31 January 2018

Fenomena Gerhana Bulan Penuh | Cara Mengerjakan Solat Sunat Gerhana Bulan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala Bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak). Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan.  Maklumat Gerhana adalah seperti berikut:





Cara Mengerjakan Solat Sunat Gerhana Bulan

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."



Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama
  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa Iftitah.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara dua sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  7. Iktidal.
  8. Sujud dan membaca tasbih.
  9. Duduk antara dua sujud.
  10. Sujud kembali.
  11. Membaca tasyahud akhir.
  12. Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

30 January 2018

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 2 - Pertukaran Hidupnya)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*gambar hiasan sumber google image

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku." Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

29 January 2018

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

PENCARIAN BLOGLIST 2018

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

JOM JOIN :D
(klik banner kalau nak join)

28 January 2018

6 Tips Menjauhi Sifat Sakit Hati

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa sakit hati  ini juga adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya. Na’udzubillaahi mindzaalik. Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?


Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Jangan Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.

Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

"...dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..."
(49. Hujurat, ayat 12)

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.”
(HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati dengan Berwudhu'

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun berleluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.” 

Jika rasa diri hendak marah berwudhuklah, kerana Nabi SAW pernah bersabda,

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedangkan syaitan diciptakan dari api, dan sesungguhnya api hanya bisa dipadamkan dengan air, oleh kerana itu barang siapa marah hendaklah ia berwudhu". (HR.Abu Dawud)

4. Memupuk Sifat Pemaaf

“Jadilah engkau seorang pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
(7. Al-A’raf : 199)

Allah SWT Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu keampunanNya selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. In Shaa Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang dan tenang

Rasulullah SAW bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaullah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.”
(HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Jauhi Berprasangka Buruk

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,...."
(49. Hujurat, ayat 12)


6. Jangan Mengumpat

Firman Allah SWT juga dalam ayat yang sama...

"...dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain..."
(49. Hujurat, ayat 12)

Ya Allah.. Jauhilah kami dari sifat terkutuk ini... Aamin... :(

27 January 2018

Kenikmatan Hidup Dibawah Bayangan Al Quran

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil.

Aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak kanak.

Aku merasa terkejut dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang sangat kotor dan penuh penyakit ini?

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhurkan, memberkatkan dan membersihkan usia seseorang?

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.

Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan-tanggapan jahiliyah yang dihayati oleh umat manusia di timur dan di barat, di utara dan di selatan.

Kemudian aku bertanya, "Mengapakah manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah.

Kemudian aku melihat keadaan simpang siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dari undang undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat, yang diajarkan kepada mereka dalam kewujudan fitrah semulajadi mereka.

Lalu aku berkata di dalam hatiku : "Syaitan manakah yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?"

Alangkah ruginya manusia!

[Tafsir Fi Zilalil Quran - Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah]


Kalau dibaca dengan penuh penghayatan, pasti terobek qolbu... :(

26 January 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi (Episod 1 - Tentang Beliau)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)

[Al Kisah] Salahuddin Al - Alyubi Episode 1 - 8 (List Penuh)

25 January 2018

Lirik Rabithah - Diversiti

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


DIVERSITI mengisahkan tentang bagaimana kita mengurus perbezaan pendapat di kalangan masyarakat. Kadang, berbeza itu satu anugerah. Namun, ia boleh jadi satu musibah andai emosi mengatasi segalanya.

*****

Rabithah- DIVERSITI
Lirik: Akmal Mustafa
Lagu: Akmal Mustafa
(TARBIAH SENTAP RECORDS)
Producer: Akmal Mustafa
Mixing & Mastering: Amin Nordin

***** 

(AKMAL)
Dihamparkan berbagai titian
Di atas seribu lagi landasan
Maaf pilihanku satu jalan
Jauh kembaraku satu tujuan

(YASIN)
Zahir pilihan sarat rintangan
Ku lihat dasarnya ada impian
Tertanam sedari azali dan menyubur
pada yang merasainya

(KORUS)
Ku bahgia berposisi 
Kan ku terus eksplorasi
Tuk sedia menghadapi realiti

Ooo..ooo.oo

(AKMAL)
Kembara jalanan penuh andaian
Tiada tahu, lihat tau rasakan
Bahkan tiada dapat membuktikan
Tujuan sama kita menyatukan

(MAHDI)
Sesekali pernah tersasar berjalan
Hadapi sukar menanti kebahgiaan
Hijrah dari andaian mencari keyakinan
Ooo..oo

(KORUS)
Ku bahgia berposisi 
Kan ku terus eksplorasi
Tuk sedia menghadapi realiti
Merai diversiti
Bukanlah dengan emosi
Hidup kita berarti
kan saling lengkapi

Oooo uuu..

(RID)
Ooo oo ooo Yeah..

