31 December 2017

Jangan Lupa Masukkan 5 Perkara Ini Dalam Azam Tahun Baru 2018 !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Okay first of all, sorry baru terpikir nak update artikel yang macam ni huhu.. Tapi tu lah, terpikirnya pulak pada 31/12.. Tak pe, sempat lagi sebelum beberapa jam menghadapi 1/1/2018, tahun baru 2018..

Semua orang, ye semua orang, saya, awak dan semua orang sebenarnya ada keinginan agar hari esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik dari semalam. Tapi, mungkin diantara kita masih ada yang keliru seperti, "hmm nak baik dari segi apa eh? Hubungan ngan Allah? Rasa diri ni dah jauh dengan Allah ni.. Tapi cam ne eh??"

Semoga artikel kali ini bermanfaat dan semoga senarai dibawah 'sempat' dimasukkan dan diistiqomahkan dalam jadual seharian kita menjelang 2018 nanti.. Aamin, In Shaa Allah... Hope korang baca secara detail n sampai habis huhu.. sorry panjang sikit :')


  1. Solat Berjemaah & Solat di Awal Waktu

    - (Lelaki) Bermula tahun 2018, tidak kira macam mana sekalipun, aku nak solat awal waktu and berjemaah kat surau atau masjid terdekat... Sebab aku percaya ini adalah galakkan yang sangat tinggi dari Nabi SAW especially buat 'lelaki'...

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat penat sehingga menyebabkan aku malas nak pergi berjemaah especially Subuh, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku kene kuat! Ya Allah, kuatkan aku untuk Solat di awal waktu dan Solat Berjemaah Ya Allah!
    - (Perempuan) Bermula tahun 2018, tidak kira macam mana sekalipun, aku nak solat di awal waktu dan sekiranya aku 'cuti', aku tidak akan melakukan perkara sia-sia pada waktu solat dengan menjadikan 'cuti' itu sebagai alasan, akan ku gantikan dengan berzikir dan berdoa kepadaNya, 'cuti'? Haaa xde hal lah, Allah sentiasa disisiku, aku akan sentiasa mencari RedhaNya!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat penat sehingga menyebabkan aku malas nak solat di awal waktu dan meluangkan sedikit masa untuk berzikir dan berdoa especially waktu Subuh, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku kene kuat! Ya Allah, kuatkan aku untuk Solat di awal waktu dan jika aku 'cuti' kuatkanlah pendirian aku untuk tetap mengingatiMu dengan berzikir dan berdoa pada waktu solat tersebut Ya Rabb!
  2. Solat Sunat Taubat at least sekali sehari

    - Aku adalah manusia yang tidak sempurna yang sering 'lupa' dan 'lalai', dan aku sangat pasti, pasti akan ada dosa yang ku lakukan walau sekali dalam seharian aku menikmati hembusan dan tarikan nafas kurniaan Allah ini. Namun, aku risau adakah Allah telah mengampuni dosa laluku. Oleh itu, bermula 2018, aku akan lakukan sehari at least sekali Solat Sunat Taubat, tidak kiralah waktunya, sama ada sebelum Subuh, pada waktu Dhuha, selepas Zohor, selepas Maghrib,  atau selepas Isyak, yang penting, sekurangnya sekali sehari!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat sibuk pagi, tengahhari, malam sehingga menyebabkan aku malas nak Solat Sunat Taubat walau sekali dalam seharianku, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap akan cuba curi masa untuk melaksanakannya! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk Solat Sunat Taubat kepadaMu walau sekali sehari walau sesibuk mana pun aku Ya Allah, dan janganlah Engkau menarik nyawaku kecuali Engkau telah menerima taubatku Ya Rabb!
  3. Membaca Quran serta Menghayati Tafsirnya

