31 August 2018

16 Tips Awesome Untuk Student

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


[Repost from 16 Tips Aweso......]

1. Mandi waktu pagi antara pukul 1 pagi - 6 pagi. Pada waktu ini sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.

2. Jika terbangun pukul 4 pagi dan ke atas, jangan tidur lagi lepas itu, kerana jika tidur semula akan melemahkan badan.

3. Study atau baca quran atau Tahajjud sementara tunggu azan Subuh.

4. Solat Subuh Berjemaah di masjid/surau berdekatan, baca Mathurat ringkas sebagai ubat rohani sepanjang siang hari. ^^

5. Sarapan antara pukul 7 pagi - 7:30 pagi. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 

6. Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ. Kalau sempat, curi-curi lah masa sikit untuk Solat Dhuha.

7. Jangan sekali-kali menangguhkan assignment, buat secepat yang mungkin, supaya waktu untuk study, kita boleh gunakan sepenuhnya untuk study tanpa memikirkan tentang assignment.

8. Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur seketika 10-30 minit sebelum Zohor (Qailullah), kemudian solat Zohor berjemaah.

9. Solat Asar berjemaah dan baca Mathurat ringkas sebagai ubat rohani sepanjang malam hari. ^^

10. Lakukan aktiviti fizikal selepas asar, kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

11. Mandi malam lebih kurang antara pukul 6 petang - 6:30 petang. jangan beriadah terlalu lama kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

12. Maghrib berjemaah. Luangkan masa antara Maghrib-Isyak kepada Allah, kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi. 

13. Masa antara Maghrib-Isyak, boleh lakukan solat sunat taubat, solat sunat hajat, membaca alquran, atau join ceramah maghrib-isyak yang biasa diadakan di sesetengah masjid/surau. Atau boleh juga menonton ceramah secara online sambil ada buku nota kecik di tangan bagi mencatat poin-poin penting oleh penceramah, hati-hati juga dengar ceramah online, jangan terdengar ceramah ajaran sesat pulak hahaha.. Boleh cuba search ustaz-ustaz yang popular, seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, atau nak dlm bahasa omputih boleh dengar talk Ustaz Zakir Naik dan banyak lagi ^^.

14. Isyak berjemaah dan mula study lepas Isyak. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

15. Tidur awal,lebih kurang pukul 11 malam atau 11:30 malam. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

16. Cara untuk me'motivate'kan diri untuk tidur awal adalah dengan mengingatkan diri, "esok aku nak bertahajjud, then aku nak solat subuh berjemaah, kalau aku tidur lambat, payah esok". Penting tahajud ini adalah kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam .
Moga Bermanfaat.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas dan berkatilah ilmu kami sepanjang sesi pembelajaran. Aamin

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

29 August 2018

#WordlessWednesday Quran, Petunjuk Orang Bertakwa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

27 August 2018

3 Kesalahan "Common" Ibu Bapa Sekarang Part 1

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. Memberikan Smartphone

Ramai ibubapa pada hari ni, 'lepas tangan' dari melayani anak dengan membiarkan anak mereka bermain smartphone. Malah menjadi lebih serius apabila ada ibubapa yang 'provide' satu smartphone khas untuk anak mereka yang masih lagi kecil...

Kajian telah menunjukkan lebih 70% anak² bawah umur 7 tahun telah pun didedahkan kepada smartphone oleh ibubapa@penjaga mereka. Anak² yg sama juga menunjukkan sikap degil, kurang sikap hormat dan sukar dikawal. Hal ini kerana kurang komunikasi secara langsung diantara anak dan keluarga. Kerana sikap beberapa ahli keluarga yang menggunakan smartphone sebagai 'alat' supaya anak mereka senyap, tanpa memikirkan kesan sampingan gaming/youtube tersebut kepada anak mereka telah berjaya mengikis sikap normal yang sepatutnya ada pada seorang anak kecil. Membimbangkan lagi adalah apabila anak sukar dikawal, ibubapa mula berkasar dengan melampau kepada anak-anak menyebabkan mental anak-anak menjadi semakin teruk. Sedangkan kesalahan anak menjadi seperti itu adalah bermula dari ibubapa itu sendiri.

