29 March 2018

Aku Tuntut Di Akhirat !!!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"Aku tuntut di akhirat!"... Sahabat, jangan sampai keluar dari perkataan kita sedemikian. Mahsyar, waktu dan keadaan yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis teringatkan suasana yang sangat mengerikan. Ambillah iktibar dari hadis yang disampaikan Rasulullah SAW ini mudah-mudahan menjadi iktibar dan pedoman. Sahabat, belajarlah memaafkan.

Kisah Pemuda yang menuntut kezaliman saudaranya lalu memaafkan kemudian dapat masuk Syurga.

Anas RA yang menceritakan,

"Ketika Rasulullah SAW sedang duduk, kami melihat baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi serinya. Maka Umar RA berkata, 'Apakah yang membuat engkau tertawa, wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusanmu?' Rasulullah SAW menjawab, "Ada dua orang lelaki dari kalangan umatku sedang berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Agung, Maha Suci, lagi Maha Tinggi.

Lalu salah seorangnya berkata, 'Wahai Tuhanku, ambillah hakku dari saudaraku ini.' Allah SWT berfirman, 'Berikanlah kepada saudaramu itu akan haknya.' Lelaki yang dituntut berkata, 'Wahai Tuhanku, tiada sesuatu pun dari amal baikku yang tersisa." Lelaki yang menuntut berkata, 'Wahai Tuhanku, bebankanlah kepadanya sebahagian dari dosa-dosaku'."

Anas melanjutkan kisahnya, "Lalu kedua mata Rasulullah SAW mencucurkan air matanya, kemudian bersabda, "Sesungguhnya hari itu adalah hari yang sangat berat, iaitu hari manusia memerlukan orang-orang yang menanggung sebahagian dari dosa-dosa mereka.'

Maka Allah SWT berfirman kepada si penuntut, 'Angkatlah penglihatanmu dan lihatlah ke syurga-syurga itu!' Lelaki itu mengangkat kepalanya dan berkata, 'Wahai Tuhanku, saya melihat kota-kota dari perak dan gedung-gedung dari emas yang dihiasi dengan batu permata. Untuk nabi manakah ini, untuk siddiq siapakah ini, dan untuk syahid siapakah ini?'

Allah berfirman, 'Untuk orang yang mahu membayar harganya.' Lelaki itu bertanya, 'Siapakah yang memiliki harganya?' Allah berfirman, 'Engkau pun memiliki harganya.' Lelaki itu bertanya, 'Apakah harganya, wahai Tuhanku?' Allah berfirman, 'Kamu maafkan saudaramu ini.' Lelaki itu berkata, 'Wahai Tuhanku sesungguhnya sekarang saya memaafkannya.' Allah SWT berfirman, 'Peganglah tangan saudaramu ini, dan masuklah kamu berdua ke syurga'." Kemudian Rasulullah SAW bersabda;

"Kerana itu, bertakwalah kamu kepada Allah, dan perbaikilah hubungan di antara sesama kamu. Kerana sesungguhnya Allah kelak di hari kiamat akan memperbaiki hubungan di antara sesama orang-orang mukmin,"

(Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Ya'la Ahmad ibnu Ali ibnu Al-Musanna Al-Mausuli di dalam kitab Musnad-nya. Dia mengatakan, telah menceritakan kepada kami Mujahid ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Bukair, telah menceritakan kepada kami Abbad ibnu Syaibah Al-Habti, dari Sa'id ibnu Anas)

Dan ingatlah jua pesanan Rasulullah SAW,

"Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah dia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)."
(Al-Hakim)

"Barangsiapa memaafkan ketika dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan."  (Ath-Thabrani)

"Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun kepada orang, maka dia tidak akan di beri ampun." (Ahmad, dari Jabir bin Abdullah r.a)

Sahabatku yang disayangi. Tidaklah rugi memberi maaf. Walau kita tidak bersalah, walau kita dipihak benar. Mengalah tidak semestinya kalah.