    Bermula 2018 ini juga, aku berazam ingin membaca FirmanNya walau sepotong ayat serta mendalami fasirnya. Aku tiada Al-Quran Tafsir di rumah, haaa aku mampu spent duit kat macam-macam perkara, aku juga mampu untuk membeli Quran Tafsir! Ini kerana, tidak cukup bagiku untuk membaca arabnya sahaja, apatah lagi aku tidak memahami bahasa tersebut, kerana aku bukan bangsa Arab, tetapi ia bukanlah penghalang buat diriku untuk memahami dan mendalami kalamNya!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat sibuk pagi, tengahhari, malam sehingga menyebabkan aku malas nak membaca Al Quran walau sekali dalam seharianku, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap akan cuba curi masa untuk membaca dan mendalaminya walau sepotong ayat sehari! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk membaca kalamMu dan memahami tafsirnya walau sekali sehari walau sesibuk mana pun aku Ya Allah, kerana aku percaya, ia bakal jadi peneman buat diriku di alam Barzakh nanti dan menjadi syafaat buat diriku diakhirat kelak Ya Rabb!
  4. Berhenti Melakukan Segala Bentuk Maksiat

    - Tahun 2018 ini, iaitu melalui esok, aku nak berhenti buat semua maksiat, maksiat mata (menonton bende xsenonoh n etc.), maksiat mulut (mengumpat, mencarut, menghina n etc.), maksiat tangan (melancap, mencuri n .etc), maksiat kemaluan (zina, homoseks, melancap n etc.), maksiat kaki (pergi ke tempat maksiat) dan mendedahkan aurat secara sengaja.

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada masa di mana nafsuku bergelora untuk tetap melakukan kejahilan lama ini, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis supaya aku terus menjauhi Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap kuat! Kerana aku takut, aku takut maksiat ini akan terus menjadi penyakit yang tidak dapat diubati sehingga hampir tiba hari kematianku aku tetap melakukannya.. Nauzubillah... Aku juga takut, kalau-kalau ia akan menjadi malapetaka yang amat besar ketika aku di Barzakh nanti apatah lagi di Akhirat... Ya Allah, kuatkanlah aku untuk berhenti melakukan sebarang bentuk maksiat kepadaMu Ya Allah kerana aku yakin, aku percaya kau Maha Melihat Ya Rabb, aku malu Ya Allah, aku malu!
  5. Puasa Sunat

    - Tahun 2018 ini aku nak mula berpuasa terutamanya setiap Isnin dan Khamis, kerana aku percaya puasa adalah perisaiku.. Perisaiku dari melakukan segala perbuatan keji, perisaiku di Dunia ini dan di Akhirat kelak dan perisaiku dari segala bentuk musibah.

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku rasa nak give up, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap melaksanakannya selagi tiada halangan! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk berpuasa sunat Ya Rabb, aku perlukan perisai ini Ya Rahman, aku amat memerlukannya Ya Allah, bantu aku Ya Allah!


Jika ada yang disenarai telah dilakukan pada 2017, maka teruskan lah, jika tiada, tambahlah... Semoga bermanfaat... Aamin..

#JugaSebagaiPeringatan
1- Tidak menjadi salah seorang Muslimah untuk menunaikan solat berjemaah.
2- Bukan nak suruh benci iblis ke apa, memang hakikatnya itu tujuan hidup dia iaitu untuk menjatuhkan kita, salahkan dia macam mana pun xguna kalau kita sendiri yang lemah, sebab memang kita, manusia, kene kuat, terus kuat dalam mencari Redha Allah, sekaligus memantapkan Iman.
3- Kalau ada sebarang kesalahan atau kekurangan, mohon ditegur di ruangan komen dibawah atau PM tepi.. Maaf, saya juga manusia biasa.. :'(

30 December 2017

Lirik The Faith - Peliharalah (Havana Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dalam hidup ni, benda yang paling kita perlu kita jaga ialah HATI. Kerana hati ibarat RAJA. Jika baik hati, baiklah seluruh jasad. Jika buruk hati, buruklah seluruh jasad.

Namun, terlalu ramai yang mengabaikan hati hingga ia mati. Akhirnya, iman musnah, amal dan ibadah terasa berat serta maksiat pulak yang jadi nikmat.

Moga lagu PELIHARALAH ni bermanfaat buat semua. 

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu Asal: Camila Cabello
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS

***

KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

VERSE(AMIR):
Di mana dikau tika "dia" pedih?
Mengapa kau biarkan "dia" sendiri?
Hingga diri kau jadi begini!
Sampai bila engkau mahu zalim,
Diri kau sendiri...

PRE CHORUS(FIRDAUS):
Huu..
Mungkin engkau tertanya,
"Dia" itu siapa?
Siapakah "dia"?
Takkan kau sudah lupa,
Kerna terlena, nananananana...

KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

RAP(FAHIMI):
Jadi,
Sekali lagi ku tanya dirimu...
Adakah kau sedar siapa "dia"?
(Bukalah mata..)
"Dia" yang sering kau abai itu!
Betapa kejamnya dirimu teman..

(Dia)
Itu hati,
Yang engkau sakiti,
Hingga ia mati(mati)
"Dia" itu hati(hatimu)
Yang hilang sejati,
Kerna kau tak bakti(hitam)

Hati-hati tika menjaga hati(hati)
Agar bahgia nanti(tenteram),
Janji padaNya kau tepati,
Kau perlu mula dari sini..

KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

(RAMAI-RAMAI)
hatimu mana?
Peliharanya...

KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

(RAMAI-RAMAI)
Hatimu mana...

(Aniq)
Jahannam 'tau jannah..

29 December 2017

20 Kelebihan Bersedekah Yang Patut Anda Tahu !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Tahukah anda kebaikan sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan In Shaa Allah dijauhi dari Neraka Jahannam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT 

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Shaa Allah 

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT In Shaa Allah 

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung


Ya Allah, permudahkanlah setiap dari anggota badan kami agar mampu untuk bersedekah ke jalanMu Ya Rabb... Aamin

(Klik PIC Di Atas Untuk Bersedekah Melalui SyriaCare)


25 December 2017

16 Tips Awesome Untuk Student

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Mandi waktu pagi antara pukul 1 pagi - 6 pagi. Pada waktu ini sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.

2. Jika terbangun pukul 4 pagi dan ke atas, jangan tidur lagi lepas itu, kerana jika tidur semula akan melemahkan badan.

3. Study atau baca quran atau Tahajjud sementara tunggu azan Subuh.

4. Solat Subuh Berjemaah di masjid/surau berdekatan, baca Mathurat ringkas sebagai ubat rohani sepanjang siang hari. ^^

5. Sarapan antara pukul 7 pagi - 7:30 pagi. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 

6. Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ. Kalau sempat, curi-curi lah masa sikit untuk Solat Dhuha.

7. Jangan sekali-kali menangguhkan assignment, buat secepat yang mungkin, supaya waktu untuk study, kita boleh gunakan sepenuhnya untuk study tanpa memikirkan tentang assignment.

8. Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur seketika 10-30 minit sebelum Zohor (Qailullah), kemudian solat Zohor berjemaah.

9. Solat Asar berjemaah dan baca Mathurat ringkas sebagai ubat rohani sepanjang malam hari. ^^

10. Lakukan aktiviti fizikal selepas asar, kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

11. Mandi malam lebih kurang antara pukul 6 petang - 6:30 petang. jangan beriadah terlalu lama kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

12. Maghrib berjemaah. Luangkan masa antara Maghrib-Isyak kepada Allah, kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi. 

13. Masa antara Maghrib-Isyak, boleh lakukan solat sunat taubat, solat sunat hajat, membaca alquran, atau join ceramah maghrib-isyak yang biasa diadakan di sesetengah masjid/surau. Atau boleh juga menonton ceramah secara online sambil ada buku nota kecik di tangan bagi mencatat poin-poin penting oleh penceramah, hati-hati juga dengar ceramah online, jangan terdengar ceramah ajaran sesat pulak hahaha.. Boleh cuba search ustaz-ustaz yang popular, seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, atau nak dlm bahasa omputih boleh dengar talk Ustaz Zakir Naik dan banyak lagi ^^.

14. Isyak berjemaah dan mula study lepas Isyak. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

15. Tidur awal,lebih kurang pukul 11 malam atau 11:30 malam. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

16. Cara untuk me'motivate'kan diri untuk tidur awal adalah dengan mengingatkan diri, "esok aku nak bertahajjud, then aku nak solat subuh berjemaah, kalau aku tidur lambat, payah esok". Penting tahajud ini adalah kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam .
Moga Bermanfaat.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas dan berkatilah ilmu kami sepanjang sesi pembelajaran. Aamin

19 December 2017

Lirik UNIC - Sedar (feat. Caprice)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Masih Terlihat kau disana
Menghampiriku Penuh tawa
Tenungan Mata terpersona
Kau Cahaya kau permata

Ku Resah bila kau tiada
Nyawa Kasihmu sementara
Kau Melangkah pergi tanpa ku rela

