19 July 2018

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak (dengan tidak mendidik agama sebaiknya) kepada wanita tersebut dan tidak menjaga amanah itu.

Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Berikut adalah empat golongan lelaki tersebut :

  1. Ayah

    Apabila seorang ayah tidak memperdulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan pendidikan agama seperti solat, mengaji, menjaga aurat, menjaga batas pergaulan dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Maka bersedialah mereka bakal ditarik ke neraka oleh anaknya.
  2. Suami

    Apabila seorang suami tidak mendidik isterinya sehingga ia membiarkan isterinya bergaul bebas menampakan perhiasan dan auratnya kepada selain muhrimnya, tidak menasihati isterinya ketika isterinya sengaja meninggalkan ibadah wajib seperti solat, puasa dan sebagainya. Maka ia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
  3. Adik-beradik Lelaki

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita dan keluarga ibunya jatuh kepada adik-beradik lelaki, apabila mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan membiarkan saudara perempuannya keluar dari jalan-Nya. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak untuk bersama ke neraka.
  4. Anak Lelaki

    Apabila seorang anak tidak menasihati terhadap ibunya dan keluarganya tentang islam, maka anak itu akan dimintai pertangungjawaban di akhirat kelak. Maka nantikanlah tarikan ibunya.

Dengan wujudnya laman sosial di zaman yang penuh fitnah ini, terdapat banyak wanita yang sering lupa untuk menjaga perbatasan yang sepatutnya dijaga apatah lagi wujudnya aplikasi gedik seperti Musically dan Tik Tok.... Maka bersedialah kalian yang bernama lelaki, jika masih nak tutup mata tutup telinga dan ketawa melihat kejahilan mereka yang semakin hari semakin menghancurkan agama dan bangsa, malah bakal memberikan ancaman yang dahsyat kepada kita di akhirat kelak jika mereka dari dalam kalangan keluarga kita...

Wahai lelaki, pantaulah mereka, nasihatilah mereka, ajarlah mereka... Untuk itu, kamu juga harus belajar untuk mengajar ! Bila ada masjid atau surau yang buat tazkirah atau ceramah, jangan kau sombong berlagak pandai agama berpaling dari acara itu... dan banyak lagi cara agar kau boleh terus mendapat ilmu buat mendidik dirimu dan juga bagi mendidik keluargamu... Maka, tuntutlah ilmu !

Firman Allah SWT  “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [At-Tahrim 66:6]

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

13 July 2018

[Al Kisah] Asma binti Yazid (Duta Kaum Muslimah)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Asma binti Yazid merupakan seorang sahabiyah Ansar dari Suku Aus, kabilah Bani Abdul Asyhal. Dia merupakan anak saudara Muadz bin Jabal, putri dari saudara sepupunya, Yazid bin Sakan.

Ketika berbaiat memeluk Islam Asma memakai dua gelang emas yang cukup besar. Nabi SAW bersabda kepadanya, “Wahai Asma, lemparkanlah kedua gelang itu! Tidakkah engkau takut jika Allah akan memakaikan dua gelang api neraka di tanganmu?” Asma segera melepaskan keduanya, dan menyerahkan kepada Nabi SAW untuk digunakan di jalan Allah.

Asma binti Yazid Al Ansari RA pernah berjumpa Nabi SAW untuk membawa keluhan kaum muslimah berkaitan dengan amalan harian mereka. Mereka merasakan bahawa kesibukan mereka mengurus anak dan suami serta tugas-tugas rumah tangga lainnya nilai pahalanya begitu kecil berbanding dengan amalan kaum lelaki seperti solat berjamaah, solat jumaat, mengiringi jenazah dan lain-lain, terutamanya jika dibandingkan dengan jihad fi sabilillah, berjuang menegakkan dan membela agama Allah.

Nabi SAW mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Asma, kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, dan berkata,”Wahai sahabat-sahabatku, pernahkan engkau mendengar suatu pertanyaan yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?”

“Wahai Rasulullah,” kata para sahabat, “Kami tidak menyangka seorang wanita boleh bertanya seperti itu!”