(MAHDI)
Seluruh hidup ini
Adanya posisi
Saling melengkapi
Tuk menghadapi realiti

(KORUS)
Ku bahgia berposisi 
Kan ku terus eksplorasi
Tuk sedia menghadapi realiti
Merai diversiti
Bukanlah dengan emosi
Hidup kita berarti
kan saling lengkapi

Ooo.ooo.oo

(AKMAL)
Raikan diversiti, yeah!

(KORUS)
Ku bahgia berposisi..

(HAKIM)
Terus bereksplorasi,
Tuk bersedia menghadapi realiti!

(KORUS)
Merai diversiti..

(YASIN)
Oo.. Bukanlah dengan emosi,
Hidup kita berarti,
Kan saling lengkapi!

Ooooo yeay..

(HAKIM)
Oooo ..

24 January 2018

[THE MEN] 3 Tips Travel In Style – Make An Impression

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Regardless if it’s a summer or winter trip, an adventure or luxury one, or a countryside or city break, one of the best parts of traveling is the 'style'. While some are the type to pack a week or more in advance, others can be quite spontaneous about it – either way, throwing in some of your most stylish elements is always a good idea.

There’s something about the freedom of traveling that allows us to take on a different persona when abroad; some of us become more trendy and outgoing, or others may in fact adopt a free-spirited style that looks relaxed and easy going. Whichever you choose, embrace your holidays and get creative with your style – you never know what kind of opportunities are awaiting you. Here are some tips to keep in mind while packing :


1) Leather Travel Bags


First thing’s first, your travel bag is the ultimate statement when it comes to traveling in style. Airports these days are becoming trendier and trendier, as you’ll likely see a lot of designer bags on the baggage carousel. To impress, look into leather duffle bags from designers like Montblanc and you’ll be sure to not only account for convenience but also style too. A trendy leather travel bag will always attract compliments and make a great first impression at bus and train stations, airports and hotels worldwide. Don't have one? Get one now with a superb nice price at LAZADA Men's Bag or Zalora For Men Travel Beg.



2) The Right Clothes


Checking the weather before your trip is always a great idea. For ski and beach holidays alike, it is generally a good idea to prepare for the next ten days of the weather forecast. While style is of course of great importance, so too is comfort especially for long journeys. With sun holidays, make sure to pack the right clothes that will keep your burnt parts covered and your hot parts breezy; opt for light colors, materials like linen and a large selection of breathable shorts. With winter holidays, on the other hand, what’s important here is to bring your thermals, which will allow you to be a bit more experimental with your outer layers.



3) Comfortable Footwear


Determining what kind of shoes to bring is usually one of the most important decisions you’ll make when packing. Breaking in a new pair of hiking boots or leather loafers while away is probably not top of your list. In order to avoid this, try to make your footwear packing decisions a little less spontaneous. Men’s boater shoes, desert boots and clean sneakers never seem to go out of trend and are always a safe bet.


23 January 2018

13 Adab Murid Terhadap Guru Yang Perlu Diterapkan Semula !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Memandangkan zaman sekarang rasa hormat terhadap guru semakin pudar bahkan semakin parah, maka eloklah kita & masyarakat keseluruhannya merenung kembali adab2 terhadap guru, bukan sahaja buat murid, bahkan buat ibubapa murid.

Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab seorang murid terhadap gurunya di dalam kitab yang bernama "Bidayatul Hidayah" sebagaimana berikut:-


1. Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.

2. Jangan banyak bercakap di hadapan gurunya.

3. Jangan ia bercakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

4. Jangan bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5. Jangan ia menyangkal guru (menunjukkan rasa tidak puas hati).

6. Jangan ia menunjukkan bahawa ia lebih pandai daripada gurunya.

7. Jangan berbisik dengan orang disebelahnya ketika guru sedang mengajar.

8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan, tetapi hendaklah tunduk @ menumpukan perhatian kepada gurunya.

9. Jangan ia membanyakkan soalan ketika gurunya sedang letih.

10. Apabila gurunya berdiri (jika sebelumnya sedang duduk/guru hendak beredar dari kelas), hendaklah ia berdiri sebagai menghormatinya.

11. Jangan bertanya ketika guru sedang beredar dari majlis.

12. Jangan bertanya kepada guru di tengah jalan sebelum ia sampai kerumah @ tempat duduknya.

13. Jangan  ia berburuk sangka terhadap gurunya.


Semoga kita dapat menerapkan rasa hormat terhadap guru dalam diri kita, serta masyarakat keseluruhannya, terutamanya Ibubapa yang membaca artikel ini, mulakan tindakan anda dengan mengingatkan anak-anak anda tentang adab-adab di atas agar kita dan anak-anak anda beroleh keberkatan ilmu dari Allah SWT.

Wallahu a'lam...

22 January 2018

7 Tips Solat Di Awal Waktu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop atau apa jua pekerjaan, apabila kita mendengar azan, latih diri untuk terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

“Save” segala kerja dan terus bersedia untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.


#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.

Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya. Mudah cerita, jangan ada apa jua urusan lain yang boleh mengganggu kita untuk solat di awal waktu.


