28 June 2018

10 Langkah Menghadapi Anak Yang Kena Demam Sawan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak-kanak yang merawat

2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38'C). Oleh itu, cepat-cepat tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber"pampers".

3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.

4. Keluarkan sebarang object/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.

5. "Mandi jerlum" boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!

6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta sama ada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.

7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15 minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5 minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan,bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.

8. Demam sawan yang melebihi 15 minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenal pasti penyakit lain seperti Meningitis.

9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (Epilepsy). Namun, risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua-dua sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah

10. Lagi satu, sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata. Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.

Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sebab antara anak-anak doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua-dua penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!


27 June 2018

8 Tanda Buah Pinggang Anda Rosak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Buah pinggang adalah salah satu organ yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Antara salah satu fungsi terpenting buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah.

Berikut ialah 8 tanda-tanda buah pinggang anda sudah mengalami kerosakan.

1. Kerap berasa lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang terukmenyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

3. Kulit kering dan gatal

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan tugasnya iaitu mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

4. Selalu rasa nak kencing

Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

6. Kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.

8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

26 June 2018

17 Tips Murnikan Hati

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1) Jaga solat dengan sempurna.

2) Solat Taubat setiap malam sebelum tidur.

3) Istighfar sekurang- kurangnya 70 kali sehari & banyakkan zikrullah.

4) Baca Quran setiap hari at least satu page

5) Mintak maaf daripada orang lain & maafkan semua orang.

6) Bisikan kendiri positif. (Always try to stay positive in any situation)

7) Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri.

8) Cuci pinggan, cuci tandas dan lain-lain. (Erti kata lain, bersihkan sekeliling kita)

9) Berpuasa sunat.

10) Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari.

11) Kekalkan wudhu' sepanjang hari mengikut kemampuan. At least before tidur pastikan sudah berwudhu.

12) Banyakkan bersedekah.At least sehari sekali, contoh mudah pegi masjid setiap hari berjemaah kan? Cuba masukkan sekurangnya seringgit, xmampu juga, tengok tabung masjid and sedekahkan senyuman Hahahahaha gurau-gurau...

13) Beri orang makan.

14) Jaga makanan ( halal & yang baik-baik )

15) Berkawan dengan orang alim & orang yang baik2.

16) Sentiasa berpesan- pesan ke arah kebaikan.

17) Jaga setiap pancaindera ( mata, telinga, hati, anggota tangan & kaki & deria hidu )

Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dalam usaha untuk sentiasa memurnikan hati... Aamin...

25 June 2018

Lirik Ikhwan Fatanna - Jannah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ku sering tertanya
Bagaimana
Rasanya hidup
Nanti disana

Adakah aku kan diterima
Layak kah diri ini

Jalan cinta tak kan mudah
Ganjarannya pasti indah
Ini masa ku berubah
dari terus terleka

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Pakai baju dari Sutera
Gelang emas, mutiara

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Kekal muda hari-hari
Bertemankan bidadari

Ku mohon padaMU tetapkan aku
Terus menuju syurgaMU

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Bertakhta atas permata
Bahagia tak ada duka

Ku sedar dunia sementara
Dugaan hanyalah seketika
Adakah aku kan diterima
Layak kah diri ini

Jalan cinta tak kan mudah
Ganjarannya pasti indah
Ini masa ku berubah
Dari terus terleka

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Pakai baju dari Sutera
Gelang emas, mutiara

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Kekal muda hari-hari
Bertemankan bidadari

Ku mohon padaMU tetapkan aku
Terus menuju syurgaMU

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Bertakhta atas permata
Bahagia tak ada duka

Yang terhebat cinta dariNya
Dia beri segalanya
Ku berdoa hingga akhirnya
Biar Iman kan terus terjaga

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Pakai baju dari Sutera
Gelang emas, mutiara

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Kekal muda hari-hari
Bertemankan bidadari

Ku mohon padaMU tetapkan aku
Terus menuju syurgaMU

Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah
Bertakhta atas permata
Bahagia tak ada duka
Ku mahu Jannah..Jannah..Jannah