Dalam kajian lain juga menunjukkan 90% anak² bawah umur 10 tahun masa kini telah pun terdedah kepada pornografi. Dan dalam 30% anak-anak bawah umur 12 tahun telah pun mula berani membuat video seksual sendiri (masturbasi/onani) di media sosial.

Cadangan Penyelesaian Masalah ini : 
Jangan terus memberhentikan memberi smartphone jika sudah biasa memberikan smartphone kepada anak, pujuk dan berhenti memberikannya secara berperingkat dengan mengurangkannya dan menggantikan dengan 'alat' lain yang lebih memberikan manfaat kepada anak, dan 'alat' yang terbaik adalah meluangkan masa untuk bermain dengan anak², berkomunikasi dengan mereka, ajak mereka berjemaah atau mengaji... Hal ini kerana anak² memerlukan komunikasi dan kasih sayang ibubapa@penjaga...


2. Sumber Rezeki Yang Tidak Halal

Perkara kedua ini sering diutarakan oleh para agamawan tetapi masih tidak diendahkan oleh sesetengah ibubapa. Untuk memastikan pencarian rezeki itu mendatangkan pahala, Sayyid Sabiq dalam bukunya Unsur Kekuatan Dalam Islam meletakkan dua syarat:

Pertama, pekerjaan itu tidak lalai daripada melaksanakan hak Allah dan berpegang kepada nilai akhlak soleh yang dianjurkan Islam. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam tiga ayat didalam Al-Quran iaitu ayat 9 Surah al-Munafiqun, ayat 37 Surah an-Nur dan ayat 11 Surah al-Jumuah. Contoh disini adalah, pekerjaan tersebut mestilah tidak menggalakkan kita untuk melakukan dosa atau maksiat seperti meninggalkan solat 5 waktu,  menghalang kita daripada berpuasa, menghalang kita daripada menutup aurat dengan sempurna, serta menghalang kewajipan lain yang patut dilaksanakan oleh seorang Muslim.

Kedua, sumber rezeki itu bertepatan dengan syarak dan tidak memudaratkan orang lain serta tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Contoh disini adalah seperti yang biasa berlaku di zaman ini adalah RASUAH, riba, merompak atau mencuri atau meragut, menipu dalam timbangan, monopoli harta serta semua tindakan yang akan memberikan kesan yang buruk kepada seseorang.

          Oleh yang demikian, jika rezeki yang dihasilkan tidak menurut dua piawaian di atas, maka terhasillah rezeki yang tidak halal dan apatah lagi ‘berkat’. Satu pemerhatian telah dilakukan di negara ini, dan dari pemerhatian tersebut telah didapati bahawa hampir  90% anak-anak yang terlibat dengan masalah sosial  pada hari ini adalah dari keluarga yang menerima/memberi rasuah, mengamalkan riba, serta hasil rezeki yang tidak menurut syarak seperti membuka aurat dan meninggalkan solat.

          Ingat, mungkin kita boleh bangga, gembira dengan kekayaan yang diperoleh dari sumber yang haram tersebut, namun ia mungkin istidraj. Memburukkan situasi lagi adalah kita mungkin terlepas dari kesannya, tetapi zuriat keturunan kita, atau keluarga kita yang akan mendapat kesan sampingan dari rezeki yang haram  yang kita bawa ke rumah setiap hari. Nauzubillahi min zalikh.

Cadangan Penyelesaian Masalah ini : 
          Ibubapa atau sesiapa pun yang mencari rezeki untuk keluarga digalakkan untuk muhasabah semula segala perilaku yang lalu sepanjang dalam pencarian rezeki. Ini bagi memastikan hanya rezeki yang halal sahaja yang di’provide’ kepada keluarga kita. Jika, hanya jika, terdapat sebarang kisah silam atau kita ingin kembali bertaubat, digalakkan mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari dan banyakkan bersedekah SERTA BERHENTI MELAKUKAN SEGALA PERKARA YANG MENYEBABKAN REZEKI KITA TIDAK HALAL DAN TIDAK BERKAT.