- Ust Jafri Mahmoodi

28 March 2018

Lirik Autotune Band - Teguran (Mic Drop Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



TEGURAN adalah lagu cover parodi dari lagu MIC DROP dari kumpulan BTS. Tema kali ini berkisarkan tentang teguran buat LGBT.

Hari ini, golongan gay, lesbian, transexual dan bisexual semakin menular. Masyarakat makin menganggap ianya normal, sedangkan ianya satu dosa besar di sisi Allah. Ada puluhan hadith dan ayat quran melarang perkara itu.

****

Autotune Band - TEGURAN (MIC DROP VERSI DAKWAH
LIRIK: Ustaz Adnin & Team TV DAKWAH.
Lagu asal: Mic Drop BTS
TARBIAH SENTAP RECORDS

****

(AIMAN LUQMAN)
Ya,
Kepada mamat mamat gay,
Kabare?
Dan pada group,
group LGBT,
Meh sini,
Aku mahu pesan something, DENGARI,
Jangan stress,
Kerna ku kisah, ku teguri..

(AIMAN AFIF)
Kau meh sini, Come in,
Kau dengari, hadith ini,
"Allah laknat siapa saja 
yang melakukan perbuatan
kaum Luth!"
(Hadith riwayat Nasaei)

Mari Mari Bangkit!!

(HAFIZ)
Taat baginda, Ingat firmannya,
Kerna Dia tahu apa terbaik untukmu,
'Laki jadi perempuan, perempuan jadi jantan..
Semua itu lari dari fitrah, Oh My!

(AIMAN AFIF)
Tak perlu tunggu musibah tuk berubah,
Nak sorok mana, jantinamu itu,
adoi adoi engkau pasti terkantoi,
Tika jenazahmu di mandi esok...


*

(KORUS-HAFIZ LEAD)
Cuba fikir balik
Cuba fikir balik
Cuba jujur pada dirimu!

How you think about that?
How you think about that?
Usahlah menipu dirimu!

Bila tegur tegas kau kata menghukum,
Bila tak tegur kau semakin meruntuh,
Bila tegur lembut kau buat membuta,
how you dare! x3

Ku bukan memerli,
Oh lagu mana?
Ku hanya berterus-terang padamu..

Mengucap,
mengucap,
taubat sebelum terlambat temanku..

Ku perlu peduli,
Padamu bapok,
Agar nanti kau dan aku kan ke jannah..

Mengucap,
mengucap,
taubat sebelum terlambat temanku..

(HAFIZ)
Kepada para pendakwah wah,
Juga semuah ah,
Jangan menghina ah,
Hatta menilai ah,

Beri peluang
Harapan,
Bimbing mereka semua!

Kerna
kutuk tak mampu merubah
Bimbinglah tanpa menyerah

Jika dia menolak,
Doakan dia!
Jika dia terima,
terima dia!

(KORUS-HAFIZ LEAD)
Cuba fikir balik
Cuba fikir balik
Cuba jujur pada dirimu!

How you think about that?
How you think about that?
Usahlah menipu dirimu!

Bila tegur tegas kau kata menghukum,
Bila tak tegur kau semakin meruntuh,
Bila tegur lembut kau buat membuta,
how you dare! x3

Ku bukan memerli,
Oh lagu mana?
Ku hanya berterus-terang padamu..

Mengucap,
mengucap,
taubat sebelum terlambat temanku..

Ku perlu peduli,
Padamu bapok,
Agar nanti kau dan aku kan ke jannah..

Mengucap,
mengucap,
taubat sebelum terlambat temanku..

(AIMAN LUQMAN DAN AIMAN AFIF)
Berubah bukanlah satu yang mudah,
Kerana syurga bukanlah percuma,
Hendak seribu daya yang kau perlu,
Tak mahu seribu dalih yang kau buru!

