27 February 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 10 - Salahuddin Yang Penyayang)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan terhadap orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasib baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.


[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

26 February 2018

6 Kelebihan Petola Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1- Petola adalah rendah lemak tepu dan juga rendah kalori

2- Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral seperti vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, besi dan magnesium adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.

3- Boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir. Ia mempunyai keupayaan membantu melancarkan sistem pencernaan. Selulosa yang banyak dalam sayur ini membantu anda untuk memerangi masalah usus

4- Diabetes jenis dua boleh disembuhkan dengan pengambilan petola dengan kerap.

5- Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda daripada bahan-bahan tercemar.

6- Selain itu, petola juga bermanfaat untuk mencegah keguguran rambut dan gigi, serta merangsang penghasilan susu ibu.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

25 February 2018

Top 5 Smartphone in Malaysia (February 2018)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


  1. Huawei Nova 2i



    The Huawei Nova 2i is powered by a Octa-core (4x2.36 GHz Cortex-A53 & 4x1.7 GHz Cortex-A53) CPU processor with 4 GB RAM. The device also has 64 GB internal storage + microSD (up to 256 GB) and a 5.9-inch IPS LCD capacitive touchscreen (1080 , 409 ppi) display. It has a Dual 16 MP + 2MP rear camera and supports Wifi, NFC, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Ion 3340 mAh battery at 7.5mm device thickness and weight 164g, running on Android 7.1 (Nougat).The latest Huawei Nova 2i price in Malaysiamarket is range from RM 935.

  2. Xiaomi Redmi 5 Plus



    The Xiaomi Redmi 5 Plus is powered by a Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53 CPU processor with 4 GB RAM or 32 GB, 3 GB RAM. The device also has 64 GB internal storage + microSD (up to 128 GB (uses SIM 2 slot)) and a 5.99-inch IPS LCD capacitive touchscreen (1080, 403 ppi) display. It supports Wifi, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Po 4000 mAh battery at 8.1mm device thickness and weight 180g, running on Android 7.1.2 (Nougat).The latest Xiaomi Redmi 5 Plus price in Malaysia market is range from RM 699.

  3. Xiaomi Redmi Note 5A Prime



    The Xiaomi Redmi Note 5A Prime is powered by a Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53 CPU processor with 4 GB RAM or 32 GB, 3 GB RAM. The device also has 64 GB internal storage + microSD (up to 256 GB (dedicated slot)) and a 5.5-inch IPS LCD capacitive touchscreen (720, 236 ppi) display. It has a 13MP rear camera and supports Wifi, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Ion 3080 mAh battery at 7.7mm device thickness and weight 153g, running on Android 7.0 (Nougat).The latest Xiaomi Redmi Note 5A Prime price in Malaysia market is range from RM 529.
  4. vivo V7 Plus

    The vivo V7 Plus is powered by a Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53 CPU processor with 4 GB RAM. The device also has 64 GB internal storage + microSD (up to 256 GB (dedicated slot)) and a 5.99-inch IPS LCD capacitive touchscreen (720 x 1440 pixels, 269 ppi) display. It has a 16MP rear camera and supports Wifi, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Ion 3225 mAh battery at 7.7mm device thickness and weight 160g, running on Android 7.1 (Nougat).The latest vivo V7 Plus price in Malaysia market is range from RM 1220.

  5. Oppo F5

    The Oppo F5 is powered by a Octa-core CPU processor with 4 GB RAM. The device also has 32 GB internal storage + microSD (up to 256 GB (dedicated slot)) and a 6-inch LTPS IPS LCD capacitive touchscreen (1080 , 402 ppi) display. It has a 16MP rear camera and supports Wifi, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Ion 3200 mAh battery at 7.5mm device thickness and weight 152g, running on Android 7.1 (Nougat). The latest Oppo F5 price in Malaysia market is range from RM 1098.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

24 February 2018

Pemenang (Blogger & Instagram) Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Baiklah seperti yang telah dijanjikan... Dah tiba masanya jeng jeng xberapa nak jengg.. 

Sebelum tu, minta maaf ye sebab lambat sangat umum.. huhu.. Dan pemenang bagi hadiah utama iaitu Novel diberikan kepada seorang peserta daripada Blogger dan seorang peserta daripada Instagram..

Juga, kepada yang xmenang, jangan sedih-sedih okay, korang dah menang kat hati saya... 

k chia-chia dah lepu... papepun jom tengok sapa pemenangnya... 


