29 October 2017

12 Perkara Kita Tahu Tapi Kita Tak Peduli (Gi mampus, kisah apa aku?)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1- Kita tahu, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat dibanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di Masjid atau Surau.

2- Kita tahu, bahawa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3- Kita tahu, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4- Kita tahu, bahawa orang yang berpuasa sunat kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tak nak menahan lapar.

5- Kita tahu, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu Malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6- Kita tahu, bahawa siapa yang membantu membangunkan Masjid kerana Allah SWT walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan Masjid, walaupun hanya dengan beberapa sen atau ringgit.

7- Kita tahu, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8- Kita tahu, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9- Kita tahu, bahawa Haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakan Haji, padahal kita mampu melaksanakannya.

10- Kita tahu, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah orang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam, walaupun sedang dalam segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam malah tidak ada usaha untuk melaksanakannya.

11- Kita tahu, bahawa hari Kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah SWT akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12- Kita sering menyaksikan orang-orang yang kita kenal dan kita sayangi meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

- Datok Zuahir Albantani

Semoga dapat 12 perkara yang kita tahu diatas kita berusaha untuk mempedulikannya dalam diri kita... :(

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan... :'(

28 October 2017

3 Nota Penting Tazkirah Subuh Ustaz Rusdi Alias

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1.  Berusahalah untuk meninggalkan sifat nifaq (sifat munafik) dalam diri kita. Rasulullah mengajar kita macam mana nak tinggalkan sifat ini. 

Antaranya melalui intipati hadis Rasulullah sallahu alayhi wasallam, Nabi pernah sebut yang sesiapa yang mendapat solat berjemaah selama 40 hari (TANPA MASBUK), maka akan terlepas dari sifat nifaq (HR Tirmizi) dan lepas dari azab Neraka.

Usahalah sekurangnya menjaga solat subuh dan isyak berjemaah, terutama bagi lelaki, tanpa masbuk, di surau dan masjid.

2. Saidina Ali pernah memberikan kata-kata yang lebih kurang,

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dunia dan akhirat, mesti melakukan 3 perkara ini,

a) Menerima segala Qada' (ketentuan Allah) di dunia.
b) Bersabar dengan segala bala (ujian) yang datang menimpa.
c) Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi.

Syeikh Mutawalli Sya'rawi pernah sebut lebih kurang,

"Setiap bala (ujian) yang kau jumpa, hadapinya dengan senyum dan senyap. Kerana bila kau senyum (berfikiran positif), ia akan menghentikan masalah itu. Dan bila kau senyap (diam untuk berfikir menyelesaikan masalah), kau akan melangkahi ujian itu hingga ke belakang."

3. Jangan jadi bebanan kepada dunia, tetapi jadilah manusia yang bermanfaat kepada sekeliling. Dalam satu syair Imam Rofi'e yang lebih kurang,

"Jadilah engkau manusia yang memberi manfaat kepada dunia, dan jangan menjadi lebihan (bebanan/sampah) kepada dunia.."

Dalam hidup ini, kita cuma ada 2 pilihan saja,

Sama ada memberi manfaat pada orang sekeliling walau di mana pun kita berada, atau tidak memberi manfaat (bahkan lebih hina adalah menyusahkan pula) orang sekeliling walau di mana pun kita berada.

Wallahu'alam.

-Shukery Azizan-


23 October 2017

El Helwa Century Buat Promosi Gila !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Seperti yang pernah diupdate sebelum ini dalam satu post berkenaan "Review Blouse and Pallazo by El Helwa Century"... Blouse dan Palazo daripada El Helwa Century ini semakin mendapat perhatian ramai... Dan yang lagi mengejutkan, El Helwa Century mengumumkan promosi yang mengejutkan kepada peminat-peminat produk mereka selama tujuh hari yang bermula hari ini, 23 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017 !


Light bulb Jom lihat harga-harga promosi yang ditawarkan oleh mereka dibawah... Light bulb


Harga PALAZO cuma RM 23.00 RM 55.00
Harga BLOUSE cuma RM 39.50 RM 79.00



Haaa... gila xgila kau hahahha.. Cepat grab... Hanya 7 Hari je tau!