(RAMAI-RAMAI)
Basmi LGBT,
Cegah LGBT,
Berubahlah LGBT.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

20 March 2018

5 Punca Sakit Kepala Dan 12 Cara Mengatasinya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami. Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.  Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk. Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu. Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

1. Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

2. Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

3. Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

4. Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala


Diantara Cara mengatasinya :

1) Pastikan mandi pada waktu pagi (tidak dapat dinafikan ada orang yang suka skip mandi pada waktu tertentu), tidak elok begitu kerana walaupun sehari skip ia dapat merosakkan rambut lamanya

2) Bagi yang muslimat, sebelum bertudung, pastikan rambut benar benar kering barulah memakai tudung (terutama bagi wanita yang perlu memakai tudung 5 jam ke atas ) . Keadaan ini bagi menggelakkan masalah pada kulit kepala (kelemumur @ daki) yang ada di kepala yang menyebabkan kepada masalah masalah rambut

3) Sikat rambut anda setelah rambut anda kering. Jangan sikat rambut anda ketika basah ia boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur .

4) Pastikan topi/songkok/kopiah/telekung/anak tudung/tudung yang di pakai bersih, sekurangnya di basuh 2 kali - 3 kali dalam seminggu walaupun kotoran tidak kelihatan padanya.

5) Pilih syampoo yang bersesuai,

6) Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama (bagi yang terdedah kpd sinaran matahari)

7) Pemakanan. Pengambilan mkanan berminyak, bergaram berlebihan menyebabkan kepada masalah rambut gugur, kebotakan rambut dan lain lain. Kurangkan mengambil makanan bergaram, ajinomoto, berminyak. Lebihkan pengambilan buah buahan, sayuran hijau yang segar.

8) Elakkan sikat rambut terlalu kerap

9) Lebih elok biarkan rambut kering dengan sendiri berbanding menggunakan hair dryer

10) Bagi rambut kering yang rosak, digalakkan menggunakan minyak rambut bagi membaiki rambut yang rosak, sebaliknya bagi rambut yang terlalu berminyak di galakkan menggunakan syampoo kawalan minyak.

11) Pemilihan sikat rambut yang sesuai, pastikan gigi sikat jarang bagi yang berambut lebat.

12) Pastikan memotong rambut secara berjadual ( bagi menggelakkan berat rambut tidak dapat di tampung oleh badan) keadaan ini menyebabkan rambut gugur .

18 March 2018

10 Tips Untuk Kurus

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mudah je petua kuruskan badan ni, yang penting kita harus lakukannya!

1. MINUM MINUMAN TANPA ATAU RENDAH KALORI
Soda dan minuman ringan yang berkarbonat selalunya mempunyai kalori yang tinggi. Begitu juga minuman seperti teh tarik dan kopi susu, yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kerana ia mengandungi gula atau susu pekat yang tinggi.Petua kuruskan badan ialah banyakkan minum air putih. Lagipun air putih tak mengandungi kalori dan kita boleh minum sebanyak mana yang kita inginkan, tanpa menambahkan berat badan kita.

2. MAKAN SARAPAN PAGI
Jika kita tak bersarapan pagi, kita berkemungkinan akan makan lebih lagi untuk waktu makan kita yang seterusnya. Metabolisme badan kita juga akan menurun, sekiranya kita membiarkan perut kita kosong untuk jangka waktu yang lama. Jadi petua kuruskan badan ialah ambil makanan berkhasiat untuk sarapan pagi kita. Ambil makanan yang tinggi bijiran dan serat adalah lebih baik kerana kita perlukan tenaga yang lebih di waktu pagi. Dan makanan jenis ini akan bantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama.

3. MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA SETIAP HARI
Petua kuruskan badan dengan minum 6-8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari. Ini dapat menghidrasikan tubuh badan kita agar ia dapat berfungsi dengan sepenuhnya.Jangan tunggu sehingga berasa haus baru kita nak minum air. Ini penting dan juga dapat membantu mengurangkan atau melambatkan perut kita untuk berasa lapar.

4. MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Ambillah sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebanyak mungkin. Ianya kaya dengan serat, nutrisi dan juga rendah kalori. Selain itu, ia dapat membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama kerana serat perlukan masa untuk dicerna dan dihadamkan dalam tubuh badan kita.

5. MAKAN SALAD
Sebagai pemula hidangan makanan utama kita, ambillah salad. Ia akan dapat membantu kita untuk tak makan secara berlebihan, semasa menikmati hidangan makanan utama kita. Petua kuruskan badan ini juga boleh kita gantikan dengan memakan ulam-ulaman segar.


6. MASAK CARA BAKAR ATAU GRIL
Amalkan hidangan berbakar atau gril. Cara petua kuruskan badan ini mudah disediakan & lebih sihat untuk dinikmati. Dengan memasak hidangan kita secara membakar atau gril, dapat membantu kurangkan kalori dan lemak dalam pemakanan kita.

7. PILIHLAH MAKANAN BERBIJIRAN
Makanlah roti ‘whole-grain’ daripada roti putih kerana ianya adalah lebih sihat dan berkhasiat. Untuk sarapan, kita boleh mengambil cereal bijirin yang kaya serat seperti ‘Kellog’s All-Bran’ atau ‘oatmeal’. Pilihan makanan bijiran petua kuruskan badan yang lain adalah seperti nasi perang, roti gandum dan biskut whole wheat, adalah pilihan yang baik.

8. SIMPAN STOK MAKANAN SEJUK-BEKU YANG SIHAT
Jika kita tak punya masa untuk memasak makanan sihat kita, simpanlah makanan sejuk-beku yang mudah dan senang untuk kita sediakan. Petua kuruskan badan adalah dengan memilih makanan sejuk-beku yang mempunyai sekitar 300-350 kalori saja.

9. PILIH MAKANAN YANG BUAT KITA RASA KENYANG LEBIH LAMA
Protein secara semulajadi mengandungi kurang kalori daripada lemak, dan ia dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama dari karbohidrat. Sumber protein petua kuruskan badan yang ideal adalah seperti telur, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan susu rendah lemak. Makanan snek seperti yoghurt, telur rebus, keju dan kepingan ayam Belanda juga akan memberi kita lebih tenaga dan mampu mengawal rasa lapar kita. Jika kita tak boleh makan daging atau susu, sumber protein lain seperti kekacang dan bijiran lain juga dapat membantu.

10. TIDUR SECUKUPNYA
Tahukah kita jika kita dapat tidur dan rehat yang secukupnya, boleh membantu tubuh badan kita mengurangkan berat badan? Kurang tidur boleh menyebabkan kita sering-kali makan dengan berlebihan atau membuat pilihan makanan yang tak sihat. Petua kuruskan badan adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup untuk pastikan kita punyai tenaga yang diperlukan untuk bersenam dan bekerja pada tahap maksimum.

10 March 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 12 (List Penuh)

10 Khasiat Tomato Yang Best

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1) Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sinaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit


2) Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.


3) Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.


4) Mengurangkan mabuk/pening-pening wanita mengandung

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.


5) Merawat TB dan jangkitan paru-paru

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.


6) Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.


7) Menghilangkan kutil atau ketuat

Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.


8) Membersihkan kulit muka

Face-Mask menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Mask penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat mask muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.


9) Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


10) Baik Untuk Mata

Mesti ramai diantara kita selama ini hanya mendengar lobak merah dan berry baik untuk mata, sebenarnya tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

09 March 2018

5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Pada Hari Jumaat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Jumaat semua.. ^^v



1- BERPINDAH TEMPAT KETIKA MENGANTUK

Dari Abdullah bin Umar RA, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila salah seorang di antara kalian mengantuk pada hari jumaat (ketika khatib sedang berkhutbah), hendaknya ia berpindah dari tempat duduknya itu (kepada tempat yang lainnya).”
(Diriwayatkan Abu Daud no.1119 dan at-Tirmidzi no.526, dishahihkan Syaikh Al-Albani)

2- SATU JUMAAT MENUJU  JUMAAT BERIKUTNYA MERUPAKAN PENEBUS DOSA

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: "Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Hari jumaat menuju Jumaat berikutnya merupakan penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya, selama tidak terjatuh kepada dosa besar.”
(HR. Muslim no.233)

3- MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Dari Abu Sa'id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, ia akan diterangi oleh cahaya (pada hari kiamat) sejauh jarak dua jumaat.”
Lihat Shahihul Jami no. 6470)

Dalam lafazh lain,

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari jumaat, ia akan diterangi oleh cahaya (pada hari kiamat) sejauh antara dirinya dan baitul 'atiq (Ka'bah)."

4- MEMPERBANYAKKAN SELAWAT

Dari Anas bin Malik RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Perbanyaklah berselawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Kerana siapa saja yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah membalas selawatnya sebanyak sepuluh kali.”
(HR. al-Baihaqi , lihat Ash-Shahihah no. 1407)

5- WAKTU MUSTAJAB

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: "Abul Qosim SAW bersabda,

“Sesungguhnya pada hari jumaat ada satu waktu yang tidaklah seorang muslim waktu tersebut ketika ia berdoa meminta kebaikan kepada Allah, melainkan akan Allah kabulkan permintaannya.”
(HR. Muslim no.852)

06 March 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 12 - Peperangan Salib di Hittin)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.


[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

05 March 2018

Lirik Aiman Taher - Bukti (Virgoun Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


LAGU BUKTI nyanyian AIMAN TAHER adalah berkisarkan tentang luahan perasaan cinta kepada nabi muhammad saw, tentang alangkah beruntungnya kita semua dengan kehadiran baginda SAW. Moga dapat hayati liriknya.

******

Aiman Taher - BUKTI (Virgoun Cover)
Lirik: Virgoun, Ustaz Adnin, Aiman Afeef TV Dakwah.
Lagu: Virgoun
Producer: Ustaz Adnin.
TARBIAH SENTAP RECORDS

******

Memenangkan hatiku,
Bukanlah satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat
ku tak bisa hidup tanpamu...

Menjaga cinta itu,
Bukanlah suatu hal yang mudah,
Namun sedetik pun,
Tak pernah kau berpaling dariku,
Beruntungnya aku dimiliki kamu

KORUS:
Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Ku jadi harmoni saat kau terangi,
Tentang indah dan bahgianya jalan ini..

Kaulah bentuk terindah,
Dari baiknya Tuhan padaku,
Waktu tak mengusaikan cantikmu,
Kau manusia terhebat bagiku,
Aku mahu bersamamu...

Meruntuhkan egoku bukan satu hal yang mudah,
Dengan kasih lembut kau pecahkan kerasnya hatiku..

Beruntungnya aku dimiliki kamu (ku ingin engkau tahu)...

Kamu adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,
Ku jadi harmoni saat kau terangi, 
Tentang indah dan bahgianya jalan ini!
Kaulah bentuk terindah,
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu,
Kau manusia terhebat bagiku, 
Aku mahu bersamamu..

Semua yang kau korbankan, tersimpan di dalam hati ini,
Semua yang kau inginkan, 
Kan tersemat dalam hati ini..

Kamu adalah bukti dari cantiknya paras dan hati
Ku jadi harmoni saat kau terangi, Tentang indah dan bahgianya jalan ini..
Kaulah bentuk terindah dari baiknya Tuhan padaku,
Waktu tak mengusaikan cantikmu (mengusaikan cantikmu)
Kau manusia terhebat bagiku..
Aku mahu bersamamu!
Aku mahu bersamamu....

