27 April 2018

Cara Berpakaian Wanita Islam Di Luar Rumah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. Pakaian hendaklah menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Warna pakaian itu suram, gelap seperti hitam, kelabu asap atau warna perang.

3. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga kelihatan bayang-bayang dari luar.

4. Pakaian itu tidak terlalu ketat atau sempit, hendaklah pakaian itu longgar tidak menampakkan bentuk badan, yang boleh membangkitkan nafsu lelaki.

5. Pakaian itu tidak dikenakan dengan bau-bauan yang harum.

6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.

7. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk atau berhias.

8. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian kafir dan musyrik.

20 April 2018

Lirik Areef - Penjara

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


PENJARA adalah single terbaru AREEF(instagram @areefmusic) berkisarkan tentang diri kita yang terperangkap dengan dosa tertentu walaupun diri bebas merasa nikmat Tuhan yang dikurnia saban hari.

******

AREEF - Penjara
Lagu: Akmal Mustafa
Lirik: Akmal Mustafa
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS

******

Pernahku merasa sempitnya dunia
Sering ku idamkan dunia bagai syurga
Ikhtiarku hadirkan berbagai kurnia
Lalu hanyutku dengan dosa disangka kurnia

Ku punya segalanya
Hariku mengejar sempurna
Tenang rupanya petaka
Kerna lelah berakhir kecewa

C/O
Bebas diri ku rasa
Terlihat luasnya dunia
Rakus nafsu kian membara
Tak sampai ke hujungnya
Hakikat ku di sangkar dosa
Ciptaan diri tanpa sedar
Ruang sempit bagai penjara

Oh aku terpenjara

Anganku dahulu semakin menggelora
Setiap hari ku lalui jalan yang dimurka
Bagai anai dikurnia sayapnya
Terbang bebas menuju binasa

Ku punya segalanya
Hariku mengejar sempurna
Tenang rupanya petaka
Kerna lelah berakhir kecewa

Ulang C/O

Tuhan bantulah diriku ini
Agar ikatan dosaku terlerai
Takutkan murka-Mu tertangguh 
Hingga sesalku tiada guna

Oh aku terpenjara

Ulang C/O

Terperangkap ku di sangkar dosa

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

17 April 2018

Lirik Rabithah - Sucikanlah (Kiroro Mirai e Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


SUCIKANLAH adalah cover kepada lagu KIRORO MIRAI E, yang menjadi viral baru-baru ini apabila kumpulan nasyid FENOMENA VOICE menyanyikannya semula dengan lirik yang cukup menyentuh.

Inspirasi dari itu, RABITHAH cuba merakam dalam beberapa jam untuk menghadiahkan semua lagu ini secara ringkas dan simple.

****

RABITHAH - Sucikanlah(Kiroro Mirai e Cover)
Lirik: Fenomena Voice dan Ustaz Adnin.
Lagu asal: Kiroro Mirae.
Musik: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS

****

RIDWAN:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

HAKIM:
Kerana dunia,
cintaMu tak pernah ku sedar,
Tertipu dengan diri,
Mengejar suatu yang sementara..

AYMAN:
Kerana cinta manusia,
Hatiku buta,
KasihMu aku dustai,
kerna cinta manusia,
Kau ku pinggiri,
Ku pergi dan terus terleka...

MAHDI:
Namun Kau masih lagi,
memberiku nikmat ini,
Kan ku pinta,
ampunanMu tuhan yang ku buru..

MAHDI:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

KORUS:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

Sesungguhnya Kau maha mengampuni..

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

15 April 2018

Tips Jaga Gigi Susu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1- Penjagaan Gusi

Gusi anak perlu dijaga walaupon gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pon tak selesa. Sambil² tu niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat.. Ade jugak mommy cakap doktor anak saye nak tumbuh gigi, tapi kenapa saye yang sakit gigi? Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit ni. "Mommy, tu masalah gigi mommy xde kaitan dgn anak ye.. Mohon pergi jumpe dentist dengan kadar segera ye" Hahahahahaha


2- Gosok gigi seawal gigi pertama tumbuh

Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu belikan berus khas untuk umur diorang kang kene gigit jari sakit.


3- Elak anak hisap botol susu sambil tidur

Ni paling penting la.. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok.. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak.. Karat² warna coklat tu.. Nanti parents cakap.. Gigi anak saye reput doktor, makin saye berus makin reput.. Cehh banyak laa.. 


4- Lepas minum susu, minum air masak

Sebaiknya mcm tu la.. Ala² bilas cenggitu


5- Jangan isi air bergula dalam botol susu

Ni kan memang kesalahan besar ni.. Kadang air sirap, teh o, milo.. Sape dah start sempat lagi nak stop ok..