3. Bertengkar Dihadapan Anak

          Ini juga merupakan salah satu kesilapan ‘common’ ibubapa. Kadang-kala ibubapa salah faham berkenaan sesuatu dan terus mula menjerit atau seumpamnya tanpa memikirkan anak yang berada bersama. Lebih teruk ada sesetengah ibu yang sampai baling pinggan sehingga pecah kerana tidak dapat menahan kemarahan. Huhuhu…

          Jika perkara ini terus berlanjutan, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada perkembangan mental anak-anak. Seperti yang kita ketahui, anak-anak yang kurang fokus di kelas, sering murung dan bersendirian antara penyebab mereka menjadi begini adalah disebabkan oleh sikap ibubapa mereka sendiri yang gemar bertengkar dihadapan anak mereka. Anak tersebut menjadi serba salah tanpa sebab dan murung memikirkan bagaimana mahu membantu menyelesaikan masalah diantara kedua ibubapa mereka sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka.

Cadangan Penyelesaian Masalah ini : 
          Kebanyakan pakar rumahtangga menggalakkan apabila terdapat sebarang salah faham atau masalah keluarga, ibubapa hendaklah 'settle'kannya dengan cara tenang dan baik didalam bilik atau kereta dengan menutup pintu agar anak tidak kedengaran masalah tersebut. Digalakkan juga untuk tidak bertengkar ketika sedang marah, kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan. Ambil lah wudhu’ atau cepat lah beristighfar, moga-moga kemarahan kita dapat dikurangkan dan masalah yang dihadapi dapat settle secepat mungkin.

Takziah diucapkan kepada semua ibubapa yang telah pun melakukan kesilapan² diatas, malah merosakkan lagi masa depan anak² anda... Kembalilah, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah, carilah ilmu, semoga keluarga kita terus mendapat rahmah, sakinah dan mawaddah dari Allah SWT...


Hanya luahan dari seorang remaja akhir zaman,
Mohd Noor Shawal,

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

25 August 2018

4 Kelebihan Ibadah Umrah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. 

Di antaranya ialah : 

1. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI 
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji" 

2. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN 
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibarat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi" 

3. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU) 
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : "Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari) 

4. PENGHAPUSAN DOSA 
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

24 August 2018

5 Gangguan Syaitan Semasa Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus berulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.


2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat.

Sahabat Rasulullah SAW iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)


3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan.

Abu Hurairah RA berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)


4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu.

Abu Hurairah RA berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)


5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat.

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara perlaksanaannya 'asal solat'. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

23 August 2018

Lirik Autotune Band - Keke Challenge Versi Dakwah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Baru-baru ini, ramai sangat orang dari orang awam hingga public figure, hatta golongan agama, buat keke challenge. Bermacam-macam gaya tarian, samada laki atau perempuan, tutup aurat atau tidak, telah menular. Satu demi satu, satu demi satu.
.
Di sini, kami sediakan alternatif lagu "IN MY FEELINGS" atau "KEKE" versi lirik yang baik, sebab lirik asal lagu nyanyian Drake itu ada perkataan "shit" dan lagunya tentang isu cinta yang mendorong pada pergaulan bebas. Kami record dalam masa 1 jam sebab kesuntukan masa. Maaf atas kekurangan. Hehe.
.
Apapun, nasihat kami, pada lelaki, di sisi imam syafie, tarian/menggerak-gerakkan badan itu harus selagi tak menimbulkan fitnah dan tak berlebihan. Manakala bagi wanita, ianya di larang kerana amat banyak hadith dan ayat Alquran yang menegah perbuatan tersebut.
.
Nasihat kami, cukup-cukuplah menari, melenggokkan badan, dan yang sewaktu dengannya bagi wanita. Lelaki pula, janganlah berlebihan, hingga merosakkan maruah diri.
.
.
Jangan semua benda kita nak ikut. Ada benda viral sikit, semua nak buat. Tak fikir halal haram, tak fikir malu, tak fikir apa manfaat yang boleh di beri pada diri dan masyarakat.

-TV Dakwah

****


KEKE CHALLENGE VERSI DAKWAH

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: In My Feeling Drake

(AIMAN AFIF)
Check,
check mana bini?
Oh lupa ku bujang lagi,
Tapi tu tak penting,
Jom..

