29 September 2017

Adab Bergambar Ketika Makan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Syeikhuna Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas menegur salah seorang ahbabnya adab bergambar ketika makan.

Syeikhuna berkata, mengambil gambar sewaktu orang tengah makan tidak boleh kerana mereka dalam keadaan tidak bersedia, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan orang ramai dan membuatkan Syeikhuna tidak terkejut dengan perkara ini.

Tambahan Syeikhuna lagi, mengambil gambar selepas selesai makan dalam keadaan pinggan kosong adalah perkara yang mengaibkan.

Syeikhuna berkata lagi : mengambil gambar sebelum makan adalah perkara yang baik atau pun mengambil gambar makanan sebelum makan juga perkara yang baik.

Tetapi sekiranya ingin mengambil gambar juga ketika sedang makan mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran agar semua orang berada dalam keadaan bersedia.

Syeikhuna menambah lagi : Inilah adab yang diajarkan kepada kami oleh para masyaikh kami.

Ada sesetengah Ahbab yang mengambil gambar kami dalam keadaan mulut kami terbuka dan sedang makan, sesungguhnya kami malu untuk melihat gambar tersebut kata Syeikhuna.

28 September 2017

Imam Ahmad Belajar Ilmu Tasawuf

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H) adalah seorang fuqaha yang tidak asing lagi bagi kita. Pada mulanya beliau tidak menyukai ahli-ahli tasawuf dan selalu menasihati anak lelakinya yang bernama Abdullah supaya menjauhkan diri dari ahli tasawuf.

Salah seorang ahli tasawuf yang sangat tak disenangi oleh beliau ialah Syubbán al-Rá'ie (guru Imam Syafie dalam bidang tasawuf). Imam Ahmad bin Hanbal menyangka bahawa Syubban al-Ra'ie itu seorang yang jahil yang bercakap dengan istilah-istilah tasawuf  yang payah difahami yang direka-reka sahaja.

Pada suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal bertanya satu soalan sukar dijawab kepada Syubban al Ra'ie. Disangkakan Syubban al Ra'ie tidak akan dapat memberikan jawapannya. Soalan itu ialah mengenai seorang yang telah meninggalkan satu solat dari solat fardu 5 waktu tetapi orang tersebut tidak tahu solat apakah yang dia tinggalkan itu, zohor atau asar atau subuh atau isyak atau maghrib? Bagaimanakah orang ini harus menyelesaikan masalahnya?

Syubban al Ra'ie menjawab : orang itu ghaflah, maka wajiblah ia mendidik dirinya supaya ghaflah itu hilang. Mendengar jawapan itu Imam Ahmad jatuh pengsan. Selepas beliau sedar dari pengsan itu maka beliau segera memeluk Syubban al Ra'ie. Peristiwa itu menginsafkan Imam Ahmad sehingga beliau segera belajar ilmu tasawuf daripada Abu Hamzah al Baghdadi, seorang ahli tasawuf yang terkenal pada zaman itu.

Selepas Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mempelajari tasawuf maka nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya, Abdullah adalah berlainan dari yang pernah diberikan pada masa sebelumnya. Nasihat-nasihatnya sesudah beliau belajar dan mendampingi ahli-ahli tasawuf. Antara nasihatnya itu :

"Hai anakku, wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-ahli tasawuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut kita kepada Allah, sifat kasih kita kepada Allah, taqwa kita dan keazaman kita (dalam bermujahadah di jalan Allah)".

[Risalah al Qusyairiyyah : Syeikh Abu Qasim al Qusyairi]

27 September 2017

Adab Membuka & Menutup Pintu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Apabila kamu memasuki rumah ataupun keluar daripadanya maka janganlah kamu menolak daun pintu dengan tolakkan yang ganas dan jangan pula membiar pintu itu tertutup dengan sendiri dengan kuat dan bising, kerana ini bertentangan dgn kelembutan Islam yang kamu berbangga menjadi penganutnya. Sebaliknya hendaklah kamu tutup menggunakan tangan dengan menolak lembut pintu berkenaan.

| ADAB² PILIHAN DALAM ISLAM - SYEIKH ABDUL FATTAH ABU GHUDDAH |

26 September 2017

Seruan Buat Para Mukminah Kecintaan Baginda

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambutmu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA.

Iaitu api yang kan membakar ia,
Di hari akhirat hari penentu,
Maka hanguslah segalanya, Hilanglah cantik alun rambut mu,
Tiada lagi yang menggerbang,
Tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
Hanya diri sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
Atau berdebu dengan sebab duniawi,
Riak wajah nampak tawadhu’,
Riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk.

Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerana azab masih tak terlepas dari mu,
Serupalah sahaja diri mu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat jua bersamanya rasa taqwa..

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaran Ilahi,
Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari, Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh..

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar Islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita.. Sahutlah seruan ini.

