22 May 2018

7 Tips Mengimarah Ramadhan Bersama Keluarga

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Ini adalah sebahagian isi khutbah jumaat lepas... sangat menarik kerana mengupas tentang kekeluargaan di bulan yang sangat mulia ini, Ramadhan... Jom tengok apa tips-tips nya ^^

1. Wujudkan suasana keimanan dan ketakwaan dalam keluarga. Saling berpesan dan mengingati sesama ahli keluarga bahawa bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu peluang keemasan yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita perbanyakkan amal ibadat.

2. Rancanglah amal ibadat atau apa-apa kebaikan yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga sepanjang Bulan Ramadan. Umpamanya berbuka secara berjamaah bersama keluarga, bersama-sama ke masjid untuk solat berjamaah dan solat taraweh pada malamnya.

3. Galakkan anak-anak kecil berpuasa sekadar yang termampu oleh mereka. Biar mereka juga merasai kehadiran Ramadan. 

Seorang sahabiyyah; Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwidz RA menceritakan; “Kami membiasakan anak-anak kecil kami untuk berpuasa dengan izin Allah. Kami pergi ke masjid, lalu kami buatkan untuk anak-anak kami mainan dari kapas yang berwarna. Kalau salah seorang daripada mereka menangis (kerana kelaparan) maka kami berikan mainan itu kepadanya sampai waktu berbuka puasa”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Hidupkan suasana membaca al-Quran di dalam rumah. Biar ruang rumah dipenuhi dengan suara bacaan al-Quran. Hidupkan amalan bertadarus bersama keluarga. Disamping itu bacalah terjemahan atau tafsir al-Quran untuk sama-sama menghayati dan mentadabur ayat-ayat Allah.

5. Carilah sedikit masa untuk duduk bersama keluarga membaca dan bermuzakarah berkaitan dengan ibadat puasa, seperti syarat sah puasa, perkara yang membatalkan puasa, fadhilat puasa dan lain-lain.

6. Menghiasi rumah sebagaimana kita menghiasinya semasa hari raya, sebagai tanda kegembiraan kita menyambut Ramadhan.

7. Mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang sesama ahli keluarga, ibubapa, mertua dan jiran tetangga dengan saling bersedekah atau memberi hadiah.

Amalan-amalan yang baik ini jika dilakukan secara berjamaah dalam satu keluarga, pasti ia akan mendatangkan kekuatan, semangat dan istiqamah dalam usaha memperbanyakkan amal kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan. Oleh itu ajaklah keluarga kita untuk sama-sama merancang aktiviti ibadah yang boleh dilakukan bersama-sama. Umpamanya pergi ke masjid untuk solat berjamaah dan solat tarawih sepanjang ramadhan serta menghidupkan 10 malam terakhir. In Shaa Allah...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

11 May 2018

Ramadhan Bersama Palestin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Setitis yang anda berikan Allah akan gantikan seperti derasnya air yang mengalir. Keberkatannya akan dirasai di dunia, balasannya akan diperolehi di akhirat.

Kongsikanlah walaupun sedikit untuk RAMADAN BERSAMA PALESTIN.

Berikanlan sekadar kemampuan rezeki yang kita ada untuk pakej berikut:

- Sahur
- Berbuka
- Duit Raya 
- Imarah Masjid Al Aqsa
- Bantuan Syria

Setiap sumbangan boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Atau Hubungi kami di talian:

03-89267019 - Pejabat 
018 2903013 -Cik Nabila

COMMITED, TRUSTWORTHY, HONOUR


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

08 May 2018

Hari Ibu bersama Ibu Tunggal Palestin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Bersempena Hari Ibu Sedunia, yang akan tiba tidak lama lagi, Aman Palestin Berhad selaku badan NGO yang tidak lekang memperjuangkan nasib rakyat Palestin, akan menganjurkan MAJLIS IFTAR AMAL sebagai inisiatif untuk mengumpul dana bagi memperkasakan ekonomi buat Keluarga Ibu Tunggal di Palestin.

Ibu tunggal Palestin adalah isteri-isteri yang suaminya telah mati syahid dalam peperangan dan dibunuh oleh tentera zionis. Keluarga ini mempunyai 5 hingga ke 8 anak yang terpaksa ditanggung.

Maklumat Majlis Iftar Amal di ketetapan berikut : 
🗓26 Mei 2018, Sabtu
⏰ 5.30 Petang - 10.30 Malam
📍 Hotel Everly, Putrajaya

Sertai Kami : 
♥️ 1 Kerusi : RM 150
❤️ 1 Meja (10 Kerusi) : RM 1500

Atau Hubungi kami di talian:

03-89267019- Pejabat 
018 2903013-Cik Nabila

AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353 

Berdasarkan Hadis

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW. bersabda maksudnya : ''Orang yang berusaha membantu wanita janda dan orang miskin, mendapat pahala sama seperti pahala orang berjuang di jalan Allah, atau seperti pahala orang yang selalu qiamullail (bangun sembahyang malam) dan berpuasa di siang hari. 
( Hadis riwayat Bukhari).

Jom! kita berikan senyuman buat ibu kita, juga buat ibu-ibu tunggal di Palestin ☺️

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

04 May 2018

11 Tips Ajar Anak Rajin Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib."Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun." (Hadis riwayat Abu Daud)

1. Biasakan anak mendengar laungan azan

Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.


2. Ajar anak doa selepas azan

Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.


3. Didik solat sejak bayi

Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya. Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.


4. Ajar anak mengambil wuduk

Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.


5. Dengarkan anak bacaan dalam solat

Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.


6. Solat berjemaah

Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu , sebagai seorang ibu ajak anak solat bersama di rumah, atau jika anak dah besar sikit, si ayah boleh membawa si anak berjemaah bersama di masjid digalakkan pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.


7. Ajar anak berwirid

Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.


8. Berdoa untuk anak

Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.


9. Berikan anak pujian

Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib.


10. Tegur kesilapan solat anak

Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.


11. Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40

Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.Maksud ayat 40 surah Ibrahim:  

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Solat itu tiang agama. Ia amalan pertama yang akan dihisab semasa hari akhirat nanti. Oleh itu utamakan mengajar anak bersolat terlebih dahulu sebelum pembelajaran yang lain.