29 September 2018

Review Buku Semusim di Mahsyar | Ustaz Hadi Fayyadh

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

SINOPSIS
Karya tinta cerita yang diceduk dari relung prasasti hati, seorang anak gadis yang pernah di matikan Allah seketika, "Mati Suri". Dia dikebumikan selama 5 hari berturut-turut dengan satu jasad misteri.

Kematiannya berpunca dari kegagalan proses pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya. Doktor mengesahkan kematiannya, lalu jenazahnya melalui proses pengembumian seperti biasa. Naluri kuat hati seorang ayah, dititipkan Allah melalui mimpi aneh. Anak gadisnya dilihat berjalan pulang kerumah dengan balutan kain kapan yang dipenuhi darah, nanah dan tanah.

Hanya satu perkataan yang disebutnya' " Ayah, iqlima tak mati lagi... selamatkan saya ayah". Dengan raut wajah yang sangat mengerikan dia mengulang ayat yang sama sehingga Ayahnya mulai gusar tentang mimpinya. Dengan kudrat sebagai lelaki yang lumpuh seluruh badan, dia mengesot berjalan beberapa kilometer untuk menyakinkan orang kampung tentang apa yang dialami oleh mimpinya.

Apa yang terjadi kepada Ayahnya ? Mampukah mesej anaknya disampaikan? Benarkah anaknya masih hidup? Bagaimana anak gadis iqlima ini diselamatkan?

Apa pula pengalaman yang dilaluinya selama 5 hari ditanam di dalam Kubur? Siapa pula mayat yang ditanam bersama-sama dengannya?

Semusim Di Mahsyar sebuah rentetan sejarah peradaban. Dipaut Allah buat insan yang terpilih, merasai dan melalui kematian yang tidak lagi mampu digambarkan.

RATING SAYA
StarStarStarStar

HARGA
RM29.90

Dapatkan Buku Semusim Di Mahsyar dengan harga promosi di Shopee I-Rijal Store (shopee.com.my/irijalstore)

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

26 September 2018

#WordlessWednesday Sabar dan Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

24 September 2018

4 Jenis Najis dan Cara Menyucikannya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

a) Mughallazah : Najis ini adalah najis yang berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan itu. 

Cara menyucikan najis mughallazah pula, mula-mula bersihkan bahagian yang terkena najis. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

b) Mukhaffafah : Najis mukhaffafah adalah najis yang ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

Cara menyucikan najis mukhaffafah, basuh bahagian yang terkena najis dan lap. Percikkan air di tempat yang terkena najis dan lap dengan kain bersih sehingga kering.

c) Mutawassitah : Najis mutawassitah adalah najis yang sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis manusia dan bangkai.

Cara menyucikan najis mutawassitah ini basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut. Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

d) Najis-najis Yang Dimaafkan :
- Sedikit darah.
- Sedikit nanah.
- Sedikit danur (darah yang bercampur tanah)
- Sedikit darah kutu.
- Sedikit tahi lalat.
- Mengenai bangkai binatang yang tiada darah yang mengalir sekiranya dikerat anggotanya pada masa dia hidup, seperti lalat, jika ianya terjatuh ke dalam sesuatu yang cair seperti air biasa/ air teh dan sebagainya, bolehlah dibuang bangkai itu dan suci air yang tersebut.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

22 September 2018

Review Buku Ketika Azazil Berputus Asa | Ustaz Hadi Fayyadh

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

SINOPSIS
KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.

Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.

Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God’ bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.

Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.

Disana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.

Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.

RATING SAYA
StarStarStarStarStar

HARGA
RM29.90

Dapatkan Buku Ketika Azazil Berputus Asa dengan harga promosi di Shopee I-Rijal Store (shopee.com.my/irijalstore)

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

19 September 2018

#WordlessWednesday Ingat, Syukur, Jangan Ingkar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

17 September 2018

4 Wanita Syurga & 4 Wanita Neraka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Disebut oleh Imam Az-Zahabi Rahimahullahu Taala :

“Dan telah datang dari Rasulullah SAW sabdanya : Empat golongan dari wanita di dalam syurga dan empat golongan di dalam neraka.

Maka empat golongan yang di dalam syurga ialah :

1. Wanita yang baik dan taat kepada perintah Allah dan taat kepada suaminya. 
2. Sangat menyayangi lagi sabar dan sentiasa merasa cukup dengan pemberian suaminya walau pun sedikit. 
3. Sangat pemalu yang jika suaminya keluar rumah maka sangat ia menjaga dirinya dan menjaga harta benda suami. Dan jika suaminya ada di rumah maka ia menjaga tutur katanya daripada menyakiti suami.
4. Jika suaminya mati dan ada baginya anak-anak yang masih kecil maka bersusah payah dia menjaga kebajikan anak-anaknya dan menjaga mereka sehabis-baik.  Dan tiada ia berkahwin lagi kerana takut tersia-siakan anak-anaknya itu.