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

04 March 2018

5 Benda Best Kat Samsung Galaxy S9 Dan S9+

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Rekaan Yang Lebih Tahan Lasak

Rekaan yang boleh dikatakan 75% kaca pada peranti ini pastinya menakutkan bagi mereka yang berjari mentega. Kerana panel kaca yang besar, peranti ini amat licin untuk dipegang. Peranti ulasan yang kami terima mengalami retakan pada panel belakang apabila terjatuh dari meja. Semua gara-gara gegaran deringan telefon. Pendek kata panel kaca yang licin dengan permukaan kaca yang besar ialah kombinasi yang menimbulkan rasa risau jika peranti tidak berkerangka (berprotector) tahan lasak.



Pada Galaxy S9 dan S9+, kerisauan ini sedikit terubat dengan penggunaan kaca Gorilla 5 yang 20% lebih tebal di bahagian hadapan berbanding tahun lalu. Kerangka peranti juga 0.2 mm lebih tebal menggunakan aluminium AL7003 yang lebih tahan lasak. Menurut Samsung kerangka baru ini lebih tahan lentur berbanding yang digunakan pada S8.

Hasilnya ialah Galaxy S9 dan S9+ adalah sekitar 0.5 mm lebih tebal berbanding kedua-dua model S8. Sungguhpun begitu, kami masih merasakan anda perlu membeli kerangka (protector) apabila menggunakan peranti yang mempunyai permukaan kaca yang luas sebagai insuran keselamatan.


2. Telefon Pintar Dengan Pakej Fungsi-Fungsi Tambahan Yang Hampir Sempurna

Lima tahun yang lalu telefon pintar hanya perlu mempunyai kamera yang baik, pemproses paling berkuasa dan storan serta RAM yang besar untuk layak dikategorikan sebagai peranti utama. Kini untuk melayakkan diri sebagai peranti utama, pelbagai fungsi lain perlu disertakan.

Samsung Galaxy S9 dan S9+ kedua-duanya menawarkan kemampuan kalis air IP68, mod desktop, imbasan anak mata (iris), pengimbas cap jari, mpengesan nadi, sokongan VR, skrin HDR, sokongan kad mikro-SD, dwi SIM, pembesar suara stereo, pengecasan tanpa wayar, NFC, Bluetooth 5.0, pengecasan pantas dan bicu audio.

Banyak peranti-peranti utama lain sudah tidak menawarkan bicu audio. Masih ada juga yang masih belum kalis air. Harga jualan Galaxy S9 bermula dari RM3299. Sekilas pandang nampak mahal tetapi kepelbagaian fungsi-fungsi tambahan yang berjaya disumbat pada peranti ini memastikan ia terasa seperti berbaloi untuk dimiliki.

Tidak melampau untuk mengatakan lebih banyak fungsi boleh dinikmati pengguna S9 dengan setiap ringgit yang dibelanjakan berbanding iPhone X.


3. Kamera Dengan Bukaan Boleh Ubah Dan Zoom Optikal

Tahun demi tahun kemampuan kamera telefon pintar semakin meningkat. Dalam kebanyakan situasi, kamera telefon pintar kelas utama (first-class smartphone) boleh memenuhi 90% keperluan harian kami sebagai wartawan teknologi. Tahun lalu Galaxy S8 mempunyai antara kamera terbaik. Kali ini kemampuan kamera telah dipertingkatkan sehingga dinobatkan kamera terbaik oleh DXOMark.

Sistem kamera boleh ubah mengubah nilai bukaan dari f/1.5 ke f/2.4 mengikut pencahayaan sekeliling secara automatik. Ini menjanjikan kemampuan mengambil gambar yang baik walaupun di dalam situasi yang gelap. Perisian kamera juga dipertingkatkan bagi mengurangkan noise pada gambar.