#Kredit
#Chonteng
#DeepKejap

25 September 2017

Jangan lupa DIRI

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Dunia ini Allah punya. Segala-galanya yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan, kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita manusia tidak memiliki apa-apa. Sebaliknya kita dimiliki. Walaupun kita ada mempunyai harta kekayaan dan wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, adalah milik Tuhan. Kita sebagai manusia, dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai banyak harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil dan guna sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita itu tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk kemaslahatan masyarakat. Allah SWT jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hamba-Nya.

-Ust Ahmad Rizam-

24 September 2017

Nota Kuliah Matrikulasi Sem 2 PST Matematik

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(SPECIAL) The Irregular at Magic High School: The Girl who Summons the Stars Fan Screening

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
30 Sep 2017
Language
Japanese
Subtitle
Chinese / English / Malay
Genre
Anime
Running Time
91 minutes
Director
Manabu Ono
Cast
Tatsuya Shiba, Miyuki Shiba, Mayumi Saegusa
Distributor
GSC Movies
    Synopsis :

In the dawn of the 21st century, magic, long thought to be folklore and fairy tales, has become a systematized technology and is taught as a technical skill. In First High School, the institution for magicians, students are segregated into two groups based on their entrance exam scores: "Blooms," those who receive high scores, are assigned to the First Course, while "Weeds" are reserve students assigned to the Second Course. 

Mahouka Koukou no Rettousei follows the siblings, Tatsuya and Miyuki Shiba, who are enrolled in First High School. Upon taking the exam, the prodigious Miyuki is placed in the First Course, while Tatsuya is relegated to the Second Course. Though his practical test scores and status as a "Weed" show him to be magically inept, he possesses extraordinary technical knowledge, physical combat capabilities, and unique magic techniques—making Tatsuya the irregular at a magical high school.

No Game No Life: Zero (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
16 Sep 2017
Language
Japanese
Subtitle
Chinese / English
Genre
Anime
Running Time
107 minutes
Director
Atsuko Ishizuka
Cast
Yoshitsugu Matsuoka, Ai Kayano, Yoko Hikasa, Yukari Tamura, Yuka Iguchi, Mamiko Noto
Distributor
GSC Movies
    Synopsis :
Six thousand years before Sora and Shiro were even a blink in the history of Disboard, war consumed the land, tearing apart the heavens, destroying stars, and even threatening to wipe out the human race. Amid the chaos and destruction, a young man named Riku leads humanity toward the tomorrow his heart believed in. One day, in the ruins of an Elf city, he meets Shuvi, a female exiled "Ex-machina" android who asks him to teach her what it means to have a human heart.

Thupparivaalan (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
14 Sep 2017
Language
Tamil
Subtitle
English
Genre
Action / Crime / Thriller
Running Time
159 minutes
Director
MYSKINN
Cast
Vishal, Prasanna, Vinay, Anu Emmanuel, Andrea Jeremiah, Simran, Devayani, K.Bhagyaraj
Distributor
MALIK STREAMS CORPORATION SDN BHD
    Synopsis :
Thupparivalan is a riveting detective film about an innocent question from a young boy and the Detective’s quest in finding an answer. Kaniyan Pungundran is a suave detective with an intellecthard to match. A man of fine taste, he loves his cars, clothes and gadgets to match his dapper personality. He only takes cases that are worthy of his skills. Kani is as selective with his friends as he is with the things he owns, he doesn’t settle for anything less than the best. So it would befit that he has only one true friend, Mano. Mano cannot match wits with Kani but he is everything Kani needs – a reliable, loving man who is the heart to Kani’s super brain. The unlikely duo is met with a petty thief, Mallika, a bright girl with a knack for picking pockets like no other.Fate brings these three together to win a match of chess that is at ‘check mate’. As he is going through a dry spell, an unassuming case presents itself.A boy comes to the detective’s doorstep with a simple yet heartbreaking question, “who killed my dog?” The film takes us on a journey alongside the detective as he unfolds the mystery of the dead dog. The dog leads to a tooth, the tooth leads to a stockbroker, and thestockbroker leads us to two seemingly unrelated accidents. Were these in fact accidents? Kani soon realizes that the answer to this question is the answer to the boy’s question. As any good crime would have it, there is a gang with a mastermind, Devil, who is probably as intelligent and skilled as Kani. He heads a gang of five, an old Uncle with a strange bond with his umbrella,A girl who is called BOY, a geeky tech guy with a video game obsession and a Hulk of a man who either kills or sleeps. There is a fifth member, but where is he? Thupparivalan is an exciting, racy, edge of the seat entertainer that is sure to thrill!

American Assassin (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Release Date
14 Sep 2017
Language
English
Subtitle
Chinese / Malay
Genre
Action / Thriller
Running Time
112 minutes
Director
Michael Cuesta
Cast
Dylan O'Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch
Distributor
TGVP
    Synopsis :
Devastated by the loss of his girlfriend in a terrorist attack, CIA black ops recruit Mitch Rapp sets to hunt down the perpetrators under the instruction of Cold War veteran Stan Hurley. The two are then assigned by CIA Deputy Director Irene Kennedy to investigate a wave of attacks on both military and civilian targets. They discover a pattern in the violence, leading them to a joint mission with a Turkish agent to stop a mysterious operative who plans to start a World War in the Middle East.