Dan Aku pun merasa
Langkah Mula terhenti
Kini Kau tiada sepi

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Mampu setia temani
Bahagia Lebih sempurna
Untukmu Di sana

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Aku cinta sampai mati
Moga Kisah kita terbina
Semula Akhirnya

Masih Teringat detik mesra
Menghiasi Ku sentiasa
Kau Selalu berkata kata
Kau Setia selamanya

Ku Yakin pada takdir kita
Ku Serahkan jiwa dan nyawa
Ceritera Indah pada akhirnya

Dan Aku pun merasa
Langkah Mula terhenti
Kini Kau tiada sepi

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Mampu setia temani
Bahagia Lebih sempurna
Untukmu Di sana

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Aku cinta sampai mati
Moga Kisah kita terbina
Semula Akhirnya

Mesej Tak kesampaian
Walaupun Dah bluetick
Tapi Situasi kita
Cinta Dah pun berputik

Kenapa Cintaku untukmu sentiasa diuji
Mungkin Bakti dan sumbanganku masih tak terbukti
Or Maybe i’m not good enough
Maybe We just not meant to be
Maybe Your friends been telling you lies
They Never want to see me

And You together but forget it
I’m On a level i keep
A Few friends no bias just bang bang

Dan Aku pun merasa
Langkah Mula terhenti
Kini Kau tiada sepi

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Mampu setia temani
Bahagia Lebih sempurna
Untukmu Di sana

Aku Sendiri tanpa mu lagi
Yang Aku cinta sampai mati
Moga Kisah kita terbina
Semula Akhirnya

Moga Kisah kita terbina
Semula Akhirnya

Lirik Fetya - Kesetiaan Al-Qassam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Jom dengar lagu FETYA, kumpulan yang menghidangkan lagu bergenre JIHAD KONTEMPORARI.

Kesetiaan Qassam menceritakan tentang lambang kekuatan pejuang-pejuang palestin yang bertungkus-lumus berjuang menentang yahudi serta menegakkan baitul Maqdis.

Lagu ni di buat sempena mengingati As-Syahdi Ja'bari, komader sayap kanan qassam yang di bunuh oleh yahudi.

Yakinlah, kemenangan islam itu pasti. Namun, apa usaha kita untuk tegakkan islam? Apakah sumbangan kita?

****

FETYA - Kesetiaan Qassam
Lirik: Fuad Jamil & Bilal Jailani.
Lagu: Waed Band
TARBIAH SENTAP RECORDS

Terbit fajar si kerikil
Lawan musuh ashabilfil
Lempar taufan hai ababil
Kehancuran pada israel

Hai perampas berdukalah,
Hanya Allah yang berkuasa,
Di lautan dan udara,
Hanya qassam pemiliknya.

KORUS:
Banggalah umat nabi
Menang dan gembiralah
Kesetiaan qassam,
Kesetiaan ja'bari!!

Bangun Alquds lemparkan api,
Di bersheba dan Asqalani
Gegarkanlah di tel Aviv,
Perang ini kan berakhir

Wahai roket gempurlah langit,
Tujukanlah hidup yang perit,
Hai zionis telah hampir,
Berdentuman bom dan misil.

KORUS:
Umat nabi maralah
Dengan langkah qassam
Laungkan selamanya
Kemenangan islam!

Allahu maulana
(Allah pelindung kami)
Wama min maulalakum
(Dan kamu pula tiada pelindung)
Fil jannah qatlana
(Kematian kami ke syurga)
Finnari qatlakum!
(Kematian kamu ke neraka!!)

Lirik Areef - Surat Cinta Untuk Aqsa (Surat Cinta Untuk Starla Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



SURAT CINTA UNTUK AQSA nyanyian @areefmusic adalah cover bagi lagu hits Virgoun iaitu Surat Cinta Untuk Starla.

SURAT CINTA UNTUK AQSA mengisahkan tentang luahan perasaan tentang betapa cintanya kita pada tanah suci ketiga dan kiblat pertama umat islam iaitu Al-Quds.

Janji tuhan itu pasti iaitu islam pasti menang. Namun, apakah usaha kita untuk memenangkan islam?