Nabi SAW berpaling lagi pada Asma dan bersabda, ”Katakanlah kepada wanita-wanita muslimah yang mengutusmu, bahawa jika mereka berbuat baik kepada suaminya dan selalu mentaatinya, melayaninya dengan baik dan selalu berusaha membuatkan mereka gembira, maka itu sangatlah berharga, dan mereka memperoleh pahala sama besarnya dengan pahala kaum lelaki.”

Mendengar penjelasan Nabi SAW, Asma begitu gembira dan segera kembali menemui mereka untuk mengkhabarkan hal yang menggembirakan para wanita tersebut.

Asma dan beberapa wanita muslimah yang lain selalu ikut menyertai ke medan pertempuran, sudah tentu mereka berada di barisan belakang untuk memberikan minuman dan juga mengubati mereka yang terluka, termasuk juga memberikan semangat kepada para mujahidin.

Tetapi dalam perang Yarmuk zaman Khalifah Umar bin Khathab, Asma tidak dapat menahan sabar berada di barisan belakang. Melihatkan gelombang pasukan Romawi yang begitu besarnya, sehingga dia dibawa arus untuk turut serta menyerang mereka. Dia tidak mempunyai apa-apa sebagai senjata, maka ia mengambil salah satu tiang khemahnya dan mula menyerang musuh.
Dengan senjata itu dia berjaya membunuh sembilan orang tentera Romawi, walaupun dia juga memperolehi luka-luka yang parah pada tubuh badannya. Tetapi akhirnya luka tersebut sembuh dengan baiknya. Namun Allah SWT menghendakinya masih hidup, Asma' wafat 17 tahun selepas Perang Yarmuk, setelah mempersembahkan segala bentuk kebaikan kepada ummat. Subhanallah.


Allahu, seriesly terharu giler baca kisah ni kan? Inilah semangat yang perlu kita terapkan dalam diri kita... Perjuangkan Islam walau dengan apa cara sekalipun, tetap semangat demi meraih redhaNya... Apatah lagi dizaman yang penuh dengan fitnah ini... Apa yang perlu kita pertahankan sekarang? 

Iman dan Ketaqwaan kita yang perlu kita pertahankan setiap hari dalam menempuh hari-hari yang semakin mencabar ini... Semoga kisah ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua muslimat diluar sana untuk terus menjaga martabat 'Seorang Muslimah' dan tidak lupa juga agar menjadi pembakar semangat kepada kaum Muslimin...

Jangan lupa sertai kami di Channel Telegram >@I Rijal< untuk lebih banyak info menarik... In Shaa Allah semoga bermanfaat....

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

10 July 2018

8 Makanan Untuk Merawat Migrain

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. Bayam
Sayuran bayam hijau merupakan sumber yang kaya magnesium. Kandungan tersebut efektif untuk menyembuhkan migrain.

2. Ikan
Image result for ikan masak
Makanan laut ini kaya dengan kandungan asam lemak Omega-3 dan vitamin yang membantu merawat migrain. Asam lemak Omega-3 mengurangi peradangan yang disebabkan oleh migrain.

3. Susu
Susu skim dan produk susu rendah lemak efektif untuk menyembuhkan migrain. Susu mengandungi vitamin B, iaitu riboflavin yang meningkatkan tenaga sel. Kurangnya tenaga sel akan menyebabkan migrain.

4. Flax seed (biji rami)
Flax seed (biji rami) ini merupakan sumber yang kaya dengan asam lemak Omega-3 dan serat.

5. Kopi
Image result for kopi
Kafein dapat menyembuhkan migrain tetapi harus diingatkan ia perlu diambil secara besederhana sahaja, jangan terlalu kerap.

6. Gandum
Gandum kaya dengan serat, antioksidan, dan mineral.

7. Brokoli
Sayuran hijau ini merupakan sumber yang kaya magnesium.

8. Halia
Halia merupakan salah satu antibakteria yang alami, tambahkan beberapa halia kedalam makanan atau minuman anda agar dapat mengurangi migrain.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

01 July 2018

8 Tips Rezeki Mencurah-curah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, kita masih hidup hari ini juga rezeki, saya masih menulis di blog ini juga satu rezeki, saudara yang masih boleh membaca juga rezeki buat saudara dan juga saya hehehe...

