21 June 2019

Lirik AREEF - Sebelum Kau Tidur

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

AREEF- SEBELUM KAU TIDUR
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin, Areef.
TARBIAH SENTAP RECORDS

****

Sebelum kau tidur teman,
Cuba kau duduk seketika,
Hembuskanlah nafasmu
Dan kau sentuh hatimu,
Lalu senyum bersyukur tenang..

Sebelum kau tidur teman,
Hitunglah segala memori,
Apa yang kau lalui dan cuba kau insafi,
Sebelum kau tidur teman..

KORUS:

Sebelum,
Kau memejamkan mata,
Cuba kau renung segala nikmatNya,
Kau kan jatuh cinta,
KasihNya berlari mengejar dirimu,
Cuba kau hayati,
Hingga mengalir air mata cintamu,
Pejamkan matamu..

Bridge:

Tuhan beri segala nikmat tak terkata agar kau bahgia!
Dan kadang Dia mengujimu kerna merindui tangisan kamu!

Allahumma bismika,
Hidupku dan matiku,
Hasbi rabbi jallallah,
Mafi qolbi ghairullah..

Sebelum kau tidur teman..

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

17 June 2019

Lirik Rabithah - Baginda (DINDA VERSI DAKWAH)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Viral semenjak dua menjak ni lagu DINDA dari kumpulan Kugiran Masdo. Walaupun Masdo belum release official, tapi penangannya cukup hebat hingga puluhan bahkan ratusan orang yang cover lagu ini di media sosial. Tahniah Masdo!

RABITHAH juga terpanggil untuk buat cover sedikit, versi parodi, dari DINDA menjadi BAGINDA, khas untuk semua. Moga sama-sama dapat manfaat bersama☺️☺️😍

*******

Rabithah- Baginda(Dinda Kugiran Masdo Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lirik dan lagu asal:  "Dinda"Kugiran Masdo.
Mixing Mastering: Amin Nordin.
Video dan design: Azeem Razali.

TARBIAH SENTAP RECORDS

*******

(HAKIM)
Apakah baginda,
Ku kan bersama?
Kerana cinta telah membara,
Rindu di dada,
Tak siapa yang tahu..

Dia jauh di sana,
Jauh di mata,
Namun dihati sentiasa ada,
Menemani di kala gundah gulana,

(AYMAN)
Pintaku agar di sana,
Bahagia bersama,
Mendakap tubuh yang suci,
Mengucup baginda...

(RIDWAN)
Baginda engkau ku cinta,
Tak terungkap dengan kata,
Sabdamu mengubat luka
Bahgia tak terhingga

Dari jutaan bintang,
Engkau paling gemerlapan,
Dari segenap manusia
Baginda yang paling menawan..

(MAHDI)
Pintaku agar di sana,
Bahagia bersama,
Memimpin tangan agungmu,
Gembira di syurga..

KORUS RAMAI

Baginda engkau ku cinta,
Tak terungkap dengan kata,
Sabdamu mengubat luka
Bahgia tak terhingga

Dari jutaan bintang,
Engkau paling gemerlapan,
Dari segenap manusia
Baginda yang paling menawan..

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

11 June 2019

Lirik Rabithah - MENCINTAIMU (Sayonara Daisukina Hito Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

MENCINTAIMU adalah cover dari lagu lama jepun berjudul Sayonara Daisukina Hito. Bekisarkan tentang betapa nikmat dan bahgianya hidup ini apabila dapat kawan yang baik, yang sentiasa membimbing, mengajak dan menasihati kita ke arah kebaikan dan menegur segala kesalahan kita. Antara cara mendapatkan KEMANISAN iman ialah mencintai sahabat kerana Allah.

****
Rabithah - MENCINTAIMU(Sayonara Daisukina hito Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Producer: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
Video: Azeem Razali, Aidil Azhar.

TARBIAH SENTAP RECORDS

****

(RIDWAN)
Betapa ku mencintai dirimu,
Betapa ku mencintai dirimu,
KernaNya ku mencintaimu..

(AYMAN)
Terima kasih temanku,
terima kasih temanku,
Kerana membawa diriku,
kembali pada tuhanku,
Aku mencintaimu..

(MAHDI & AYMAN)
Kau membawaku mengenali ilahi,
Kau bimbingku mendekati ilahi,
bersamamu oh teman,
terasa manis bahagia,
Engkau anugerah terindah

(MAHDI)
Betapa ku mencintai dirimu,
Betapa ku mencintai dirimu,
KernaNya aku mencintaimu,
sepenuh hatiku,
aku mencintaimu..

(RIDWAN)
Terima kasih temanku,
terima kasih temanku,
Kerana membawa diriku,
kembali pada tuhanku,
Aku mencintaimu..

(MAHDI & AYMAN)
Kau membawaku mengenali ilahi,
Kau bimbingku mendekati ilahi,
bersamamu oh teman,
terasa manis bahagia,
Engkau anugerah terindah

(HAKIM)
Selamat tinggal buatmu temanku,
selamat tinggal buatmu temanku,
Andainya aku pergi dahulu,
akan ku menunggu,
dirimu selamanya,
andai bukan di dunia,
moga jumpa di sana...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

09 June 2019

Apa kaitan Hati dengan Mata ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

✍️ Hati adalah pusat bagi anggota manusia. Baiknya hati akan baik lah segala anggota. 

✍️ Anggota tubuh terutamanya MATA adalah nikmat terbesar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Maka BERSYUKURLAH dengan nikmat itu. 

✍️ Jadikanlah tujuan utama mata dijadikan iaitu untuk melihat zat dan wajah Allah SWT di syurga kelak. MashaAllah. 

✍️ Hati akan terdorong untuk melakukan apa yang kita lihat.

✍️ Kelilingkanlah diri dengan perkara² kebaikan supaya HATI kita sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. InshaAllah. 

✍️ Bersosial atau bermasyarakat termasuk penggunaan teknologi adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Tetapi ketahuilah BATAS dan ADAB dalam menggunakannya. 

✍️ Setiap perkara maksiat yg dilakukan akan meninggalkan titik hitam dalam hati. Allahu Akhbar.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

07 June 2019

Lirik Alif Satar, Raihan - Sesungguhnya (2019)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Penyanyi: Alif Satar & Raihan
Komposer: Nazrie Johanie
Lirik: Nazrie Johanie

************************      

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu

Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga

Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu

Moga ku tahu
Syukurku adalah milikMu