*****

AREEF - Surat Cinta Untuk Aqsa.
Lirik: Virgoun, Ustaz Adnin, Areef.
Lagu asal: Virgoun.
TARBIAH SENTAP RECORDS

Ku tuliskan kenangan tentang
Mengapaku mencintai kamu
Tentang apa yang membuatku mudah
Menyedari kewujudanmu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan sucimu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini

KORUS:
Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Tak pernahku berfikir tentang
Dirimu tidak lagi milikku
Tak mampu ku melihat lagi
Dirimu terus di nodai

Aku selalu bermimpi tentang
Indahnya hari pembebasanmu
Sungguh cantik indah dan bahgia
Meskipun mimpi, yakinku pasti

Kerna janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi, 
Tangis telah ku habiskam
Aqsa cintaku hanya untukmu

Dan telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku, hanya untukmu

BRIDGE:
Untukmu
jiwa dan darahku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Kau tetap milik kami

LAST CHORUS 

Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Namun janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi, 
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Kau akan ku bebaskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

17 December 2017

8 Tips Membaca Buku Gaya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. LATIHAN MEMBACA INTENSIF – beliau pernah membaca dokumen paling kurang 500 mukasurat seminggu – untuk 20 tahun yang lepas.

2. LATIHAN MEMBACA BERTERUSAN – Bruce Lee berlatih tumbukan bukan 100 kali sehari tetapi satu jenis tumbukan 100 kali sehari. Kalau 10 cara tumbukan, maksudnya 1000 kali sehari.

3. Umur muda dengan kelapangan masa kena baca paling kurang 500 mukasurat seminggu, cuba amalkan untuk 6 bulan, kemudian akan jadi fast reader, boleh baca 1000 mukasurat seminggu, lepas tu laju lagi In Shaa Allah.

4. Bila baca banyak buku berat dan ringan, jiwa dan minda akan jadi ringan untuk baca lebih banyak, dan ini sebenarnya adalah rahsia yang terbuka. Mula-mula pastinya susah tetapi selepas 6 bulan dah jadi Intel i7.

5. Ada jenis buku sekali khatam dah puas, ada yang lain kena baca berulang kali. Contoh oleh beliau ialah Kitab al-Risalah Imam al-Shafie dan Kitab Muwatta’ Syarah Shaibani dan Mudawwanah oleh Sahnun.

6. Bagi beliau bacalah buku yang berat di masa kita bermotivasi tinggi dan buku ringan di masa kita penat dan letih, contoh di waktu trafik sesak atau menunggu kapal terbang yang lewat. Jadilah fleksibel.

7. Kita gagal membaca dengan baik sebab tak dapat hargai buku dan pengarangnya. Perlu selesaikan isu ini dahulu, baru laju dan bermotivasi. Ramai pelajar tak dapat kunci ini, sebab itulah tak baca atau lambat habis bila membaca. Ini punca segala-galanya. Kita perlu ubati ini dahulu.

8. Novel itu bagus untuk bahasa dan pengalaman hidup orang lain dan tips kehidupan. Beliau menggemari karya John Grisham.
Akhir sekali nasihat beliau, kena motivasi diri selalu untuk baca sebanyak mungkin. Tetapkan target berapa mukasurat seminggu. Kemudian tingkatkan dari semasa ke semasa. In Shaa Allah. Moga dipermudahkan.

16 December 2017

30 Tanda Hati Yang Telah Kotor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan memandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk - nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redha dengan suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji)

Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
- Ustaz Iqbal

11 December 2017

Palestin desak Majlis Keselamatan PBB keluar resolusi isu Baitul Maqdis

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



KAHERAH – Palestin mendesak Ma­jlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan satu resolusi meminta Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Desakan itu dibuat berikutan Palestin mendapati, resolusi itu berkemungkinan sukar mendapat kelulusan ekoran AS merupakan antara lima anggota majlis ber­kenaan yang mempunyai kuasa veto.
Usaha mendapatkan resolusi dibuat selepas Mesyuarat Liga Arab di Mesir semalam dan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki Rabu ini.
Seramai 14 daripada 15 anggota majlis berkenaan mengutuk pengistiharan Trump.
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul-Gheit berkata, apa yang dilakukan Trump bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Malah katanya, ia menimbulkan persoalan tentang usaha AS menyokong penyelesaian secara aman antara Palestin dan Israel.
“Perubahan da­sar AS menjejaskan keyakinan negara-negara Arab terhadap pentadbiran Trump kerana tindakannya juga bagaikan mengesahkan tindakan Israel menduduki wilayah Palestin,” katanya.
Justeru, Liga Arab menegaskan mereka bersedia menolak sebarang resolusi daripada Majlis Keselamatan yang menyokong dasar baharu AS itu. – Ismaweb