(AIMAN LUQMAN)
Dari dulu lagi,
pesan nabi
jangan sekali-kali,
Kau langgari,
Quran sunnah,
Dalam hidupmu,
Untuk kau ke syurgawi...

HAFIZ
Tapi,
Hari ini,
kita sering,
Tak peduli segala
sabda nabi dan ilahi
demi nafsu
Dan mengejar duniawi..

*

Dari musical.ly hingga tiktok,
panama dance tarian 2 jari
lagi syantik,
semua benda nak ikut
demi nama dan viral,
nak followers dan trending,
tanpa merasa malu..

Tapi,
solat quran aurat
semua abai,
dosa menjadi normal,
agama ikut akal,
Hingga,
liberal, LGBT,
dan hiburan melampau,
bermaharaja lela oh..

*

(AIMAN AFIF)
Check,
check iman ini,
adakah masih berbaki?

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

22 August 2018

#WordlessWednesday #SalamAidilAdha

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Tahniah kepada yang telah berpuasa semalam, semoga ibadah dan ganjarannya diterima oleh Allah SWT. aamin.. ^^

Juga, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semoga 'kesemua' ibadah korban kita selama ini dan yang akan datang diterima oleh Allah SWT. Aamin...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

21 August 2018

Lirik Autotune Band - Iman (Mine Bazzi Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



IMAN adalah cover kepada lagu MINE BAZZI. Sebuah lagu yang menceritakan betapa pentingnya iman tetapi amat ramai yang abaikannya.

***

AUTOTUNE BAND terdiri dari 3 anak muda yang tak pandai menyanyi serta tidak sedap suaranya, sehingga perlukan banyak autotune untuk jadikannya sedap. Boleh follow instagram mereka iaitu @tvdakwah.

***

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Bazzi Mine.
TARBIAH SENTAP RECORDS.

VERSE(AIMAN LUQMAN)
Ada satu benda bernilai
Tapi amat ramai yang abai
biarkannya lemah tersadai
Benda itu adalah..

KORUS(HAFIZ)
IMAN,
Aku berani menempuhi ujian,
Kernaku tahu untuk dapatkanmu
perlu ku rempuhi segalanya demimu
IMAN,
Onak dan duri kan ku redahi

VERSE 2(AIMAN AFIF)
Mengapa ramai yang dah buta?
Termakan dengan hasutan dunia dusta?
Demi dunia kau sanggup menggadaikan iman,
Ayuh taubatlah pada tuhan,
Dia berimu iman,
Nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?
Fikirkan..
Cukup engkau abaikan,
Jika kau mahu syurga jaga pelihara

KORUS(HAFIZ)
IMAN,
Aku berani menempuhi ujian,
Kernaku tahu untuk dapatkanmu
perlu ku rempuhi segalanya demimu
IMAN,
Onak dan duri kan ku redahi

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

20 August 2018

Lirik Rabithah - PerlukanMu (You Are The Reason Cover

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



PERLUKANMU adalah lagu cover kepada You Are The Reason karya Calum Scott.

Menceritakan tentang betapa kita amat memerlukan Allah dalam hidup ini. Moga bait-bait lirik lagu PERLUKANMU membuatkan cinta kita kepada Allah makin subur.


*****

Rabithah - PERLUKANMU(You Are The Reason Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Calum scott
Mixing Mastering: Amin Nordin.
Producer: Ustaz Adnin & Akmal Mustafa

(HAKIM)
Pernahku menangis,
aku sendirian,
sayu merintih,
ku perlu Kau..

(RIDWAN)
Pernahku sakit pedih,
aku sendirian,
pilu menagih,
ku perlu Kau..

KORUS:
(AKMAL)
Segala ujian,
segala bebanan,
ku perlukanMu
untukku bertahan
Tak mampu ku mengharungi.. 
TanpaMu oh Tuhan..

(AYMAN)
Usah kau berpaling
Dariku oh tuhan
Walau sedetik 
Ku perlu kau

(RIDWAN)
Kadang aku tersentak
Mengapa aku masih tergamak
Melupai kau 
Jauhi kau
Hinanya aku..