#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian. Apalah sangat download app yang saiz kecil ini berbanding app facebook/instagram yang bersaiz lebih besar belum termasuk 'cache' gambar-gambar anda. 

Sebagai cadangan app yang terbaik buat pengguna smartphone Android adalah >>> Waktu Solat Malaysia


#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

Antaranya adalah : 

“Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”. (HR At-Tirmidzi dan Abu Daud)


#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

Jika dah berjaya biasa solat awal waktu nanti jangan lupa ajak kawan yang xbiasa solat awal untuk solat awal juga, In Shaa Allah hari ni kita mengingatkan diasambil mengingatkan diri kita, esok lusa dia pulak yang ingatkan kita.. 


#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat. Jangan mudah terpengaruh dengan orang yang anggap solat itu sebagai 'bende remeh', anda harus kuat dulu! Dah kuat nanti, ajak atau tunjuk contoh yang terbaik kepada mereka yang anggap solat sebagai 'bende remeh' ni, lama-lama In Shaa Allah mereka akan ikut anda pula..


#7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.

Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti, kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu. Yang penting ada usaha dan kesungguhan, In Shaa Alah lama-lama jadi mudah n terlekat dengan berjemaah di masjid/surau terdekat.


Semoga bermanfaat dan dipermudahkan.. Aamin..

15 January 2018

6 Cara Elak Lipas Berkeliaran

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Fuh seksa teramat masa nak update gambar kat atas ni.. Lagi-lagi masa nak letak watermark blog kat gambar atas.. woooo.. Sebab apa? Sebab binatang ni antara musuh utama aku di mana jua aku berada.. ^^ Rumah, asrama ke mana mana ke, sekali terserempak, jangan harap aku akan lepaskan, terus lari cari shieldtox and fuhhhhhhhhhhh, mampus kau sana, paling bahagia bila tengok dia dah terbalik, haaa lagi aku sembur habis-habisan...

Sorry aku ni memang pembunuh lipas bersiri... So korang yang penah duk asrama ngan aku especially masa Matrik dulu n UKM sekarang, kalau jumpa lipas mati bebanyak + bau shieldtox, haaa tu keje aku lah tu... HAHAHAHAHAHA... Aku buat time semua orang dah tido, aku ada satu habit, suka mandi sebelum subuh, around kul 3-4 pagi gitu, mostly orang tido time ni, time ni ar aku mandi, and time ni ar aku akan terserempak ngan musuh-musuh aku ni, memang silap hari bulan dorang ar... sambil-sambil mandi tu aku berzikir ar, "Please jangan ganggu aku, and just stay there, kejap je please kejap je, just stay there".. abis je mandi, balik bilik, campak barang mandi semua, amik shieldtox, tengok dia 'stay there' lagi, aku pun fuhhhhhhhhh "padan muka kau!" HAHAHAHAHAHHAHAHAHA

Btw, tu bukan objektif utama artikel hari ni, macam nak reveal pembunuhan yang aku buat selama ni pulak... hahahaha.. Pape pun, aku baru tahu ada 6 lagi Cara Elak Lipas Berkeliaran, which is lebih mesra alam ar gitu... And yes, alternatif lain supaya anda dan saya tak 'terserempak' ngan binatang durjana ni hahahaha.. jom baca! ^^

1➡️ Dapatkan segenggam bunga cengkih dan segenggam garam Epsom. Campurkannya dan letakkannya di dalam piring-piring yang ditempatkan di lokasi persembunyian lipas yang biasa (kawasan gelap, panas dan lembap). Antara lokasi yang sesuai ialah; di belakang mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar. Jangan lupa bahagian dapur dan kawasan di bawah singki bilik mandi.


2 ➡️ Titiskan beberapa titik minyak bunga cengkih  di sudut-sudut dan lubang -lubang tersembunyi di celah-celah dinding dan di dalam kabinet dapur.


3 ➡️ Lipas tidak sukakan bau daun bay (bay leaf). Hancurkan beberapa helai daun bay dan taburkannya di mana-mana lokasi yang anda nampak lipas berkeliaran. Daun bay boleh di dapati di seksyen rempah ratus di pasaraya. Ia biasa digunakan dalam masakan Mediterranean.


4 ➡️ Boraks atau asid borik adalah sangat berkesan terhadap lipas. Taburkan boraks di sekitar tempat lipas di kesan. Tetapi awas, boraks yang berlebihan adakah bersifat toksik kepada manusia. Elakkan dari meletakkan boraks di kawasan di mana kanak-kanak atau haiwan peliharaan bermain, tidur atau makan. Boraks boleh di dapati sebagai bahan kimia di kedai peralatan makmal atau sebagai bahan di dalam sabun pencuci kain.


5 ➡️ Anda juga boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman.


6 ➡️ Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.


Selamat Mencuba! Jangan lupa share feedback kat aku k hehehehe ^^

-LifeHealthMagazines

14 January 2018

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG bersertaEMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018