23 September 2017

Nota Kuliah Matrikulasi Sem 1 PST Matematik

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

22 September 2017

Lirik The Faith - MengenaliMu (Beautiful Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


MENGENALIMU adalah sebuah lagu mengenai, luahan seorang hamba, bahawa betapa indah dan bahgianya hidup bila dapat mengenali Allah, dan menyembah serta mentaatiNya. Serta, bayangkan, andai kita semua tidak mendapat islam pada hari ini, alangkah sedihnya hidup.

The Faith - MENGENALIMU (Beautiful Cover)

Lagu asal: Crush
Lirik: Ustaz Adnin
TARBIAHSENTAP RECORDS

(FAHIMI)
Its a beautiful life,
Meninggalkan dosa lalu,
Its a beautiful life,
Melakar hidup yang baru,
Its a beautiful life,
Bahgia hidupku ini,
Pabilaku kembali padaMu...

(FIRDAUS)
Its a beautiful life,
Beautiful day,
Hingga mengalir air mata bahgia,
Beautiful life, 
beautiful day,
Kadang sebak di hatiku,
Betapa indah,
MengenaliMu,
Its a beautiful life!!

(ANIQ)
Its a beautiful life,
Pabila mengenaliMu,
Its a beautiful life,
Tika ku mengingatiMu,
Its a beautiful life,
Kala ku menyebut namaMu,
Tak mampu ku ungkap dengan kata...

(FIRDAUS)
Its a beautiful life,
Beautiful day,
Hingga mengalir air mata bahgia,
Beautiful life, 
beautiful day,
Kadang sebak di hatiku,
Betapa indah,
MengenaliMu..

(AMIR)
Its a beautiful life!!
Bayangkan,
Andai ku tak mengenali,
Dalam hidupku,
Tak pernah menyembahMu,
Mungkinkah aku,
Ke nerakaMu?

(AMIR)
Namun Kau beri,
Agama ini,
Kepadaku walau tidak ku pinta,
Beautiful life,
Beautiful day,
Hidupku bagai di syurga,
Betapa manisnya,
MengenaliMu,
Oh, 
Allah tuhanku...

Follow Instagram @the4aith
Follow Instagram @tarbiahsentapofficial

07 September 2017

Top 5 Movies (1st Week of September 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



  1. Abang Long Fadil 2



    A story about Fadil who fall into mafia world led by Taji Samprit and his son Wak Doyok. An incident causes Inspector Wahab and Inspector Shuib to suspect Fadil as Tiger, a professional assassin.In the meantime Yana who is a reporter that has done coverage on Tiger’s assassination was stuck in the crisis that Fadil are facing. Though he is not a murderer, to solve the crisis Fadil lead the life as professional assassin and attack King Kong which is Taji Samprit’s partner in crime who turns to become his enemy.Actions and comedies happen in Fadil’s life as professional assassin in his way to clean his name and in finding Tiger’s true identity.Can Fadil face all the challenges in his life? Who is Tiger and what mystery lies behind all this while?
  2. Vivegam



    Directed by Siva, the movie centers on an Interpol officer, played by Ajith Kumar, who is in charge of fighting crime in India. His interrogations lead him to different parts of the world in search of the villain.
  3. Bad Genius



    Lynn, a genius high school student who makes money by cheating tests, receives a new task that leads her to set foot on Sydney, Australia. In order to complete the millions-Baht task, Lynn and her classmates have to finish the international STIC(SAT) exam and deliver the answers back to her friends in Thailand before the exam takes place once again in her home country.
  4. The Hitman's Bodyguard



    The world's top bodyguard gets a new client, a hit man who must testify at the International Court of Justice. They must put their differences aside and work together to make it to the trial on time.
  5. CARS 3



    Owen Wilson returns as the voice of Lightning McQueen in the third instalment of Pixar`s "Cars". Other returning characters are Luigi, Mater, Sally and many more.

04 September 2017

Vivegam (Film 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Release Date
24 Aug 2017
Language
Tamil
Subtitle
English
Genre
Action / Mystery / Thriller
Running Time
150 minutes
Director
Siva
Cast
Ajith Kumar, Kajal Aggarwal, Vivek Oberoi, Akshara Haasan
Distributor
TSR Films Sdn. Bhd
    Synopsis :
Directed by Siva, the movie centers on an Interpol officer, played by Ajith Kumar, who is in charge of fighting crime in India. His interrogations lead him to different parts of the world in search of the villain.


01 September 2017

Selamat Hari Raya Aidiladha ^_^v

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


MNS mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia especially rakan blogger semua.. Bagi yang ada wat ibadah qurban tahun ni, semoga diterima disisi Allah SWT... Ameen... ^^