Bagi Pemenang Hadiah Utama iaitu Novel #MengintaiAkuDiNeraka kategori Blogger, jatuh kepada...


http://yummycoklet.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html

Tahniah kepada Sis Nur Hidayah... Semoga novel ini dapat memberikan inspirasi dan tarbiah buat diri dan berkongsi manfaat darinya... aamin... Jangan lupa email details berikut ke mohdnoorshawal@ymail.com

Nama Penuh : 
Alamat : 
Link Penyertaan : 
No fon : 
Email : 


Seterusnya bagi Pemenang Hadiah Utama iaitu Novel #MengintaiAkuDiNeraka kategori Instagram, jatuh kepada...

@maisarahsyuu_

Tahniah kepada Sis Maisarah... Semoga novel ini dapat memberikan inspirasi dan tarbiah buat diri dan berkongsi manfaat darinya... aamin... Jangan lupa email details berikut ke mohdnoorshawal@ymail.com

Nama Penuh : 
Alamat : 
Link Penyertaan : 
No fon : 
Email : 


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

23 February 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 9 - Salahuddin yang Wara’)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari dikatakan bahawa beliau telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Beliau memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, beliau sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu beliau tidak dapat sembahyang malam, maka beliau akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana beliau telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi beliau tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Beliau tidak pernah membayar zakat kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Beliau sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya beliau hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Beliau tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun beliau berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu beliau berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera beliau membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi beliau tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan wafat. Beliau sangat gemar mendengar bacaan Al-Qur’an. Dalam medan peperangan beliau duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalaman. Beliau mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Beliau juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Beliau akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, beliau akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang-kadang beliau sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang beliau berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Beliau biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika beliau berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak beliau enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Beliau menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampir subuh aku pun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum Mikraj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu, kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang aku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”


[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

22 February 2018

Lirik Autotune Band - Mengapa? (Panama Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Lagu MENGAPA ini berkisarkan tentang sebuah HADITH NABI bahawa suatu saat nanti, umat Islam akan di kerumuni oleh orang kafir, seperti mana makanan di kelilingi. PUNCANYA ialah kerana umat ketika itu terlalu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.

Dari hadith itu, kami berbincang untuk parodikan lagu yang sedang viral kini iaitu #PanamaDance bagi memberi alternatif serta mesej dakwah buat semua anak muda di luar sana.

****

Autotune Band - MENGAPA(Panama Cover)
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Matteo
TARBIAH SENTAP RECORDS

****


(Aiman luqman)
Sila sila, sila silakan dengar,
Mari mari, mari bersama dengarkan,
Tentang pelik pelik masyarakat,
yang menimpa dunia sementara ini

(Hafiz)
Kencang, bila di tegur oleh sesiapa
engkau balas "biarlah kubur masing-masing"
Kau kata:"Ala, kau bajet alim"
tapi kau boleh boom boom pula bajet jahil?

Apa yang engkau fikir?

(Aiman afif)
kau sanggup bangun pagi buta untuk pergi kerja,
namun subuh kau tinggal sahja oh teman mengapa?
Siapa tuhan kau? Allah tau harta?
Mengapa engkau jauhiNya oh teman mengapa?
Oh mengapa?
Oh teman mengapa?
Oh teman mengapa?
Oh teman mengapa?

(Aiman luqman)
Ayuh sambung!
Kini kini, kini kita di jajah,
pemikiran kita di perkosa dan,
di robek musuh untuk menghancurkan
hingga hilang jati diri sebagai hambanya!

(Hafiz)
Hingga satu saat kita di kelilingi
oleh musuh bagai makanan di kerumuni
Apakah puncanya? Cubalah engkau teka?
Semua kerna cinta dunia dan takut mati!

cinta dunia takut mati!

(Hafiz)
Berubah bukan mudah,
Kerana syurga bukannya percuma,
Dan hendak 1000 daya
Jika kau tak nak 1000 dalih kau berikan aha..


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

21 February 2018

Senarai Peserta (Blogger) Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Maaf sebab lambat update... In Shaa Allah pengumuman pemenang akan menyusul dalam masa terdekat... Senarai dibawah hanya yang join melalui blog sahaja dulu, yang join melalui instagram akan diupdate semula...