KORUS:
MAHDI
Segala ujian,
segala bebanan,
ku perlukanMu
untukku bertahan
Tak mampu ku mengharungi.. 
TanpaMu oh Tuhan

BRIDGE
Kau maha memahami,
Kau maha mengasihi,
Hanya Kau yang mengerti,
Diriku ini tuhan,
betapa ku perluMu
Engkau yang maha satu
tiada setandingMu
BersamaMu ku tenang..

KORUS LAST:
(RIDWAN)
kepadamu tuhan
(AKMAL)
aku meluahkan
RID&AKMAL
hidup denganMu
Sungguh membahgiakan
Engkau cinta suci
Kaulah segalanya

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

08 August 2018

Al-A'raf, Apakah Nasib Mereka, Syurga atau Neraka ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*gambar hiasan semata

PERJALANAN hidup manusia tidak dinilai dengan ukuran dunia, dengan memiliki kenderaan mewah atau rumah yang besar, jawatan dan pengaruh yang hebat belum menentukan kejayaan di hari Akhirat kelak. Kejayaan bagi orang mukmin  ialah apabila dipesongkan dari neraka dan melalui perjalanan yang lancar untuk menuju syurga sebagaimana yang diajar oleh para nabi, rasul serta al-Quran. Kehidupan manusia juga akan melalui fasa di alam barzakh dan seterusnya dibangkitkan semula di Padang Mahsyar di dalam keadaan kosong serta tidak mengetahui bagaimana berakhirnya nasib setiap manusia. Manusia akan dihisab oleh Allah iaitu dihitung segala amalan yang dilakukan ketika hidup di dunia dan kemudian dimizankan, amalan yang baik akan diletakkan di sebelah kanan manakala amalan buruk berada di sebelah kiri serta ditimbang amalan ini. Timbangan berat disebelah kanan membawa manusia ke syurga, namun jika sebaliknya maka ke nerakalah dia. Tetapi apabila ditimbang di antara kanan dan kiri kedua-duanya seimbang, keadaan ini dikenali sebagai Al-A’raf.

Firman Allah di dalam surah al-A’raf, ayat 46-47: “Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok “Al-A’raf “(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum” (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”.

Menurut Imam al-Qurtubi, Al-A’raf dari segi bahasa ialah tempat yang mulia atau ditinggikan dan dapat melihat orang yang melalui titian sirat untuk memasuki syurga atau neraka. Perkongsian melalui slot Mau’izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyebut, pada suatu hari akan dikumpulkan manusia pada hari Kiamat dan akan diperintah agar penghuni syurga untuk masuk ke dalam syurga manakala penghuni neraka masuk ke dalam neraka. Kemudian penghuni A’raf akan dipanggil Allah lalu ditanya kepada mereka, “Apakah yang kamu lihat?” dan dijawab, “Kami melihat apa yang Kamu sebut, benar-benar terjadi Ya Allah.” Lalu dikatakan kepada mereka, “Sesungguhnya kebaikan kalian melampaui batas untuk dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi untuk memasuki syurga, ada kesalahan yang kalian lakukan. Oleh itu masuklah kalian ke dalam syurga dengan pengampunan dan kasih sayang Allah SWT." Subhanallah :'(

Di dalam kitab K’ab al-Ahbar menceritakan, ada dua orang lelaki yang bersahabat ketika di dunia. Salah seorangnya berjalan menemui sahabatnya yang sedang menuju ke neraka. Lalu dia berkata kepada sahabatnya itu, “Demi Allah, tidak ada yang tinggal padaku  kecuali satu kebaikan yang boleh menyelamatkanku. Ambillah wahai saudaraku, mungkin kamu akan selamat dan kita menjadi penduduk Al-A’raf.” Kemudian Allah memerintahkan agar kedua-duanya dimasukkan ke dalam syurga. Pendapat ulama menyatakan, ini adalah di antara orang-orang yang digambarkan dengan ahli syurga yang paling miskin sekali di Akhirat nanti ialah Al-A’raf.