10 December 2017

Lirik The Faith - Perhatianmu (Attention Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Perhatianmu mengisahkan tentang seseorang yang nak CLASH, sebab dia tahu, couple dan ikhtilat itu dosa. Dia nak berubah. Dia nak move on. Dia nak kejar cinta Allah yang telah lama dia abaikan, yang telah lama dia tinggalkan akibat terlalu lama buta dengan cinta manusia.

Namun, bila dia nak clash, si dia tu asyik kacau hidup dia, ganggu hidup dia, ungkit kisah silam dia, kejar dia, hina dia dan sebagainya, bagi memastikan kita kembali pada dia.

Tapi, ujian berat mana pun yang berlaku, kita dah tekad untuk berubah dan kembali pada Allah.

MOGA lagu ni bermanfaat buat semua! Dan, jangan lupa tengok muzik video untuk lagu ini ! >Muzik Video Perhatianmu<  


THE FAITH - PERHATIANMU(Attention Cover)

Lagu asal: Charlie Puth
Lirik: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS

(VERSE - Amir)
Tikaku berubah berubah berubah melupakan tentang dia,
Lalu dirinya dirinya dirinya mengejar..
Namun hatiku hatiku hatiku tak pernah tenang dengannya,
Tak mampu aku menipu menipu diriku..

(PRE CHORUS - Fahimi)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS - Aniq)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, 
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!

(VERSE 2 - Amir)
Kan ku teruskan teruskan teruskan hidup ini tanpa kamu,
Kerna ku mahu ku mahu ku mahu cinta-Nya,
Walau ujian ujian ujian menggangguku tanpa henti,  Namun tidakku tidakku tidakku berpaling!

(PRE CHORUS - Fahimi)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian,
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS - Aniq)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, 
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!

(BRIDGE RAMAI-RAMAI)
Biarkan ku sendiri biarku sendirian,
Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian.
Biarkan ku sendiri biarku sendirian,
Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian.. 

(Pre chorus Aniq)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian,

(Fahimi)
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS Akhir - Firdaus)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, 
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!!

Huu..

Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..

The Faith Keluarkan Muzik Video Pertama untuk Lagunya !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Pada 8 December 2017 jam 9 Malam, The Faith di anggotai oleh 4 anak muda, bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records telah pun keluarkan Muzik Video yang pertama buat lagu mereka iaitu "Perhatianmu"...


Perhatianmu mengisahkan tentang seseorang yang nak CLASH, sebab dia tahu, couple dan ikhtilat itu dosa. Dia nak berubah. Dia nak move on. Dia nak kejar cinta Allah yang telah lama dia abaikan, yang telah lama dia tinggalkan akibat terlalu lama buta dengan cinta manusia.

The Faith yang dah wat lebih daripada 10 lagu bergenre tarbiyah-pop ini dah berjaya wat ramai pemuda jatuh cinta sekaligus mentarbiyah diri dengan lirik yang dibawakan oleh The Faith yang kebiasaanya ditulis oleh Ustaz Adnin sendiri... Termasuklah saya sendiri hehehe...



Semoga mereka terus berjaya dalam dunia dakwah ini, kerana dakwah yang dibawakan oleh mereka yang sangat kreatif, juga lebih mudah mendekati hati-hati pendengar terutamanya golongan remaja... Aamin..



Jom tengok Muzik Video mereka jap.. ^^ >Lirik The Faith - Perhatianmu (Attention Cover)<