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

24 June 2018

Lirik Ikhwan Fatanna - Bismillah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Ada yang sedang berjalan
Ada yang sedang berlayar
Ada yang juga di angkasa

Ada yang baru belajar
Ada tengah temuduga
Ada yang bosan dengan kerja

Tak kisah kita dimana
Kita mula dengan nama kebesarannya
Ooo

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (3x)

Bila kita menyebut nama-Nya
Nawaitu jahat pun jadikan kita serba salah
Bila kita menyebut nama-Nya
Semoga yang dilaksana semuanya terjaga

Tak kisah kita dimana
Kita mula dengan nama kebesaran-Nya

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)

Tidakkah kita percaya
Dengan hikmah yang ada padanya
Sempurnakanlah
Segala hela nafas yang ku hembuskan
Setiap amalku 
Hanyalah untukMu

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)
Bismillah
Sebutkanlah bismillah

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

23 June 2018

Lirik Areef - Sakit

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"SAKIT" adalah single ke-2 Areef setelah single pertama "PENJARA" yang bakal di muatkan dalam Album terbaru AREEF yang mengandungi 15 track lagu, bakal terbit tak lama lagi.

LAGU SAKIT mengisarkan tentang monolog seorang hamba yang sering di uji. Kadang, dia terasa seakan mahu menyalahkan takdir sehingga menyatakan "Apa dosa aku hingga Kau uji aku sebegini ya Allah??"

Namun, setelah dia muhasabah, baru dia sedar, hakikatnya, dia di uji kerana dosanya sendiri yang dia tak sedari. Lalu, dia mula bersangka baik dengan Allah, dan kembali bertaubat padaNya.


******

AREEF - SAKIT
Lirik: Areef & Ustaz Adnin.
Lagu: Areef & Ustaz Adnin.
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Music: Wan Saleh

******

LIRIK SAKIT

Ku terjatuh lagi
Sekali, sekali lagi
Ku diuji

Bagai tiada penghujung
Ku sakit, ku pedih

Hakikat akhirnya ku temu
Jawapan hanyaMu

(CHORUS)
Ku terleka menjauh
dari RahmatMu
...sakit😢
Ku kini menyedari
Ku diuji Illahi
Kerna dosa 
ku sendiri

 Ku bertaubat padaMu
 Kembali air mata ku
 Jatuh lagi

Hakikat akhirnya ku temu
Jawapan hanyaMu

Allhumma musorrifal qulub,
Sorrif qulubana
(Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami)

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

22 June 2018

Lirik Rabithah - Cukuplah Sengketa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


CUKUPLAH SENGKETA adalah lagu rayuan dan luahan kami, agar umat islam di Malaysia ini bersatu, bersepakat, meninggikan agama Allah, dan bersama memartabatkan agenda Amar Makruf Nahi Mungkar tidak mengira Parti, kumpulan dan yang sama erti dengannya.

Elakkan dari budaya taksub, caci-mencaci, pergaduhan, dan kebencian yang melampau sesama umat. Semoga Allah menyatukan kita semua, dan membantu dakwah orang-orang yang ikhlas.

****

RABITHAH - CUKUPLAH SENGKETA

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin dan Akmal Mustafa.
Musik: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
TARBIAH SENTAP RECORDS.

****

RIDWAN:
Pilunya hati ini melihat
Mengapa kau bertengkar oh umat?
Ku merayu agar kau bersatu
Bukankah redha-Nya yang kau buru?

HAKIM:
Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu

AKMAL:
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu?
Rendahkan egomu

MAHDI:
Kadang taksub buta
Membuatkan hati kau turut buta
Berlapang dadalah
Kebenaran tertegak atas hujah

KORUS & AKMAL:
Umat derita
Mengapa masih bersengketa?
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita

AKMAL:
Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat
Ooo.

HAKIM:
Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu

AKMAL:
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu?
Rendahkan egomu

KORUS & MAHDI:
Umat derita
Mengapa masih bersengketa?
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita

MAHDI:
Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat
Ooo.