Abu Hamid menceritakan di dalam kitabnya Kasyhful Ulum al-Akhirah, seorang lelaki dibawa pada hari Kiamat, namun tiada satupun kebaikan memberatkan timbangannya yang sama berat di antara amal baik dan amal buruknya. Allah SWT memerintahkannya agar mencari satu lagi kebaikan agar melayakkan kamu memasuki syurga. Lalu lelaki ini mula mencari ke seluruh alam mereka yang akan memberikan amalan baik mereka kepadanya. Setiap orang yang ditemuinya menyatakan kebimbangan mereka amalan kebaikan akan berkurangan, sedang mereka lebih memerlukannya berbanding lelaki itu. Lama-kelamaan lelaki itu mula berputus asa, lalu datang seorang lelaki lain bertanya apakah yang dicarinya. Dijawab bahawa dia sedang mencari satu sahaja lagi amal kebaikan bagi membolehkannya memasuki syurga Allah. Lelaki itu pula berkata kepadanya bahawa dia telah bertemu dengan Allah dan mempunyai hanya satu amalan baik dan tidak membawa manfaat kepadanya kerana dia akan dihumban ke dalam neraka. Lalu dia memberikan amal baiknya kepada lelaki yang memerlukan satu lagi amal kebaikan untuk memasuki syurga itu. Kemudian dia dipanggil dan disoal Allah kenapa amal baiknya diberikan kepada lelaki itu dan Allah berfirman, “Demi kemuliaan-Ku, lebih luas daripada kemuliaan kamu, ambillah tangan saudaramu yang telah kamu berikan amal baikmu kepadanya tadi, dan masuklah kamu berdua ke dalam syurga.” Subhanallah Maha Pemurahnya Allah SWT :'(

Demikian juga dengan orang yang timbangan amalnya sama berat. Allah berfirman kepadanya, “Kamu bukan penghuni syurga dan bukan penghuni neraka.” Lalu pemilik lembaran itu meletakkan kitab mizannya, dan keluar kalimah derhaka (Cis!) yang pernah disebutkan kepada ibu bapanya, yang dosanya seberat seberat gunung. Dan kerana dosanya itu maka dia dihumbankan ke neraka. Setelah dibawa ke neraka, lelaki itu meminta agar dibawa semula untuk menemui Allah. Dia menyatakan ketika berada di sana, dilihat ayahnya juga menjadi ahli neraka dan meminta Allah menambah siksaan kepadanya dan menyelamatkan bapanya dengan pahalanya sebelum ini. Abu Hamid menyebut di dalam kitabnya bahawa Allah berfirman, “Di dunia kamu menderhakainya tetapi di Akhirat kamu berbuat baik kepadanya. Ambillah tangan bapamu dan masuklah kamu berdua ke dalam syurga.” Riwayat Huzaifah mengisahkan, penjaga Al-Mizan pada hari Kiamat adalah malaikat Jibril AS dan penduduk Al-A’raf adalah mereka yang paling rendah darjatnya di sisi Allah SWT.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

01 August 2018

9 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Bacaan Platelet Rendah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. BUAH DELIMA

Buah Delima sangat berguna untuk rawatan platelet rendah. Isinya yang kaya dengan warna merah adalah bukti kepada kandungan besi yang tinggi didalamnya. Buah delima boleh membantu menangani pengurangan platelet dalam darah. Buah ini boleh dimakan mentah atau dalam bentuk jus. Buah ini juga kaya dengan vitamin untuk membantu anda mengekalkan tahap tenaga yang stabil walaupun mempunyai platelet darah rendah.


2. SUSU 

Susu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi, yang boleh membantu badan anda menjana semula bilangan platelet. Kandungan kalsium berfungsi bersama-sama dengan Vitamin K dan fibrinogen protein susu. Ini adalah untuk meningkatkan bilangan platelet anda dan meningkatkan keupayaan darah untuk membentuk gumpalan. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan badan anda mengambil masa yang lebih lama semasa proses pembekuan darah, terutamanya apabila berurusan dengan pendarahan yang berlebihan. Selain daripada susu, anda juga boleh mengambil keju, yogurt dan produk tenusu organik untuk mengekalkan tahap kalsium kadar yang optimum.