09 December 2017

OIC kecam tindakan Trump iktiraf Baitul Maqdis / Jerusalem ibu negara Israel

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



JEDDAH – Pencerobohan dan pendudukan rejim Israel ke atas wilayah Palestin dan Arab menjadi isu teras seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Oleh itu, sekretariat OIC menyatakan kemarahan berhubung langkah Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
OIC menegaskan penentangan terhadap pengiktirafan diberi oleh Presiden Donald Trump semalam, yang bukan sahaja menjejaskan politik, peraturan dan status sejarah Baitulmaqdis, malah dengan jelas melanggar undang-undang dan resolusi antarabangsa.
OIC menegaskan akan mengadakan sidang tergempar di Istanbul pada 12 dan 13 Disember ini bagi membincangkan akibat daripada keputusan AS, dan merumuskan kedudukan Islam dalam menangani ancaman yang semakin meluas.
Isu Palestin kekal menjadi cabaran politik di rantau itu dan peringkat antarabangsa.
Israel, yang menceroboh dan menduduki tanah Palestin sejak 4 Jun 1967, terus mengetepikan kehendak komuniti global dan melanggar konvensyen antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen dalam ucapan menyambut hari solidariti dengan rakyat Palestin, menegaskan kekesalan mendalam OIC terhadap pentadbiran Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta akan memindahkan kedutaan AS ke bandar yang menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.
“OIC mengecam sebarang langkah dan tindakan yang menyumbang kepada penukaran undang-undang serta status sejarah Baitulmaqdis.
“Keputusan itu melanggar hak rakyat Palestin, mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB, serta menjejaskan usaha ke arah proses damai, selain menjejaskan peluang memenuhi impian kewujudan dua negara,” katanya.
OIC juga menegaskan akan bekerjasama dengan semua wakil komuniti global untuk menentang keputusan Trump, serta menyokong usaha negara-negara Arab dan antarabangsa bagi mencapai perdamaian berdasarkan kepada pelaksanaan dua negara, dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.
Konsul Jeneral Palestin di Jeddah, Mahmoud Al-Asadi, berkata Allah selama-lamanya menetapkan hubungan sejarah umat Islam dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati, dan Baitulmaqdis akan kekal sebagai ibu negara Palestin.
Katanya, pengiktirafan yang diberi oleh Trump itu tidak membawa apa-apa perbezaan kerana hak rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis adalah jelas. – Ismaweb

Kenapa Kita Sibuk Pertahankan Baitul Maqdis / Jerusalem ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Kita sudah sedia maklum, bahawa Baitul Maqdis adalah tempat sakral atau suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses Isra' dan Mikraj, di situ juga baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut, dan di situ juga banyak fadhilat solat di masjid al Quds. 

Di situ juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat. Kalau kita lihat dari sejarah dunia, dapat kita simpulkan bahawa sesiapa yang menguasai Baitul Maqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitul Maqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud AS bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam Surah Al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud AS dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitul Maqdis. 

Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud AS dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman AS yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitul Maqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah SAW.

Kemudian Baitul Maqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar RA, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga Baitul Maqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187. 

Dan hari ini, Israel berjaya menawan baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia. 

Dah tu nak buat apa? Ada orang kata,

"Tak perlu buat apa-apa. Sebab Allah akan lindungi sendiri Baitul Maqdis.."

Sesiapa yang berfikir begini, adalah fikiran yang sempit dan kolot. Bahkan, pemikiran macam inilah, menyebabkan Allah SWT menjadikan Umat Islam tercela dan terhina. Dalam sejarah Islam, Baitul Maqdis pernah ditawan musuh, kerana kelemahan, perpecahan Umat Islam sendiri. Bahkan kerana fikiran sebegini !

Apa yang kita boleh sumbangkan dari segi individu? Nak pergi perang? Nak bangun subuh berjemaah pun tak mampu.

Antara sumbangan yang kita boleh buat,

(a) Menjaga amal fardhu kita, terutama Solat Subuh berjemaah.

(b) Nyatakan solidariti kita untuk Palestin, tidak kisah sama ada di media sosial ataupun alam realiti. 

(c) Lakukan dan teruskan boikot produk yang KITA MAMPU. Paling basic sekali, McDonald dan Starbuck. Ada orang kata, 

"Kenapa tak boikot je Facebook, instagram, whatapps, semua. Tu kan Yahudi"

Kan saya sebut, yang KITA MAMPU. Kalau mampu nak boikot semua itu, DIPERSILAKAN. Moga Allah kurniakan Syurga. Yang penting USAHA KITA. 

(d) Berikan sumbangan dari segi kewangan, atau tenaga kepada badan-badan yang berkhidmat untuk Palestin, seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, dan sebagainya.

Dan banyak lagi sumbangan yang kita boleh lakukan. Termasuklah share artikel ini. 

Tinggal nak atau tidak sahaja. Moga usaha kita yang kecil ini, Allah pandang dan Allah kurniakan pahala jihad dan menjadi asbab untuk kita ke Syurga.