KORUS:
رب انصر دعواتنا
وحقق غياتنا
والف بين قلوبنا
كالأنصار والمهاجرين
Bantulah dakwah kami
Terangi jalan kami
Satukan hati kami
Seperti Ansar Muhajirin

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

20 June 2018

10 Berita Gembira Untuk "Kaki Masjid"

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut :

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat... (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah." (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...(antaranya) seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

10- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan daripada ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "...Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa..."  (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga. Aamin...

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

Lirik Asfan Shah, Ariff Bahran, Ayie Floor 88 & Syafiq Farhain - Hasbi Rabbi

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Lirik dia sama and ulang-ulang je actually hahahaha, cuma nak promot sikit, tu yang update... Zikir yang sangat menenangkan hati jika di amalkan, In Shaa Allah... Semoga bermanfaat...

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qolbi ghoirullah
Nur Muhammad sallalah
La ilaha illallah


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

19 June 2018

Lirik Khai Bahar - Cahaya 114

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Allahummarhamna bilquran
Waj'alhu lana imamaw wa nuraw wahudaw wa rahmah

Tidak ku fahami atau hatiku telah terkunci
Tanpa ku sedari makin jauh dari Ilahi
Bicara bergaya tapi itu hanya sandiwara
Tutur kata indah tapi itu hanya pura-pura

Satu satu empat teman yang memberikan cahaya
Mana al-Fatihah, mana Yasin, mana al-Waq'iah
Pilih kata hati atau jalan nafsu yang menggila
Cari makna kata Quran yang menyuluh jalan hidayah

Allahummarhamna bilquran
Waj'alhu lana imamaw wa nuraw wahudaw wa rahmah
Allahumma zakkirna minhuma nasina
Wa'allimna minhuma jahilna
Warzuqna tilawatahu
Anaallaili wa attrafan nahar
Waj'alhu lana hujjatay ya rabbal'alamin

Allahu Rabbuna rahmatilah kami dengan al-Quran
Berikanlah kami petunjuk, cahaya, belas kasihan
Ingatkanlah kami segala apa yang dilupakan
Ajarkanlah kami agar keluar dari kejahilan

Allahummarhamna bilquran
Waj'alhu lana imamaw wa nuraw wahudaw wa rahmah
Allahumma zakkirna minhuma nasina
Wa'allimna minhuma jahilna
Warzuqna tilawatahu
Anaallaili wa attrafan nahar
Waj'alhu lana hujjatay ya rabbal'alamin

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

18 June 2018

6 Pulau Unik Di Korea Selatan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Asyik-asyik sibuk drama korea ngan kpop je kan, apa kata kita tengok keindahan ciptaan Allah SWT di negara ini pula... ^^

  1. Pulau Hongdo



    Pulau ini dianggap unik kerana terdapat banyak bentuk batu yang pelik di kelilingnya. Ia digambar oleh penduduk setempat sebagai kuntuman bunga yang terapung di atas permukaan air. Pulau Hongdo yang terletak di Laut Kuning menyimpan 270 spesis flora dan 170 spesis fauna. Namun, tarikan utama pulau ini sebenarnya terletak pada kecantikannya sewaktu matahari terbit.
  2. Pulau Gageodo



    Pulau ini terletak di wilayah Sinan terkenal dengan kecantikan alam semula jadinya. Pantainya berbatu dan air lautnya jernih. Difahamkan, ramai yang suka memancing gemar berkunjung ke pulau ini.
  3. Pulau Somaemuldo



    Walaupun hanya sebuah pulau yang kecil namun ia menjadi perhatian ramai kerana tampil dengan tarikannya yang tersendiri. Ramai pelancong mengunjunginya kerana mahu melihat rumah api yang terdapat di atas puncaknya. Disamping itu, mereka juga datang ke pulau ini kerana mahu menghabiskan masa dengan berkelah sambil menikmati makanan yang dibawa dan mengadakan aktiviti santai yang menghiburkan.
  4. Pulau Cheongsando


    Pulau ini terletak berhampiran dengan wilayah Wandu. Ia terkenal kerana digazet sebagai sebahagian daripada Taman Laut Kebangsaan. Ramai pelancong gemar ke sini kerana air lautnya yang bersih dan ladang barlinya yang subur menguning di serata tempat. Ia dikatakan mampu memberi ketenangan dan keseronokan. Disamping itu, pengunjung juga berpeluang menikmati makanan laut yang murah dan segara sepanjang waktu.
  5. Pulau Dokdo