6- Bawa anak jumpa doktor gigi seawal usia 6 bulan

Mase anak 6 bulan tu bawak jumpa misi ke doktor gigi, nanti bagi education lagi jelas.. Ade dental kit boleh tunjuk demo sekali.. Pastu jgn la takutkan budak².. Haa nanti doktor cabut gigi.. Dah kenapa pulak xde angin xde ribut nk pi cabut gigi budak tu.. Bagi la kat anak cite yg baik pasal kitorang.. Contohnya, jgn takut anakku.. doktor sume baik laa, cantik pulak, sopan santun, penyayang.. Haa cenggitu.. Baru la anak tak takut.. (boleh abaikan yang tak penting) 😪.. Misi baik, nanti dia tolong sapu ubat kalau ade yg nk rosak2 tu..


7- Jangan share makanan dgn anak

Jangan salah faham ye.. Nampak mcm aku ni penghalang keakraban seorang mak dan anaknya.. Bukan gitu.. Cuma kite ni gigi dah penuh, bakteria lebih kurang 1000++ jenis yang duk dalam mulut tu, pastu kunyah² makanan bagi kat anak.. So dengan jayanya kite transferkan bakteria dalam mulut kite pada anak.. Soo gigi diorang tak selamat jugak lah..

Then last, ❌JANGAN❌ bagi puting tiruan or bg anak hisap jari lah.

Sumber : FB

10 April 2018

Hukum Mencukur Janggut Lelaki Dan Pandangan Semua Mazhab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mereka ( lelaki ) yang sering dengan sengaja mencukur janggut sebenarnya mereka cuba nak jadi muda padahal mereka sendiri tak sedar bahawa mereka MODIFIED wajah mereka menjadi jelita & anggun seperti wanita.

Lelaki yang berjanggut jauh lebih manis dan tampan .berbanding lelaki yang bermisai dan berdagu licin selembut salju. Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi : "Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan" (al-Muhalla )

Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani."
( HR Ahmad )

Dari Ibn Umar RA berkata bahawa Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut. ( HR Muslim )


MAZHAB HANAFI

Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)

Allamah Ibn Abidin rahimahullah berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)


MAZHAB MALIKI

Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)

Al-‘Adwi rahimahullah berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik rahimahullah bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)

Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)


MAZHAB SYAFI'I

Imam Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”

Berkata Ibn Rif’ah rahimahullah dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i rahimahullah telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”

Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi rahimahullah bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”


MAZHAB HAMBALI

Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).

Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”

As-Saffarini rahimahullah berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami ( Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)

05 April 2018

Aurat Kaum Wanita

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Bulu kening

Menurut Bukhari “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)” - Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari


2. Kaki ( tumit kaki )

“Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan” An-Nur : 31

Tidak boleh menampakkan kaki dan menghayungkan / melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki. Kerana kaki termasuk aurat jadi wajib di tutupi (memakai stokin kaki).


3. Wangian

”Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina“ -Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban


4. Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka” -An-Nur : 31


5. Gigi

“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya” -Riwayat At-Thabrani 

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah” -Riwayat Bukhari dan Muslim


6. Muka dan leher

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “
(a). Bersolek secara berlebihan (make-up) 
(b). menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


7. Muka dan Tangan

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan) anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” -Riwayat Muslim dan Bukhari


8. Tangan

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” -Riwayat At Tabrani dan Baihaqi


9. Mata

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya”. An Nur : 31

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan “ -Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi


10. Mulut ( suara )

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik“. Al Ahzab : 32

”Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi “. Riwayat Ibn Majah


11. Kemaluan

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”. An Nur : 31

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya” -Riwayat Al Bazzar

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah” -Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah


12. Pakaian

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti” -Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” -Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi kaum wanita di wajibkan untuk menutup aurat mereka dengan memakai jilbab:
Kriteria pakaian menurut islam:
(a). Tidak tipis / transparan
(b). Tidak ketat / membentuk
(c). Tidak boleh membuka bahagian-bahagian tertentu

“Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang” Al Ahzab : 59


13. Rambut

“Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” -Riwayat Bukhari dan Muslim.

01 April 2018

Apa itu Bioinformatik ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Okay maaf ar adik-adik yang xberapa nak adik, yang tanya pasal course ni huhu baru sempat nak update... sebab apa ramai serbu saya tanya pasal Bioinformatik ni huhu sebab post sebelum ni >Menyambung Pengajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia - BSc with Honours (Bioinformatics)<.. 10 April dengar cite dah tutup UPU, maaflah huhu baru sempat buat post, harap membantu hehehe

Tapi saya dah tukar course ar korang hahahah... Tapi xpe, actually my first sem was with the Bioinformatics program before I change to my current program, Software Engineering (Information System Development) in this same university, UKM. So, I can share a bit what is this program all about, xde hal lah! Jangan banyak tanya kenapa saya tukar program hahahaha, In Shaa Allah I will share to you later :')

Sorry lah kalau bahasa campur eh... Harap okay jer arghh... Okay lets back to our main topic... Mesti ramai yang keliru apa kejadah ar subjek ni, bila mak ayah sebut, peh mahu terbelit lidah diorang.. tapi trust me,when people ask u, what program are u now at UKM? and u answered them, Bioinformatic.. They will be like, "Wow what is that, that sounds rare man" Yeah it does sounds rare to me as well hahahaha

Okay sebagai dasar, idea bioinformatik ni sebenarnya korang akan belajar ilmu Biologi plus in the same time gabung dengan ilmu Sains Komputer dan Teknologi... Kene ar kan dengan perkembangan zaman teknologi sekarang, bidang Biologi juga xmelepaskan peluang untuk upgrade bidang pengkhususannya dengan gabungan ilmu teknologi dan sains komputer...