WhatsappWhatsapp Cepat !! Whatsapp

Kepada yang nak tengok testimonial customer boleh klik sini >>> Review Blouse and Pallazo by El Helwa Century
Kepada yang nak usha design-design produk El Helwa Century ni boleh pegi ke FB Official mereka >>> El Helwa Century


19 October 2017

Menyambung Pengajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia - BSc with Honours (Bioinformatics)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Yup, seperti yang tertulis di tajuk atas.. aku kini di UKM..hahaha dah masuk bulan 8 hari tu actually, tapi disebabkan kekangan masa, xsempat nak wat post pasal ni... and yeah, here I am now...

Lepas tamat pengajian selama setahun di Kolej Matrikulasi Selangor, aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di salah satu Research University tanah air, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia...

Perasaan? wuuu xtahu nak cakap apa weh... memang daripada matrik lagi memang nak masuk UKM ni... kenapa? entah aku sendiri pun xthu kenapa... so bile check UPU, tengok dapat apa yang kau nak sangat tu, apa perasaan kau? bersyukur gileeee kan? haa cam tu ar aku pun hahahaha...

Untuk first year ni aku ditempatkan one of the most awesome Residential College, yeahhh KOLEJ RAHIM KAJAI, None But The Best tagline nya.. mesti ramai yang curious berapa ramai roommate kan? satu bilik ada dua orang je... and sapa lucky dapat lah bilik yang ada balcony, macam bilik aku, hahaha petang-petang boleh lah lepak kat balcony tu, tengok-tengok keindahan ciptaan Tuhan gitu...^^


So far best lah belajar di UKM ni, kawan best, pensyarah best, course best, roommate best, bilik best hahahaha, suasana U yang best, masjid best, surau best, haaa apa lagi kau nak? semua best ar Alhamdulillah...


Okay next, berkenaan program pula, aku ditawarkan untuk menyambung program Bioinformatics di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST)...

Mesti ramai pelik, Bioinformatics? Jadah apa tu, xpenah dengar pun... xpe aku paham, even parent aku pun kene confirmkan banyak kali ngan aku sebab pelik bebenor namanya gitu.. hahaahah

Image result for fst ukm

Kenapa aku bersyukur sangat dapat course ni adalah memang sejak di matrik lagi, aku suka sangat ngan dua subjek ni, memang gila-gila and enjoy ar study walaupun result kekadang hambar hahahaha... Yes, it was Computer Science and Biology... So, bioinformatics ni nak dimudahkan cite, ia merupakan satu course yang menggabungkan kedua-dua bidang ilmu Sains Komputer dan Biologi....

Alhamdulillah katanya di Malaysia, semakin diperlukan graduan course ni, Wallahualam ar... sebab IT kan sedang giat berkembang, even dalam bidang Biologi juga tidak terlepas, sesuai dengan zaman IT ni, dia pun nak ber-IT... tu yang jadinya Bioinformatics...

Image result for bioinformatics

Program aku ni adalah 3u1i... iaitu 3 tahun di Universiti dan 1 tahun industri.. so total yeah, 4 tahun... kalau dulu xsilap, course ni 3 tahun je, satu sem je kat industri, tapi mulai batch aku ada perubahan, xpe ar, best jugak apa, boleh belajar banyak mende...

so far untuk sem 1 ni subjek wajib aku microbiology ngan cell biology je.. cell biology je mostly belajar balik apa yang kat matrik je... kalau microb ni pulak macam banyak ar sikit bende baru sebab kau belajar pasal bacteria, fungi and etc., kalau dalam bahasa orang kampung, kau belajar pasal kuman ar beb...

so far memang enjoy ar dua dua subjek ni... sebab ye lah belajar lebih mendalam right, so banyak persoalan semasa di matrik dulu terjawab disini... actually kami ada amik subjek programming jugak, tapi semua kene drop sebab bertindih ngan lab microb kami, tapi kata Ketua Program Bioinformatics kami, pelajar Bioinformatics akan amik subjek ni sem depan... so memang xsabar jugak lah, sebab kat matrik dulu pun memang happy-go-lucky je ngan C++ ni...^^

fuh... rasanya tu je ar kot takat perkongsian aku.. In Shaa Allah ada masa lagi aku share... tq sudi baca hehehhe, jarang aku berleter macam ni hahahha