Pada Galaxy S9+ pula, terdapat sokongan zoom optikal 2X buat pertama kali untuk peranti Galaxy S menerusi penggunaan dwi-kamera. Ini meletakkannya setanding dengan peranti-peranti utama yang telah menawarkan fungsi ini sejak dua tahun yang lalu. Fungsi Live Focus juga hadir sekali dengan penggunaan dwi-kamera


4. Perisian Kamera Yang Dipertingkatkan Dengan Rakaman 4K 60 Dan Gerak Perlahan 960FPS

Perkakasan kamera yang baik tidak bermakna tanpa perisian yang baik. Ini ialah masalah yang sering kami temui pada peranti Sony. Pada Galaxy S9 terdapat pelbagai fungsi baru pada perisian yang memudahkan operasi kamera. Sebagai contoh kini terdapat sokongan rakaman video pada tetapan tertinggi 4K 60FPS. Aksi gerak perlahan kini boleh mencecah 720p 960FPS atau 1080P 240FPS.

Menarik mengenai mod gerak perlahan S9 ialah terdapat sistem rakaman gerak perlahan automatik. Apabila subjek memasuki bingkai berbentuk empat segi yang ditetapkan pengguna, rakaman gerak perlahan akan diaktifkan. Ia akan dihentikan apabila subjek keluar dari kotak yang sama.

Pada Galaxy S9+ pula, mod bokeh kini mempunyai fungsi baru Bokeh Filter. Bentuk sumber cahaya di dalam mod bokeh boleh diubah mengikut beberapa penuras yang telah ditetapkan. Bokeh yang terhasil kelihatan lebih artistik menggunakan mod ini.


5. Audio Stereo Dengan Dolby Atmos

Antara kekurangan Galaxy S8 ialah tiada sokongan pembesar suara stereo. Ia kekurangan yang ketara kerana sistem pembesar suara stereo telah diperkenalkan oleh HTC One M7 sejak 2013. Penantian selama lima tahun untuk fungsi ini berakhir dengan Galaxy S9. Pembesar suara yang digunakan ditala oleh AKG untuk kualiti audio terbaik serta mempunyai sokongan Dolby Atmos. Rungutan pengguna selama bertahun lamanya akhirnya didengari Samsung.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


03 March 2018

8 Khasiat 'WOW' Terung (No 8 Penting Untuk Lelaki)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1- KAYA ZAT BESI:  Dengan kandungan zat besi yang tinggi, ia membantu anda sihat dan kuat. Tidak kiralah dimasak dengan cara apa sekalipun, dipanggang atau dibuat ulam, ia paling baik untuk kesihatan tulang dan mencegah anemia.
2- RENDAH KALORI: Terung adalah sayur yang rendah kalori dan bebas lemak. Jika ingin berdiet, dengan makan terung anda lebih kenyang sepanjang hari.
3- TINGGI SERAT:  Kandungan serat yang tinggi baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.
4- MENJAGA KESIHATAN JANTUNG:  Terung mengandungi bioflaconoid yang tinggi dan ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stres. Masa yang sama membantu menurunkan kadar kolestrol jahat yang berisiko membahayakan jantung.
5- MENCEGAH DIABETES: Terung juga mempunyai serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat. Tidak hairanlah ia membantu mencegah anda dari diabetes.
6- TULANG LEBIH SIHAT DAN KUAT: Kandungan kalsium dalam terung boleh menguat sendi dan tulang.
7- MAKANAN OTAK: Kandungn nutrisi phytic dalam terung adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh otak. Jadi anda tidak perlu fikir lagi, makan sahaja terung untuk otak yang cergas dan sihat.
8- BAGUS UNTUK LELAKI ?: Banyak kajian telah membuktikan bahawa flavanoid dapat merawat serta mencegah masalah ED atau mati pucuk, apa yang menarik adalah, flavanoid yang sama terkandung dalam Terung. 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

02 March 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 11 - Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulamak, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulamak-ulamak dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.


[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)