Akhir sekali, saya tutup dengan kata-kata mahsyur daripada Sultan Salahuddin al Ayyubi, 

 قال القائد العظيم صلاح الدين الأيوبي: (كيف أبتسم والأقصى أسير والله إني لأستحي من الله أن أبتسم وإخواني هناك يعذبون ويقتلون)
"Bagaimana mungkin aku tersenyum sedangkan al-Aqsa sedang ditawan. Sesungguhnya demi Allah aku malu terhadap Allah untuk tersenyum sedangkan saudaraku sedang diseksa dan dibunuh."
(Kitab al-Nawadir al-Sultaniah karangan Abu al-Muhasin Bahauddin 632H)

Wallahu'alam.

-TarbiahSentap

07 December 2017

Jangan Terlena Dengan Gemerlapan Dunia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Rasulullah SAW bersabda,

لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah emas, nescaya ia ingin memiliki dua lembah emas, dan tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah, dan Allah akan menerima taubat siapa yang bertaubat."
 [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu'anhu]

 Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,

فيه ذم الحرص على الدنيا وحب المكاثرة بها والرغبة فيها ، ومعنى ( لا يملأ جوفه إلا التراب ) أنه لا يزال حريصا على الدنيا حتى يموت ، ويمتلئ جوفه من تراب قبره

"Dalam hadis yang mulia ini terdapat celaan terhadap sifat tamak, rakus dan cinta dunia. Dan makna 'Tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah' adalah, orang yang cinta dunia akan selalu tamak terhadap dunia sampai mati, hingga perutnya penuh dengan tanah kuburannya." [Syarhu Muslim, 7/139]

 Al-Hafizh Abu Muhammad Abdul Haq bin AbdurRahman Al-Isybili rahimahullah berkata,

وأعلم أن لسوء الخاتمة أعاذنا الله منها أسباب ولها طرق وأبواب أعظمها الإنكباب على الدنيا وطلبها والحرص عليها والإعراض عن الأخرى

"Ketahuilah bahwa suul khatimah (akhir kehidupan yang buruk) -semoga Allah melindungi kita darinya- memiliki sebab-sebab, jalan-jalan dan pintu-pintu yang menjerumuskan kepadanya, yang paling besarnya adalah sibuk dengan urusan dunia, mengejarnya, tamak kepadanya dan berpaling dari akhirat."  [Ad-Daa' wad Dawa', hal. 386]

Semoga Allah lindungi kita semua dari sifat ini.. Aamin.. :(

06 December 2017

3 Tips Bila Rasa Marah/Bengang

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Kalau rasa nak terlalu geram, rasa marah yang meluap-luap, rasa jantung berdegup kencang sebab tahan marah, maka ketika itu kita berada dalam keadaan marah yang kritikal.

Ada beberapa tips daripada Nabi Muhammad SAW yang mana telah dimuatkan muatkan bab ini dalam buku #MotivasiDaripadaHadithNabi.

Berikut beberapa tips yang digarap daripada hadith-hadith Nabi.

1. Membaca ta'awuz yakni aa'uzubillahi minassyaitan (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ)
Maksudnya:

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan." 

Tips ini berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

2. Ambil wudhu'/air sembahyang. 

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud dimana Nabi kata bahawa marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api. Api akan padam dengan air maka ambillah wudhu'.

3. Duduk kalau marah dalam keadaan berdiri. Jika tidak dapat juga maka tidur atau lelap sebentar.

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud & Ahmad yang mana ianya menekankan aspek bertenang ketika marah.

Biasanya, duduk dapat lebih menenangkan diri berbanding berdiri dan tidur pula lebih efektif untuk mengawal kemarahan yang membara. Lepas tidur biasanya kemarahan kita pun dah berkurang. Kita juga lebih tenang dan rasional selepas tidur.

Semoga tips daripada hadith ini dapat memberikan panduan berguna dalam kehidupan.

- Ad-Dien Abdul Kadir

05 December 2017

Blog Hop! Giveaway by Yasmin Aris

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(klik banner kalau nak join)

Inspirasi dalam hidupku...

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ - 51:56
"Aku tidak menciptakan Jin & Manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"

&

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً... - 2:30
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (manusia) di muka bumi."...