Tapi, biasalah manusia, xpernah cukup, nak sesuatu yang lebih mengikut keperluan semasa, sama ada pelajar yang sedang menuntut, memohon agar dimudahkan kefahaman dalam pelajarannya juga satu bentuk rezeki.. atau pekerja yang mahukan pekerjaannya dipermudahkan juga satu bentuk rezeki, atau usahawan yang mahu perniagaannya semakin maju juga satu bentuk rezeki ataupun pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata juga satu bentuk rezeki...

Jadi, jom cuba baca and cabar diri kita untuk buat 7 Tips di bawah, semoga membantu ^^ apa pun, jaga niat tau... ^^

1◆ Solat di awal waktu & berjemaah bagi lelaki
- yang lelaki, meh lah kita berjemaah di Masjid yang semakin sunyi ni huhu, yang mana yang dah biasa buat, teruskan, yang mana yang masih berjuang untuk jaga solat berjemaah di Masjid/Surau, teruskan berjuang, yang masih xjumpa pintu Masjid/Surau, sama-sama kita berusaha cari sampai jumpa eh? Jangan give up tau ^^

2◆ Sentiasa pelihara aurat
- yang selalu suka main tiktok macam saya tu, eh hahaha, yang perempuan especially kalau boleh elak lah eh, xbaik lah, hilang ayu gitu huhu... upload gambar di IG/FB selalu jaga-jaga, especially part yang selalu diabaikan iaitu pergelangan tangan, dada, leher, dan bahagian lain yang xsepatutnya... kalau ada upload sebelum ni, rajin-rajin lah delete huhuhu... lepas ni, kita sama sama hati-hati ya...
- yang lelaki pun, huhu jaga-jaga aurat simple tu dari pusat ke lutut punggg...yang dah terbiasa pakai shorts keluar rumah and rajin upload kat IG, meh sama-sama kita berubah meh... In Shaa Allah kita boleh ! 

3◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya
- haa yang ni, confirm ramai biasa dengar, yang subuh gajah pun kekadang sanggup buat Solat Dhuha ni hehehe... Malas lah nak cakap banyak pasal solat sunat dhuha, terlalu banyak keindahannya serieslyyyyy.. one of the hadis pasal Solat Dhuha yang buat saya touching gitu adalah di bawah : 
- “Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)
- Nice kan? Kita buat 2 rakaat equal to sedekah oleh seluruh anggota badan...

4◆ Solat Tahajud
- Inilah perjuangan ke arah orang yang bertakwa, perjuangan untuk dating dengan Yang Maha Esa dikala sekalian manusia di bumi sedang tidur dibuai mimpi, kita berjuang habis-habisan untuk melaksanakan Tahajjud at least dua rakaat dan disertai dengan sesi luahan dalam bentuk doa kepada Yang Maha Mendengar yang pada saat itu, DIA semakin dekat dengan kita, Allahu, sweet x? Lagi sweet daripada dating ngan bukan mahram kat tempat gelap, ish buat apa entah, eeuu Hagham huhu...
“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “ (Surah Al-Israa, 17: 79)

5◆ Sedekah walau sedikit
- Amalan ni, please jangan tinggal, paling simple nak jaga ialah time pergi masjid nak berjemaah tu bawa siap-siap at least RM1 then put in the tabung and hora-horey aku sudah bersedakah hari ini, then tanya kat jemaah lain, "kau dah sedekah belum?" ehhhh jangan buat tau hahahahhaha sia-sia je sedekah tadi, macam nak menunjuk je hahahahha, dah masuk tabung tu diam-diam sudah ^^
- Sedekah ni kan sahabat, hebat tau, umpama menabung untuk both dunia and akhirat.. Paling seram bila kita sering dengar apabila orang yang sudah mati meminta kepada Allah SWT agar dihidupkan semula hanya semata-mata untuk bersedekah (Surah Al Munafiqun, ayat 10), Allahu, kat situ je dah nampak sangat besarnya kepentingan bersedekah ni...