18 October 2017

4 Function of Capsule in Bacterial Cell

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



The capsule—which can be found in both gram negative bacteria and gram positive bacteria—should not be confused with the second lipid membrane (or bacterial outer membrane), which contains lipopolysaccharides and lipoproteins and is found only in Gram-negative bacteria. When the amorphous viscid secretion (that makes up the capsule) diffuses into the surrounding medium and remains as a loose undemarcated secretion, it is known as slime layer.
A bacterial capsule has a semi-ridged border that follows the contour of the cell. The capsule excludes India Ink when dyed. A slime layer is a non-ridged matrix that is easily deformed and is not able to exclude India Ink. Biofilms are composed of many cells and their outer barriers. The primary functions of both capsules and slime layers are for protection and adhesion.
4 Function of Capsule in Bacterial Cell includes ;
  1. The capsule is considered a virulence factors because it enhances the ability of bacteria to cause disease (e.g. prevents phagocytosis). 
  2. The capsule can protect cells from engulfment by eukaryotic cells, such as macrophages.
  3. Capsules also contain water which protects the bacteria against desiccation. They also exclude bacterial viruses and most hydrophobic toxic materials such as detergents
  4. Capsules also help cells adhere to surfaces.

15 October 2017

Hati Yang Keras ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم sentiasa mengingatkan kepada umatnya berkenaan dengan hati seseorang manusia, akan tetapi hati yang mana Allah سبحانه وتعالى berikan kepada manusia ini? kadang kadang boleh bertukar daripada lembut kepada keras. Persoalannya disini, kenapa hati manusia ini boleh menjadi keras?

Jawapannya ialah sepertimana yang termaktub di dalam Hadith yang berbunyi, daripada Ibnu Umar رضي اللَّه عنه وأرضاه berkata, Sabda Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم, "Janganlah kamu memperbanyakkan bercakap selain untuk berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى itu, adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras dan sesungguhnya sejauh jauh manusia daripada Allah سبحانه وتعالى adalah mereka yang berhati keras". Hadith Riwayat Tirmizi.

Maka benarlah sabda Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم. Ketandusan jiwa pada hari ini adalah merupakan satu penyakit yang sangat nampak sekali di tengah-tengah masyarakat di zaman ini. Ramai manusia yang berada di luar sana banyak yang bersusah hati, keluh kesah gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran di dalam kehidupannya.

Walaupun telah memiliki segala macam kemudahan bahkan jutaan wang yang dimilikinya, namun segala perasaannya yang telah dimiliki masih belum dapat dirasainya. Ini semuanya berpunca daripada apa? Tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada hati yang keras, jiwa yang tandus, mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah سبحانه وتعالى, dan banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah, yang tidak ada hubung kaitnya dengan Allah سبحانه وتعالى.

Oleh itu, orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى, hendaklah seseorang itu menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang boleh mendatangkan faedah untuk meningkatkan ketaqwaannya disisi Allah سبحانه وتعالى. Sebab itu bila seseorang sudah pun terkena penyakit hati yang keras ini, dia tidak mudah menerima segala nasihat daripada orang lain.

Bila disuruh baca Al Quran dia tolak, Bila ditegur dia mudah melenting, bila nasihat dia marah. Kenapa apa boleh jadi begini? Kenapa dia tidak merasakan bertuah. Sebab dia berpeluang untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى, dapat bercakap dengan Allah سبحانه وتعالى, dapat masuk di dalam Hadrah Allah سبحانه وتعالى tapi dia tidak dapat rasa nikmat ini ,kenapa? sebab hatinya keras.

Sebaliknya orang yang beriman yang di dalam ada hatinya yang lembut disisi Allah سبحانه وتعالى, bilamana orang seperti ini terputus hubungannya dengan Allah , dia berasa serabut, tak tenang, hati dia keluh kesah gelisah, kenapa? sebab hatinya lembut. Kalau boleh lepas solat maghrib terus nak solat isyak, lepas isyak terus nak solat subuh, nak bagitahu bahawa takutnya dan risaunya dia kalau terputus hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى.

Sebab itu Allah سبحانه وتعالى berfirman, Ingatlah kepada Allah dalam setiap keadaan. Tapi kadang kadang kita ingat Allah bila keadaan kita susah sahaja, bila senang lupa, bila jatuh sakit baru nak ingat Allah سبحانه وتعالى , bila sihat lupa. Jangan begitu, Sihat ke senang ke, ingatlah kepada Allah سبحانه وتعالى supaya dihujungnya nanti kamu mendapat kejayaan dunia dan Akhirah.

Mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى menyelamatkan kita daripada terkena hati yang keras, hati yang mudah mati dan tidak berpaling daripada mengingati Allah سبحانه وتعالى.