Dan adapun empat wanita yang di dalam neraka ialah :
1. Wanita yang jahat lidahnya atas suaminya yakni mulutnya sentiasa berleter ke atas suaminya dan mengeluarkan perkataan yang jahat. Jika suami tiada di rumah maka ia tidak menjaga akan dirinya manakala jika suaminya pulang maka disakiti akan suaminya dengan perkataan.
2. Wanita yang suka membebankan suaminya dengan perkara atau permintaan yang suaminya tidak mampu.
3. Wanita yang tidak menutup dirinya dari pandangan lelaki-lelaki diluar rumah. Dan keluar rumah dalam keadaan bergaya serta berhias cantik.
4. Wanita yang tiadalah cita-citanya dalam hidup melainkan makan dan minum dan tidur. Tiada ia gemar pada sembahyang dan pada taatkan Allah dan Rasulnya dan tiada mahu ia taat pada suaminya.

Maka kaum wanita apabila ada padanya sifat-sifat ini dan keluar rumah pula tanpa meminta kebenaran dari suaminya adalah ia dilaknat dan termasuk dari golongan ahli neraka melainkan bahawa ia bertaubat kepada Allah SWT.”

Sumber : 

Kitab Al-Kabaair m.s. 175
Imam Muhammad bin Ahmad Az-Zahabi  (673-788 Hijrah)

Wallahua’lam

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

15 September 2018

Review Buku Semusim di Barzakh | Ustaz Hadi Fayyadh

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

SINOPSIS
Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..
 
RATING SAYA
StarStarStarStar

HARGA
RM29.90

Dapatkan Buku Semusim Di Barzakh dengan harga promosi di Shopee I-Rijal Store (shopee.com.my/irijalstore)

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

12 September 2018

#WordlessWednesday Kiblat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

10 September 2018

Sebab Dan Cara Mandi Wajib

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Satu-satunya syarat sembahyang itu ialah suci daripada hadas besar, cara menyucinya ialah dengan mandi wajib dengan niat bersuci dari hadas itu. Dalam pada itu perlu diketahui sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

a) Sebab-sebab Yang Mewajibkan Mandi Wajib
1. Melakukan hubungan jenis sehingga ghaib hashafah.
2. Keluar mani dengan bermimpi atau lainnya.
3. Mati yang selain daripada mati syahid.
4. Didatangi haid (darah kotor wanita) sekurang-kurangnya dalam masa sehari semalam sebanyak-banyaknya 15 hari lima belas malam, biasanya enam hari enam malam.
5. Nifas (darah yang keluar selepas bersalin) sekurang-kurangnya sekelip mata sebanyak-banyak 60 hari enam puluh malam.
6. Wiladah (darah bersalin ketika melahirkan anak).

b) Cara Mandi Wajib
Pertama : Niat pada permulaan basuh di mana jua badan atau anggota.

Lafaz niat “Sahaja aku menyucikan hadas yang besar daripada sekalian badan, wajib atas ku kerana
Allah Taala”.

Kedua : Meratakan air yang mengalir pada sekalian badan dan anggota termasuk rambut, bulu dan di mana jua celah-celah, seperti di celah-celah telinga, pusat, rongga-rongga depan belakang yang dikira
lahir, dan perlu duduk ketika membasuh di sebelah bawah. Kemudian ambil Wudhu' seperti biasa sebagai penutup/tertib.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

07 September 2018

10 Tips Amalan Ibubapa Mendidik Anak Menjadi Baik

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan, "ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!". Ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh..

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat (beribadah kepada Allah/Soleh@Solehah). [Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah SWT selalu.

[Sumber : Prof. Dr. Muhaya]

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

05 September 2018

#WordlessWednesday Saksi Perbuatan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

03 September 2018

Tajaan Pembinaan Masjid Ke-3 Di Lombok

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Wakil MVM sendiri telah turun padang dan melihat sendiri situasi di Lombok yang menyaksikan keperluan Masjid sangat diperlukan.
.
Atas tanggungjawab ini MVM sangat berharap kita mampu untuk menyumbang untuk Masjid yang ketiga.
.
Maklumat Bantuan :

Sasaran : 1000 tajaan
1 Tajaan : RM30 sahaja
Jumlah keseluruhan : RM30,000
.
Kami menyediakan 2 pilihan platform untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

🇲🇾Maybank (56480 164 7699)
🇲🇾CIMB Islamik (8602 5378 07)
🇲🇾Bank Islam (1230 0010 0030 65)
🇲🇾Email : account@mvm.org.my

2)Sumbangan secara online di Website Donation MVM -https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-kecemasan-pembinaan-masjid-lombok-ke-3/
.
Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :
.
Contoh subjek email : PEMBINAAN MASJID LOMBOK
.
SUDIKAH ANDA MENGHULURKAN INFAQ/SEDEKAH HANYA RM30 ATAU SEBERAPA YANG TERMAMPU UNTUK MANGSA DI LOMBOK INI?
.
Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.
.
Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini, kerana selagi Masjid itu digunakan pahala dan saham akhirat kita masih mengalir di sisi Allah insyaAllah.
.
#muslimvolunteermalaysia #untukmulombok