  1. http://kampung-kameq.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  2. http://pululudreams.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  3. http://www.noormaizan.com/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  4. http://yummycoklet.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  5. https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  6. http://misseffah-ara.blogspot.com/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  7. http://herlittlehome.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  8. https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/01/giveaway-mengintaiakudineraka.html
  9. http://kasihkuamani.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  10. http://www.ciktie.com/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  11. http://farahanasharif.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  12. http://queensyanis.blogspot.my/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  13. http://www.sayidahnapisah.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  14. http://www.apekinah.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  15. http://www.leaazleeya.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  16. https://at-tarmizi.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  17. https://jombercontest.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  18. http://farhannajafri.blogspot.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  19. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  20. http://mydadue.blogspot.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  21. http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  22. http://cikrikaa18.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  23. http://ciknurul23.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  24. http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  25. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  26. https://z3tty.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  27. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  28. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  29. http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  30. http://www.mrspip.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  31. https://belogsjm.blogspot.com/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  32. http://princessdreamerdairy.blogspot.my/2018/02/giveaway-giveaway-novel.html
  33. http://byshaz.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html
  34. http://www.ayokedo.com/2018/02/Giveaway-Novel-MengintaiAkuDiNeraka.html
  35. http://realsviors.blogspot.my/2018/02/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Perodua Bagi Angpau RM2018 untuk Axia, Bezza & Alza !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Sesiapa yang ada hasrat nak beli kereta baru tu boleh lah try usha kat Showroom Perodua yang terdekat dengan rumah korang ^^...

Dapatkan tawaran angpau bernilai hingga RM2,018 jika anda membuat tempahan Axia, Bezza dan Alza di showroom Perodua yang berhampiran dengan anda sekarang!

*Penebusan tunai layak untuk model 2017 dan varian yang terpilih sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk makluman lanjut boleh juga ke website rasmi >PERODUA<




اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

20 February 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 8 - Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*gambar hiasan sumber google image


Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul fiqh dan juga tafsir Qur’an.

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

19 February 2018

Tutorial : Ubah Favicon Blog

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Okay nak ubah x? haa jom! senang je In Shaa Allah... Sebelum tu, korang tahu x apa jadah yang nama Favicon ni? Favicon ni icon yang keluar kat tab browser bila blog kita dah habis loading... gitu ar..



  1. Log in akaun Blogger korang > Layout
  2. Klik "Edit" dibahagian Favicon


  3. Upload gambar yang korang nak jadikan sebagai favicon tu dengan klik "Upload File"


  4. Dah upload, klik "Save"
  5. Selesai 

18 February 2018

Tutorial : Block/Hide WhatsApp Status To Specific Contacts

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Okay hari ni nak share tutorial cam ne nak hide status kita daripada dilihat oleh orang yang kita xnak dia lihat hehehe...

  1. Buka app whatsapp anda
  2. Klik "STATUS"


  3. Klik button menu tiga titik memanjang tuh

  4. Klik "Status privacy"

  5. Pilih "My Contacts except..."

  6. Pilih Contact yang korang nak hide status korang dari dinampak oleh dia/mereka hahahaha (rasa jahat pulak tetibe)

  7. Done


17 February 2018

7 Khasiat Buah Limau Mandarin Yang Patut Anda Tahu !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Haa bila sampai je Tahun Baru Cina, mesti dapat or beli buah limau mandarin ni kan... Saya pun agak gilakan juga buah ni bila sampai musimnya, sebab bukan selalu ada kan huhu.. Papepun, pernah tak terfikir apa kebaikan buah limau mandarin ni? Haa... meh baca...

1- Kaya dengan Vitamin C
Dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.


2- Kandungan Kalsium yang Tinggi
Dapat menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.


3- Mengandungi Asid Folik @ Vitamin B9
Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Ia juga merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. 

4- Mengandungi Pektin
Pektin adalah serat tinggi yang larut dalam air yang telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.


5- Berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.

6- Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.

7- Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus ini amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

16 February 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 7 - Kesungguhan dan Semangatnya)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*gambar hiasan sumber google image


Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku apabila aku menunggang kuda”.

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.

Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah SWT ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.

Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam-kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

15 February 2018

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


( https://i.imgur.com/XYTZqwn.jpg )

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka !!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...