Haaaa, hmmm bidang biologi ni kan besar gedabak, manusia, haiwan, tumbuhan, organ2, sel2, tisu2, proses itu proses ini, jadi yang mana satu fokus utama course ini?

Okay fokus utama course ini adalah sekecil kecil sel lah u all... Belajar DNA, proses transcription, replication and all that lah... Bagaimana pula dengan Sains Komputer? Part mana yang akan difokuskan dalam bidang ini? Of course ar programming! Hahahahaha

Apa yang menarik tentang course ini adalah jika korang ada minat yang tinggi kepada kedua-dua bidang sains komouter dan biologi dalam satu masa, inilah tempat anda... haa cepat gi tukar permohonan upu tu, letak course ni nombor satu hehehehe...

Menarik lagi, masa tahun tiga nanti, korang akan belajar cara nak programkan DNA sesuatu menggunakan ilmu biologi plus programming korang tu lah... wow, nice kan? Rare kan? well... hahahaha

Eh jap, tahu x apa jadah yang nak diprogramkan tu? haaa susunan dalam struktur nucleic acid tu, alaaa xkan dah lupa, yang ACTG TGCA tu lah... haaa jangan main-main... hahaha

okay sat, bidang kerja cam ne pulak kat Malaysia ni? Okay kalau nak tahu, selama 4 tahun korang bukan belajar DNA je tau, macam-macam lagi, Mikrobiologi, Statistik Gunaan, Programming, Biologi Molekul, Biokimia, and banyak lagi lah...


So, kalau korang nak tahu, bila keluar nanti, korang bukan sahaja boleh jadi Scientist Bioinformatics, eh jap scientist? yup, bioinformatics ni acah scientist jugak lah, like korang keja dalam lab gitu, kaji kaji and kaji sampai xkesudah... well ilmu biologi selalu ada updates, sebab kajian xpernah berhenti sampai saat ini, dan setiap penemuaan akan diberitahu untuk complimentkan ngan silibus terkini di sesebuah universiti especially program/subjek yang terlibat dengan Biologi...

Okay sambung balik part kerja, korang juga boleh kerja dengan syarikat-syarikat Bioinformatik yang semakin ramai sedang tubuhkan di bumi Malaysia ni... Menurut senior, kalau korang dah masuk alam pekerjaan, korang akan rasa kecik je dunia, sebab yang amik course ni memang xramai and xbanyak universiti yang tawarkan course ni, so bila masuk alam pekerjaan semua lepasan U yang sama ngan korang and yang sama program which is Bioinformatik...

U apa je yang provide course ni eh? Saya malas nak search sangat, tapi apa yang saya tahu sekarang yang menawarkan course ni adalah ofcourse UKM, UM dan UTM.

Tapi lain U apa yang saya perasan, cara provide course-course untuk program ni lain, kalau UKM mostly dalam 4 tahun korang akan lebih banyak kat Biologi then baru Sains Komp, lagipun fakultinya juga adalah di bawah Fakulti Sains Teknologi, berbeza dengan UTM dibawah Fakulti Komputeran dan fokusnya lebih kepada Sains Komp then baru Biologi..Kalau di UM pulak, bila tengok struktur programnya, lebih seimbang, Biologi=Sains Komp.

Okay apa-apa pun, good luck lah kepada semua, it is a very fun program actually... Tapi I dah tukar hahahaha, haaa kenapa? Nanti ada masa saya buat post baru ^^

Ada pape soalan, just komen dibawah, In Shaa Allah ada masa nanti saya cuba jawab ^^

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Lirik The Faith - Yang Pertama

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



The Faith - Yang Pertama
Composer: Omar K & Adib Hamdi
Lyrics: Omar K, Adib Hamdi, Ustaz Adnin

***

Pernah kah kau fikir di mana kah arahnya
Jalan kita?
Adakah kau pasti ini yang kau mahukan
Untuk kita?

Hanya meluncur menuju arus, rasa yang sementara
Tak mampu aku ‘tuk bersamamu tanpa cahaya cintaNya

Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Mahu bersama selama-lama nya
Mahu bersama dengan restuNya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu kerana Dia

Pernahkah kau fikir apa Dia mahukan
Dari kita?
Adakah kau pasti segala kasih sayangNya
Untuk kita

Hanya meluncur menuju arus, rasa yang sementara
Tak mampu aku ‘tuk bersamamu tanpa cahaya cintaNya

Aku hanya mahu ia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Mahu bersama selama-lama nya
Mahu bersama dengan restuNya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu

Biar kisah yang lama terhapus berlalu saja
Lakarlah kehidupan baru bersamaku menuju
Cinta yang sempurna selamanya

Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Kerana aku mencintaiNya
Lebih dari segala-galanya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu kerana Dia

kerana Dia


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)