirnya mereka juga jahil dalam ibadah yang mereka lakukan.

Firman Allah SWT :
 وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ.
[Surat Al-Ma'idah 66]

Terjemahan :
"dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya."

(2) Kebanyakkan mereka yang tidak beriman itu menjadi fasik derhaka. 

Fasik itu adalah derhaka kepada Allah. Hati masih percaya kepada Allah tetapi tidak mahu melakukan suruhanNya.

Firman Allah SWT :
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ.
[Surat Al-Hadid 16]

Terjemahan :
" dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."

(3) Mereka yang tidak beriman itu juga sifat dan pekerjaannya adalah berlumba lumba melakukan kemungkaran dan maksiat.

Firman Allah SWT :
وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ.
[Surat Al-Ma'idah 62]

Terjemahan :
" Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan."

Apabila orang yang mukmin itu sedikit, maka yang akan membanjiri bumi Allah ini adalah dari kalangan mereka yang jahil lagi kufur ingkar kepada Allah. Nauzubillah.

 Wallahu'alam.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)