    Pulau ini pernah menjadi rebutan antara Jepun dan Korea Selatan suatu masa dahulu. Ia terbahagi kepada dua buah pulau yang besar iaitu Dongdo dan Seodo. Di sekelilingnya pula terdapat lebih daripada 80 buah pulau kecil. Dokdo tidak boleh dikunjungi pengungjung sesuka hati. Sesiapa yang nak melawatnya mesti membuat permohonan melalui agensi pelancongan yang diiktiraf. Namun, jumlah pengunjung hanya terhad kepada beberapa orang sahaja dalam satu masa kerana mahu menjaga kepentingan ekosistemnya.
  6. Pulau Ulleungdo



    Pulau ini merupakan bekas tapak gunung berapi lama. Pulau ini mempunyai kecantikan yang luar biasa. Ia dianggap eksotik oleh sesetengah warga asing kerana terdapat banyak pemandangan dramatik yang mengujakan. Antara tarikan lain yang terdapat di pulau ini adalah perkampungan nelayan dan makanan lautnya. Ramai pelancong datang ke sini kerana mahu menikmati sotong yang besar, segar dan menyelerakan.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

17 June 2018

Lirik UNIC - Zinnirah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Hadirmu bersama kuntum senyuman 
Walau dirimu hamba tawanan 
Kau jadi impian firdausi 
Kau jadi pingitan hiasan duniawi 
Walau tak pernah melihatmu 
Zinnirah

Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala 

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari 
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama 
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi 
Tiada sempadan dan tiada bertepi 

Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala 

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari 
Menerangi alam maya dan diteman purnama 
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi 
Tiada sempadan dan tiada bertepi 

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri 
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani 
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi 
Menagih korban kasih abadi


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

07 June 2018

4 Perkara Perkaitan Antara Takwa & Puasa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Imam As-Syahid Said Qutb menyimpulkan dalam tafsirnya bahawa taqwa inilah yang membangkitkan kesedaran dalam hati sehingga mahu menunaikan kewajipan. Taqwa inilah yang menjaga hati sehingga tidak rosak puasanya dengan maksiat. Taqwa merupakan puncak ketinggian rohani orang-orang yang beriman, dan puasa ini merupakan salah satu alatnya dan jalan untuk mencapai taqwa. 

Justeru, bagi kita mencapai manifestasi taqwa melalui ibadah puasa, sewajarnya kita memahami dan meniliti perkara-perkara berikut :


PERTAMA - Meninggalkan yang haram
Seorang yang berpuasa haruslah meninggalkan apa yang diharamkan (perkara yang membatalkan puasa) serta segala bentuk larangan Allah SWT (perkara-perkara maksiat yang lain). Dia meninggalkan semua perkara ini demi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengharapkan redha-Nya. 


KEDUA - Melatih jiwa
Seorang yang berpuasa bermaksud individu muslim tersebut sedang melatih jiwanya untuk sentiasa muraqabatullah (merasakan diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT). Dia meninggalkan segala kehendak hawa nafsunya (makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa) padahal dia mampu untuk melakukannya tanpa diketahui oleh orang lain. 


KETIGA - Menyempitkan 'movement' syaitan
Ibadah puasa sebenarnya telah menyempitkan pergerakan syaitan dalam tubuh badan manusia melalui saluran darah. Seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih. Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya syaitan itu menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (Sahih al-Bukhari) 


KEEMPAT - Menambah ketaatan kepadaNya
Ibadah puasa dapat menambahkan ketaatan kepada Allah SWT. Amal ibadah ditingkatkan, masjid-masjid dipenuhi masyarakat, dihidupkan masjid dengan qiamullail jamai’e.