3. PROTEIN TANPA LEMAK

Protein tanpa lemak adalah sumber terbaik zink dan Vitamin B12. Nutrien ini penting untuk membalikkan kesan thrombocytopenia. Sekiranya platelet berkurangan dalam badan, anda perlu beralih kepada diet yang mengandungi protein tanpa lemak seperti ayam belanda, ayam dan ikan. Tiram juga dikenali sebagai sumber yang tinggi untuk zink dan perlu dimasukkan dalam pelan diet untuk meningkatkan pengeluaran platelet.


4. MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN K 

Makanan berkalori tinggi dicadangkan untuk pengeluaran platlet darah yang ideal. Vitamin K ialah bahan yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan sel pada tahap yang optimum di dalam badan. Platelet bertahan sehingga 10 hari sahaja di mana kuantiti platelet yang sihat perlu sentiasa dihasilkan untuk menggantikan jumlah yang hilang dalam badan. Telur, hati dan kale merupakan sumber Vitamin K terbaik untuk anda.


5. MAKANAN YANG KAYA DENGAN FOLAT

Kekurangan folat yang teruk di dalam badan boleh menyebabkan pengurangan platelet darah. Untuk mengatasinya, anda perlu mengambil diet yang mengandungi makanan yang kaya folat. Vitamin B9 atau folat adalah sangat penting untuk pembahagian sel yang sihat di dalam badan yang boleh menjadi faktor bermanfaat dalam rawatan untuk kiraan platelet yang rendah. Individu dewasa yang sihat perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mg folat setiap hari sebagai sebahagian daripada diet mereka. Sesetengah makanan yang kaya folat termasuk asparagus, jus oren, bayam dan bijirin diperkaya.


6. MINYAK IKAN ATAU MINYAK FLAXSEED

Pengambilan sama ada minyak ikan atau minyak flaxseed boleh membantu anda menguatkan sistem imun anda. Ia adalah jauh rendah platelet darah pendekatan rawatan yang penting yang membantu memerangi kecenderungan badan untuk mengelirukan dan menyerang diri sendiri, termasuk platelet. Banyak gangguan autoimun adalah punca utama thrombocytopenia atau kiraan platelet yang rendah. Minyak ini juga membantu dalam mengurangkan keradangan dalam badan serta memperbaiki peredaran darah ke seluruh badan. Anda perlu mengambil sikap berhati-hati dengan pengambilan minyak ikan dan flaxseed kerana ia mungkin bertindak sebagai pencair darah.


7. MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN A

Vitamin A adalah penting untuk pengeluaran platelet sihat. Nutrien ini juga penting untuk pembentukan protein dalam badan. Protein yang sihat membantu dalam proses pembahagian sel dan pertumbuhan. Individu dengan platelet rendah penting untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A untuk mengekalkan fungsi badan yang normal. Sesetengah makanan ideal yang tergolong dalam kumpulan ini adalah lobak merah, labu, kale dan kentang manis.


8. KLOROFIL DARI GANDUM

Klorofil mempunyai struktur molekul yang amat serupa dengan hemoglobin. Lagipun, klorofil pada asasnya dikenali sebagai darah tumbuh-tumbuhan. Nutrien ini mempunyai kesan yang kuat dalam pengeluaran darah keseluruhan dan peningkatan kiraan platelet dalam badan. Jus Daun Gandum terdiri daripada lebih 70% klorofil dan ia adalah salah satu sumber terbaik untuk nutrien.


9. DIET MAKROBIOTIK 

Berdasarkan kajian berterusan terhadap keperluan pemakanan untuk badan bersama-sama dengan kajian mengenai corak platelet atau pengeluaran thrombocyte, Platelet Disorder Support Association mencadangkan diet anti-radang untuk tingkatkan platlet darah. Diet ini boleh membantu mengoptimumkan pengeluaran darah. Diet ini mengesyorkan penggunaan yang konsisten bijirin penuh, sayur-sayuran dan kacang organik. Ia juga mencadangkan pengurangan pengambilan protein haiwan kecuali ikan dan keju semulajadi dan yogurt berkualiti tinggi. Diet ini juga mencadangkan untukmengelakkan unsur-unsur makanan tertentu yang mengandungi aspartame, alkohol, limau pahit, kuinina, air tonik dan peria.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)