6◆ Mendoakan kebaikan untuk orang lain
- Sahabat sekalian, part ni paling best tau.. Siapa yang pernah buat mesti pernah rasa tenangnya bila dah doakan orang lain... contoh simple je, kita tengok ada orang yang kita tak kenal berjalan didepan kita dalam keadaan kurang sesuatu, mungkin kakinya tempang atau apa-apa sahaja lah, terus bersyukur lah dengan keadaan diri kita yang serba lengkap dan terus mendoakan orang itu agar kehidupan sentiasa diberkati dan dirahmati.
- Selain itu, mungkin hari ini kita bersyukur kita dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik, jaga aurat, and then suddenly ada wanita muslim yang kurang sempurna cara dia tutup aurat atau lelaki yang berpakaian seluar pendek, kita doakan dalam hati kita, "Ya Allah. kau berikanlah dia hidayah dan petunjukMu Ya Rahman, kau kasihanilah dia Ya Allah"... Instead of mengutuk, membawang or whatsoever better doakan even dalam hati... Percayalah ketenangan lepas berdoa ni sangat ajaib rasa macam baru lepas kenyang makan Ayam Tandoori malah lebih dahsyat ketenangan yang dihadirkan oleh Allah SWT kepada kita... Bukankah ketenangan itu juga satu bentuk rezeki? ^^
- “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)

7◆ Sentiasa memperbaiki dan menjaga hubungan dengan mak ayah dan ahli keluarga
- Ini tidak perlu dihuraikan lagi kepentingannya, mak ayah huhu... Sangat penting sebab redhanya mak ayah kita terhadap kita, maka redhalah Allah SWT kepada kita... Allahu penting nihhhh
- Dari Abdullah bin Amr radliallahu 'anhuma dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Redha Allah terdapat pada redha seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya seorang bapa." (HR Tirmizi no:1821)
- dalam hadis yang lain juga, "Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua" (HR Tabrani dari Ibnu Umar)
- Mungkin ada diantara kita sedang dalam proses hijrah dari yang jahat kepada baik, atau dari yang baik kepada yang lebih baik... Makanya, jangan lupa part ini tau... Jaga, cuba ubah slow-slow, kalau sebelum ni boleh selamba ngan mak ayah, cuba tingkatkan lagi sifat untuk menghormati mereka... In Shaa Allah, ayuh !
- Jangan lupa juga doakan mereka sentiasa dalam doa kita, mahupun mereka masih hidup atau sudah meninggalkan kita, doa ni jangan tinggal setiap kali selepas 5 waktu, kalau yang rajin buat solat sunat dhuha, tahiyatul masjid atau apa-apa je lah solat sunat, pun jangan lupa doa ini... tau, jangan lupa tauuu
- Disamping itu, jangan lupa juga untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan adik beradik kita tau, hubungan darah daging kita, jagalah silaturrahim ni sebaiknya, jika perasan ada adik beradik kita gaduh ngan adik beradik yang lain, cepat-cepat bertindak untuk memperbaiki hubungan mereka... Kita bukan nak jadi keluarga yang bahagia di dunia je, ni nak jumpa balik kat Syurga Allah nanti kat Negeri Akhirat... So jangan gaduh or musuh memusuhi... Setan suka tengok kita gaduh-gaduh, so dont let him be happy...

8◆ Banyakkan beristighfar
- “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
- Disini jelas, bahawa untuk menjadi hamba yang bersyukur, kita mesti selalu 'sedar diri'.. Sedarlah diri bahawa kita adalah pendosa, ayat cliche semua pendakwah bila hadis diatas dibaca, "Rasulullah yang confirm masuk syurga pun sering beristighfar, bagaimana pulalah dengan kita?" Yup, kita sering mendengar hadis dan ayat cliche tersebut, tetapi hanya berapa ramai sahaja diantara kita yang terus bertindak dengan beramal dengannya..
- Cuba lah, tengah-tengah drive tu paling best, istighfar je... kalau boleh sambil hayati setiap bait-bait ucapan istighfar tu, jangan hanya di mulut tapi tiada penghayatan, takut tidak memberi kesan pada hati... Analoginya macam kita nak makan gula-gula, kita cari gula-gula, dah jumpa tapi tengok je, puas ke kalau tengok je, sedangkan  niat asal kita nak makan ngap-ngap sekaligus 5-6 biji, last-last ada 60 biji depan mata kita, tapi kita tengok je... baik xyah cari dari awal, xke rugi je buang masa cari?
Cubalah. Dan lihat sendiri keajaiban yang akan kita nikmati. Jangan lupa juga niat semua ini kerana Allah SWT, sebab DIA yang pemberi rezeki, dan lakukannya untuk mengharap keredhaan dariNya. Redha Allah, itulah rezeki terbesar dan termahal buat orang beriman