Penyertaan Terbuka buat semua followers @jambukubest dan pembaca setia/blogger di www.mohdnoorshawals.com sahaja!!!

nak join? ikut je langkah simple dimple dibawah okey? :D

  1. Follow blog Shawal
  2. Like fanpage || 
  3. Follow Instagram @jambukubest & @mohdnoorshawals
  4. Add google+ : +Mohd Noor Shawal
  5. Buat entry tajuk "Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka"
  6. Letak banner diatas dan backlinkkan ke blog ni atau copy paste je kod di bawah
  7. Dah siap, publish then komen link penyertaan di entri ni.. Done..

Tamat: 15 Februari 2018

Kepada blogger yang telah menyertai penyertaan melalui blog juga dibenarkan untuk menyertai penyertaan ini melalui IG... Untuk penyertaan melalui IG, klik >>> Penyertaan Melalui IG @JamBukuBest

14 February 2018

Kenapa Earning Nuffnang Lambat Naik ? Kenapa Iklan Nuffnang Tidak Muncul Dalam Blog ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Okay hari ni nak share tentang ramai blogger yang menggunakan perkhidmatan Pengiklanan Encik Nuffnang dah give up or fed up sebab earning yang lambat and kekadang iklannya tidak muncul di blog...

First of all, saya share ni atas dasar ilmu yang sikit je tau.. Belum ckup berpengalaman sangat pun dalam dunia blogging ni, baru 7 tahun je hehehe...


Masalah Earning Lambat Naik

Okay, korang yang baru berkecamuk dalam dunia blogging and baru mula gunakan perkhidmatan nuffnang ni kene paham, bahawa penting untuk korang jaga views blog korang... Kita nak earning laju, tapi kita tak promot blog atau artikel yang kita dah promot.. Then kita expect siapa yang nak baca apa yang kita dah tulis kalau kita tak promot? Then siapa lagi yang nak view iklan yang telah diletakkan dalam blog tu kalau tak de siapa pun yang baca artikel korang?

So jangan salahkan pihak nuffnang.. saya bukan nak backup encik nuffnang ni ke apa, earning saya pun selalu lambat, but saya paham silap saya sendiri berkenaan pageviews blog saya.. Tapi saya sedang berusaha kearahnya.. Walaubagaimana pun, saya rasa bersyukur jugak kat nuffnang ni tau, sebab tak kisah lah pageview kita macam mana teruk sekali pun, mereke still terima kita untuk pasang iklan dorang kat blog kita... Daripada situ, kita pun dapat ar earning sikit-sikit lama-lama jadi bukit tu.. Walaupun slow traffic blog, they still provide us.. Cuba dibandingkan dengan Google Adsense, mereka meletakkan macam-macam syarat tau untuk sesebuah blog pasang iklan dorang, but nuffnang, korang baru buat blog semalam, hari ni korang dah boleh pasang iklan dorang.. Tidak ke patutnya bersyukur je? Hahahaha faham x maksud saya? Hopefully anda faham lah..

"So Shawal, apa conclusion berkenaan earning ni?" My conclusion is, its up to u all punya effort lah.. Penulisan yang baik, traffik yang baik, In Shaa Allah masyuk je... Ramai je kot blogger yang berjaya kumpul 4 angka dengan Nuffnang, they can, so why not us? So in the end, it all depends on us and our rezeki... Berusaha je okay, selebihnya serahkan padaNya..


Masalah Iklan Nuffnang Tidak Muncul Dalam Blog

Okay untuk kes yang ini, apa yang saya boleh katakan mengikut pengalaman seciput sejak lama guna Nuffnang ni, ada dua kemungkinan kenapa Iklan Nuffnang tidak muncul dalam blog korang...

First, ada kemungkinan diantara korang yang tukar link blog, even sepatah perkataan korang buang atau tambah dalam link baru blog korang... kalau ada yang beli domain .com ke apa ke saya xpasti pulak dia akan effect atau tidak, papepun just update je link blog korang kat profile akaun nuffnang korang once korang wat pape perubahan pada link blog korang..

Second, mungkin sebab cache browser korang.. xnak cite panjang pasal part ni, korang just ikut je tutorial yang saya dah buat sebelum ni depends on browser yang korang guna >>Tutorial : Clear Browser's Cache, Cookies, & History (Chrome, Firefox, Safari, Opera, Internet Explorer)



Hopefully membantu korang untuk terus jangan give up guna Nuffnang hahahaha mcm promot apa pulak.. sebab bukan apa, bende free kot provider dia, xperlu daftar apa pun, just up to us je nak usaha cam ne, betul x? Papepun tu je ar dulu ye.. Semoga bermanfaat In Shaa Allah.. :)