آمين اللَّهم آمين برحمتك يا أرحم الراحمين"

- Ustaz Mohd Zulfadhly Mohd Zaki

08 October 2017

Stronger (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
28 Sep 2017
Language
English
Subtitle
-
Genre
Biography / Drama
Running Time
116 minutes
Director
David Gordon Green
Cast
Jake Gyllenhaal, Tatiana Maslany, Clancy Brown
Distributor
TGVP
    Synopsis :
A victim of the Boston Marathon bombing in 2013 helps the police track down the killers while struggling to recover from devastating trauma.

Rafathar (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
28 Sep 2017
Language
Indonesian
Subtitle
English / Malay
Genre
Action / Comedy
Running Time
91 minutes
Director
Bounty Umbara
Cast
Rafathar (anak Raffi Ahmad), Raffi Ahmad, Fazura, Babe Cabita, Nagita Slavina,
Distributor
ANTENNA ENTERTAINMENTS
    Synopsis :
Jonny Gold and his partner Popo Palupi are professional burglars who indiscriminately target both high profile entities and low-lives alike. However, this time they got assigned to kidnap a baby named RAFATHAR, adopted by a well-to-do family. Unknowned to them, the baby that they kidnap possesses a superpower, one that enables the baby to telekinetically control metal objects. Hilarious moments abound in this rough-and-tumble kidnapping, until Jonni Gold and Popo Palupi realize Rafathar's presence has leave a deep impression in their hearts. Their journey gradually reveals a greater machination beyond their initial understanding, and the nature of RAFATHAR's superpower.

Chasing the Dragon (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
28 Sep 2017
Language
Cantonese
Subtitle
Chinese / English / Malay
Genre
Action / Crime
Running Time
128 minutes
Director
Jason Kwan, Wong Jing
Cast
Donnie Yen, Andy Lau
Distributor
Lotus Five Star
    Synopsis :
Ho (Donnie Yen) slipped into Hong Kong from Mainland China in the 60s’. At that time, Hong Kong Police Force partnered with the triads under British colonial rule. Corruption was as rampant as ever. Chief Detective Lee Rock (Andy Lau) appreciated Ho’s exceptional fighting skills and guts, thus helped him escape further torture by British Police. Ho was grateful to Rock for his help. During one of the gang fights, in order to save Rock, he even sacrificed his right leg, hence becoming “Crippled Ho”. The two had since developed a close brotherly love. And Rock helped Ho to become the No.1 leader of the drug empire. Rock and Ho became extremely powerful and separately ruled the upper-world and the underworld of Hong Kong. However, at the same time, they checked and wrestled with each other secretly to ensure the balance of power between them. Until 1974, the establishment of ICAC forced Rock to have a premature retirement. However, Ho did not want to quit, and was determined to become the sole dictator of the drug empire.

01 October 2017

Karuppan (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
29 Sep 2017
Language
Tamil
Subtitle
English
Genre
Thriller
Running Time
-
Director
R.Paneerselvam
Cast
Vijay Sethupathi, Bobbi Simha, Tanya
Distributor
Eye Eagle Holdings Sdn Bhd
    Synopsis :
Karuppan is an upcoming action thriller film written and directed by R. Panneerselvam, starring Vijay Sethupathi, Bobby Simha and Tanya in the leading roles.

Judwaa 2 (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
29 Sep 2017
Language
Hindi
Subtitle
English / Malay
Genre
Action / Comedy
Running Time
-
Director
David Dhawan
Cast
Varun Dhawan, Jacqueline Fernandez, Taapsee Pannu
Distributor
ANTENNA ENTERTAINMENTS
    Synopsis :
Two brothers (twins) born to an honest businessman are separated at birth when their father exposes a smuggling racket and a king pin. One of the brothers is thought to be dead but only resurfaces stronger after living life on the streets to reunite with his family over a sequence of events and twist of fate. Genetically bound by reflexes both the brother's lives interlink in strange ways and a comedy of errors. They eventually come together to destroy the smuggling nexus and save their family from a downfall that awaits them.

The Foreigner (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
30 Sep 2017
Language
English
Subtitle
Chinese / Malay
Genre
Action
Running Time
111 minutes
Director
Martin Campbell
Cast
Jackie Chan, Pierce Brosnan, Charlie Murphy
Distributor
GSC Movies
    Synopsis :
The IRA took his family. The police looked the other way. Now he must get revenge.