Semoga dengan perkongsian diatas, ia dapat terus membakar semangat kita untuk terus menjaga kesempurnaan puasa kita di bulan yang mulia ini, In Shaa Allah, Aamin...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

04 June 2018

Antara Kebaikan Menunaikan Zakat Fitrah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mengeluarkan zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan ianya adalah satu kewajipan syarak dan tanggungjawab sosial. Zakat yang wajib ditunaikan ada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Kedua-duanya mempunyai kesan dalam pembentukan akhlak manusia. Walaupun zakat fitrah yang wajib dikeluarkan itu dalam jumlah yang kecil, namun disebaliknya terkandung makna yang sangat dalam.

Antara hikmah kewajipan zakat fitrah ialah:

1. Allah SWT menjanjikan keberkatan, pertambahan rezeki dan ganjaran pahala kepada mereka yang menunaikan zakat fitrah
.
2. Berzakat dapat mengikis sikap sombong, bakhil dan mementingkan diri sendiri. Sedangkan sifat bakhil itu amat dibenci oleh Nabi SAW sepertimana hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang bakhil jauh daripada Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka.” (Riwayat at-Tirmizi)

3. Zakat fitrah yang ditunaikan dapat memberi kebahagiaan terutamanya kegembiraan untuk menyambut hari raya dan menghilangkan kesusahan kepada golongan fakir dan miskin. Ini berdasarkan hadis daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkanmya di dunia dan akhirat.” (Riwayat ibnu Majah).

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

01 June 2018

5 Kemuliaan Al-Quran

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Al-Quran adalah sebagai bukti kebenaran dan petunjuk daripada Allah SWT.

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang
membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.” [Surah An-Nisa' : 174]


2. Al-Quran sebagai petunjuk yang tidak diragukan. Ia adalah Kalam Allah yang Maha Agung. 

“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah : 1-2]

Perkara ini juga dijelaskan oleh Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“Kemuliaan al-Quran dibandingkan dengan kata-kata selain dari-Nya adalah seperti kelebihan Allah dari sekalian makhluk.” (Riwayat At-Tirmizi)


3. Al-Quran kitab yang tinggi dan Kalam Allah yang berat lagi hebat. 

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.” [Surah Al-Hasyr : 21]

As-Syaikh Doktor Wahbah Az-Zuhaili dalam tafsir Al-Munir telah menjelaskan bahawa sekiranya Allah turunkan Al-Quran keatas gunung seperti manusia yang Allah berikan akal dapat berfikir dan membezakan
antara hak dan batil maka gunung-ganang itu akan pecah kerana khusyuk dan takut kepada Allah. Dalam ayat lain Allah juga menggambarkan al-Quran itu sebagai kata-kata yang berat :

“Sesungguhnya kami akan turunkan kepadamu suatu perkataan yang berat” [Al Muzammil : 5]

Menurut Ibnu Kathir “perkataan yang berat” dalam ayat tersebut bermaksud perintah yang mesti dipatuhi dan diamalkan atau ia juga bermaksud kata-kata yang berat kerana ia sebagai Kalamullah. 

Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Saidatina Aisyah RA bahawa pada suatu masa ketika Rasulullah SAW menerima wahyu yang pada ketika itu Baginda berada di atas unta maka unta baginda itu serta merta terduduk ke atas bumi lantaran beratnya wahyu yang diterima.


4. Al-Quran kitab yang sangat unggul tiada tolok bandingnya. Justeru itu, Allah SWT mencabar manusia untuk mencipta seperti al-Quran walaupun seumpama surah yang paling pendek. 

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar." [Surah Al-Baqarah : 23]

Dalam ayat yang lain Allah mencabar seluruh makhluk jin dan manusia agar mendatangkan seperti al-Quran.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” [Surah Al Isra' : 88]


5. Al-Quran adalah kitab yang dijamin terpelihara sepanjang zaman.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [Surah Al-Hijr : 9]

Dalam ayat tersebut Allah telah menjamin akan menjaga Al Quran daripada diubah-ubah dan ditukar ganti tidak seperti yang telah berlaku ke atas kitab-kitab umat yang terdahulu. Kitab-kitab tersebut telah berlaku tokok tambah hingga sukar untuk menentukan keasliannya. 


Semoga dengan perkongsian kali ini, dapat meningkatkan lagi semangat kita bukan sahaja untuk tilawah malah mentadabbur ayat-ayat suci dalam Al-Quran. In Shaa Allah, aamin.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)